Tuesday, 19 February 2013

.. iCity Shah Alam ..

assalammualaikum

nih entry sebelom tie balik kampung

hari khamis malam, tie bawak Encik Suhaizal pergi iCity Shah Alam. die teringin sangat nak ke sini. itu yang tie bawak die. gerak lepas Isyak cenggitu lah dari rumah. tapi tie tak pergi berdua, tie bawak adik sebagai peneman :)

tapi petang tu, kitaorang ke JJ Setiawangsa selepas suhaizal ambil tie balik keje. then balik tu singgah makan ayam penyet kampung baru. tempat feberet tie nih :) tak jemu jemu makan ayam penyet kat sini.

suhaizal pun cakap sedapp. esok nyer die request nak makan ayam penyet ni lagik. hahaha

tie pergi bukan time cuti sekolah. bukan jugak sabtu ahad. so memang tak ramai orang lah. sepi jerk. selalu pergi penuh jerk orang. first time pergi sana, tak der orang sangat. sampai jerk, terus terjah sana dan hati tergediks gediks nak begambar. hahaha. nasib la korang. memang kena layan tie begambar jerk la :)

adik yang amikkan gambar nih :)

suhaizal nak tak nak jerk amik gambar.
dan yang pastinyer memang tie yang paksa die begambar :)

azim aziz

lagik gambar kami d iCity Shah Alam

gambar nih tie suka (*_*)

kami tak masuk pun snow walk. sebab nak cepat balik. nak pergi uptown Danau Kota pulak. lepas dah puas begambar, terus gerak ke Danau Kota. kebetulan abg aziz dan kak na pun pergi sana. so kitaorang jumpa dorang and lepaking sesama kat Mali's Corner.


suhaizal tak beli ape pun kat uptown. tie jerk yang sempat rembat selipar dan adik pulak beli seluar :)

selesai semua, kitaorang gerak balik rumah.

Monday, 18 February 2013

.. sehangat asmara ..

assalammualaikum

Sehangat Asmara adalah novel karya Aisya Sofea yang telah diadaptasikan dalam bentuk drama. antara pelakon utama dalam drama meletop ini adalah Rita Rudaini, Adi Putra dah Shah Jaszle.

drama ini mengisahkan kisah cinta tanpa restu keluarga antara Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Drama arahan Feroz Kader ini ditayangkan di Astro Mustika HD 134.

memang sangat teruja okeyh. terlalu banyak adegan romantik dalam novel / drama nih. saya suka!!!

tie memang suka baca novel. tapi yang ceritanya meletops sahaja. haha. antara koleksi novel yang tie ader, kasih suci (drama nora elena), ombak rindu, tujuh hari mencintaimu, adam dan hawa, setia hujung nyawa and paling latest sehangat asmara :)

dan ini lah sahabat saya yang besama sama gilakan novel / drama ini!

jangan lupa saksikan. terbaik !!

jop tengok gambar gambar pelakon utama drama nih. memang romantik okeyh. saya suka adi putra :)


dulu gilerkan adam dan hawa, kemudian setia hujung nyawa. dan kini saya gilerkan sehangat asmara (*_*)

Saturday, 9 February 2013

balik kampung Perlis Indera Kayangan

assalammualaikum

 mesti ramai kan yang balik kampung kali nih. cuti sempena sambutan raya cina. empat hari tau. memang pakat pakat balik kampung lah kannn! dan hari ni tie dah ader d kampung tercinta, negeri Perlis Indera Kayangan. tie gerak dari KL malam semalam.

gong xi fa chai

tapi balik kampung kali nih lain sikit. sebab Encik Tunang tie datang ke KL dan balik ke Perlis besama sama dengan tie. die gerak dari Perlis hari Rabu malam lepas, dan sampai ke KL hari Khamis pagi. kitaorang sempat jenjalan kat KL hari khamis lepas tie kerja and seharian hari Jumaat. malamnyer, kitaorang gerak balik Perlis.

and satu lagik lain nyer balik kampung kali nih sebab nyer kitaorang balik dengan baby boo!!! first time jalan jauh dengan baby boo nih. dan nih la salah satu sebab utama Encik Tunang tie datang KL. alhamdulillah kami selamat sampai.

baby booo!!!!!

gambar besama Suhaizal pagi Khamis lepas. die hantar tie pergi kerja :)
muka Suhaizal baru turun bas! hahaha

sejuk nyer mata memandang biler dah ader kat kampung :)

okeyh korang, hari Rabu nanti dah kena start kerja. selamat bercuti yer korang. and selamat sampai ke destinasi yang d tuju. berhati hati d jalan raya. ingatlah orang yang tersayang :p

Wednesday, 6 February 2013

.. petua untuk tegangkan kulit muka ..

assalammualaikum

nih tie nak kongsi dengan korang petua untuk tegangkan kulit muka

campurkan tepung ubi kayu dan timun yang dilumatkan dengan sedikit air. kacau rata dan jangan terlalu cair. then, sapukan ke muka and biarkan ia kering. kemudian cuci dengan air bersih. cara ini dapat menegang, memutih dan menjadikan kulit wajah anda lebih segar.

selamat mencuba :)

sajerk selitkan gambar tie gadies semalam :)
saya dah mula sukakan oren!!

Tuesday, 5 February 2013

shopping @ Jalan TAR wif GFF

assalammualaikum jejaka jejaka kacak dan gadies gadies jelita

entry weekend bebaru nih.

hari sabtu tie ke Seksyen 2, Shah Alam untuk terjah satu kedai ABC d sana. kedai ni dekat sangat dengan UiTM. memang terbaik lah korang. ader macam macam perisa. sangat menarik dan sedap. kebanyakan student dari UiTM yang selalu jadik customer tetap d kedai nih. nanti korang pergi untuk cuba yer :) harga nyer cuma rm3.50 sahaja. murah kann??

memang terliur wehhh. terbaikkk!!!

then malam nyer, tie pergi downtown Cheras. niat nak jenjalan and cuci mata jerk. alih alih memang terbeli sehelai lagik peplum dress warna pink.

sebelom shopping, sempat makan ini dulu. sedappp wooo

inilah peplum pink yang tie beli :)

hari ahad nyer, tie kuar dengan hazira. die nih cousin kepada tunang tie, suhaizal. jadik nyer merangkap bakal cousin lah kann :)

gediks sekejap dalam baby boo. hahahaha

kitaorang pergi dalam pukul 11 lebih cenggitu.
alhamdulillah cuaca pun tak berapa nak panas terik sangat. sampai jerk, terus terjah kedai kedai yang ader. habeskan duit duit yang ader!! hahaha. poyo kann!

first, cari tudung awning untuk kakak ipar tie. die kirim untuk tie bawak balik kampung time Chinese New Year nanti. biler dah dapat, terus ke bangunan sebelah dengan Semua House.. hazira nak borong tudung bawal. memang tie tumpang sekaki lah kannn :)

kusyuk memlilih sampai die tak perasan tie ambil gambar die :)

memang banyak giler wehh tudung bawal kat sini. semua warna ader. naik pening tie nak pilih. rasa macam nak rembat semua. hahaha. tamak kann??

sorang sebakul ha! amik ko mak ngah!! heeehhe

finally, tie rembat 10 helai and hazira 20 helai. dasyat kann?! settle bayar semua, tie temankan hazira pergi beli reben. then kitaorang lepaking kat station kopitiam. 

ni pun die tak perasan tie candid gambar die

dekat tiga tahun tie stay KL, ini lah first time tie lepaking dengan hazira. dah lama teringin nak kuar dengan die. tapi tie tak berani nak ajak. tapi kali nih, biler die dah ajak, memang tie okeyh jerk la kann :)

ni lah Hazira. cantikkan die :)

gambar ini memang wajib!!
pink purple pilihan tie gadies :)

siap makan semua, kitaorang jenjalan cuci mata sekejap, then terus gerak balik. thanks hazira! nanti kiter kuar lagikk okeyh :)

ini lah tudung bawal 10 helai yang tie rembat

petang sikit tie ke kedai bihun sup utara kat area wangsa maju. pergi dengan pieka. kedai nih memang tak pernah tak der orang. laksa dan bihun sup die memang terbaikk lah. kena pulak dengan tekak orang utara macam tie nih.

kedai ni betol betol kat tepi jalan
kalo korang nak cuba, boleh lah terjahhh yer. kedai ni terletak satu jalan nak ke Wangsa Walk. korang akan nampak kedai ni dulu sebelom sampai ke trafic light nak ke Wangsa Walk.

kami bff sampai bila bila :)

lepas makan terus balik rumah. esok kerja kann, kena lah balik awal :)

gambar tie dan kak deela sebagai penutup entry

Monday, 4 February 2013

myvie SE 1.5 @ perodua

assalammualaikum

ni nak habaq tujuan sebenar tie pergi ke Gerik, Perak last week, tie pergi sign agreement kereta. wahh! tie dah beli kereta?! alhamdulillah. syukur sesangat dengan apa yang Allah kurniakan ini. memang lah tak seberapa, tapi kiter d ajar supaya sentiasa bersyukur kan?

lepas settle semua g Ipoh last week, hari jumaat lepas tie kena pergi lagi sekali untuk ambil kereta. ni lah dugaan nyer kalau beli kereta jauh jauh nih. apepun, thanks pada kakak and abang d sana. tanpa dorang, tak dapat tie nak beli kereta nih. dorang yang bawakkan tie ke Ipoh last week. and jumaat lepas pun abang tie jugak yang tolong. alhamdulillah.

pepagik lagik tie dah bangun. siap siap dan ke KL Sentral. ticket pukul 10 pagi. pukul 9 pagi tie dah ader kat sana. pergi awal sebab memang niat nak breakfast first.

kfc a.m jadik pilihan breakfast

sorang sorang pun boleh jadik kalau begambar nih!! haha

ticket ETS

first time weh naik ETS ni. kalau kat kampung dulu, tie sebut keretaapi laju Ipoh-KL. hahaha. time tu tak tahu nama dia ETS. memang jakun giler weh. first time katanyer. kalau balik kampung pun, tie memang naik bas. tak pernah nak gunakan perkhidmatan KTM nih.

keadaan kat dalam. memang tak ramai orang time tie naik tu


lepas 2 jam 30 minit, tie selamat sampai ke stesen Ipoh. kat situ, abang ipar tie dah tunggu. then tie call Encik Hasni ( sales man perodua ) untuk datang ambil kitaorang.

mintak abang tie ambilkan gambar :)

one more!! buat kenangan. ntah ntah ini first and last tie naik nih. hahaha
tie gadies pakai beg baru :)

then bila dah kat perodua Ipoh, Encik Hasni terang serba sedikit pasal kereta. nasib baik bawak abang. sebab tie memang bukan tahu sangat pasal kereta nih. biasalah kalau perempuan nih, tahu bawak jerk. yang lain memang serah pada lelaki jerk.

begambar besama Encik Hasni

siap semuanya, then terus gerak balik KL. sebelom tu sempat singgah lunch kat mcD. pastu kitaorang singgah kat R&R Tapah untuk solat. sempat jugak makan ice cream baskin robbins. cuaca memang tersangat panas weh! kering tekak! abang tie drive dari Ipoh ke Tapah, dan tie pulak drive sampai lah ke KL. al maklumlah, tie bukan cekap sangat. kann dah lama tak bawak kereta. nasib baik ader abang kat sebelah.


pukul 6.30 petang, kitaorang selamat sampai KL. alhamdulillah. syukur segalanya d permudahkan Allah. abang tie terus balik ke Ipoh semula naik ETS. thanks sesangat untuk abang n kakak yang banyak tolong tie. moga korang d murahkan rezeki berganda ganda :)

dan dan dan inilah my new baby boo!
kuning d raja wehh!!

dari pandangan hadapan

antara gift yang tie dapat dari Encik Hasni, payung, stereng lock, minyak full tank and tembak number d setiap tingkap

bahagian dalam

dari bahagian tepi
tie tambah kan slide door liner :)

dan satu lagik, tie tambah kan boxs

dan tie yang sangat gediks nih, letak sticker ZALTIE nih.
gabungan nama tie dan suhaizal.
gediks kan? hahaha

tengok dari dekat lagikk :)

dan sempena my baby boo warna kuning, tie gediks masukkan gambar pakai baju kuning hari nih! semangat sampai tak nak pakai tudung blocking colour. hahahaha. saja pakai warna tudung sama dengan baju.

saya gemok

baju nih tie beli time shopping kat kelantan last month. time pergi wedding Zaza di Besut, Terengganu. baru hari nih tie pakai. tapi baju ni agak besar lorh. nampak sangat gemok

selesai semuanyer. alhamdulillah. apepun tie sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap pemberian dan takdir Allah

- alhamdulillah.wish list yang pertama untuk tahun 2013 dah terlaksana :) -