Thursday, 27 November 2014

.. aidiladha 2014 ..

  assalammualaikum

5 oktober yang lepas kita telah menyambut hari raya aidiladha. biarpun dah lepas, asal ader gambar, tie harus update dalam blog ini. 

tie masih dalam tempoh berpantang time nih. hari yang ke 33. tapi tapi biarpun masih berpantang, tie still melaram tau. tapi ala ala orang berpantang lah. jangan nak over, tak pasal kena bebel dengan mak :)

malam raya tu tie minta hubby belikan baju kat leesya. dan inilah yang die beli. boleh lah kann. kira pandai jugak ler die beli baju untuk anak. tie kan tak boleh keluar rumah. pantang kan :)

taraaaa, leesya dah pakai pada hari raya aidiladha. leesya pun nak jadi mummy tak lama lagik, gilerkan purple!!! hahahha

dan inilah keluarga kecil tie pada hari ke33 kelahiran leesya. syukur alhamdulillah atas pemberian Allah ini.

ini pulak tie begambar dengan family kecil wan dan ain. dorang nih cousin kepada suhaizal. dorang datang melawat leesya. thanks ain datang rumah

kalau tak silap tie anak tie dan ain nih beza 4 bulan

abang firas buli leesya. mentang mentang lah leesya kecik lagi, tak lepas pantang lagi :)

gambar petang raya
leesya dah keletihan, tido jerk kerjanyer

hari tu jugak family kak na datang ke rumah. tahun nih dorang balik beraya d perlis. lama betul tak jumpa dorang. tie tak pernah lupakan segala jasa baik dorang di KL dulu

hari tu kak mala ader balik kampung. and macam biasa kitaorang akan buat makan makan sikit and bacan yasiin. alhamdulillah.

dan baru baru nih kak na and angah balik ke kampung atas sebab mak kak na warded. time nih tolong hantarkan dorang ke stesen bas. dorang dah nak balik ke KL bila mak die dah keluar ward and dah kembali sembuh

salam aidiladha korang semua.

maner sempat nak shopping bagai, so kitaorang pakai baju raya aidilfitri 2013. kira okeyhla kann boleh pakai baju tahun lepas. kire slimm lah kan. hahaha

semoga hubungan tie dan suami akan kekal hingga akhir hayat. moga kebahagiaan akan sentiasa menjadi milik kami.

Wednesday, 26 November 2014

.. Arriana Nurqaleesya dalam pantang ..

assalammualaikum

entry nih nak tayang gambar arriana nurqaleesya dalam tempoh berpantang. dari hari kehari muka die berubah. rambut die pun cepat naik. dalam masa seminggu selepas cukur, rambut die dah naik.

actually nama arriana nih tie pilih lepas tengok drama arriana rose kat tv3. suka sungguh drama tu. lastly letak nama anak arriana. tapi rose nyer tak der. hahaha.

panggilan untuk tie dan suhaizal pulak adalah mummy and papa. suhaizal tak nak daddy. die kata nampak macam orang kaya sangat. haha. kelakar alasan die. padahal bersepah orang guna panggilan daddy tu. die kata kitaorang nih orang sederhana jerk, so panggil papa lah. haha. okeyh lah hubby, apa saja alasan mu :)

mummy pulak memang menjadi keinginan tie dari zaman berlajar lagik. haha. nampak tak kegatalan kat situ. time belajar pun ko dah pikir nak jadi mummy! alhamdulillah, akhirnyer tie dah jadi mummy sekarang. macam tak percaya pulak dah ader anak :p

tok abah belikan buaian untuk rumah kangar. thanks yer! tapi tie tak ajar sangat qaleesya naik buaian. nanti susah pulak nak kemana mana.

yang nih kat rumah simpang. duduk diam diam dalam katil kecik yang tok abah belikan nih.


ni fiza, adik kepada suhaizal. time qaleesya baru lahir, muka die sebijik macam maksu die nih. macam copy paste. tapi sekarang dah berubah dah. orang cakap macam muka suhaizal pulak. tapi muka tie lansung tak der. 

tok abah, maktok and maksu datang melawat qaleesya. sepanjang tempoh berpantang tie memang stay d rumah mak di kangar. ader jugak lah kejap stay d rumah fil. so fil memang selalu datang untuk tengok qaleesya.

cucu pertama tok abah :)

time nih umur qaleesya baru dua minggu kalau tak silap tie

ramai jugak kengkawan yang datang melawat. antaranya mama ida and azreen. kebetulan dorang datang pada hari yang sama.

ida, firdaus dan azreen

thanks yer mama ida and auntie azreen datang melawat qaleesya

ini pulak hari ke 19 kalau tak silap tie.
time nih nak pergi klinik rasanyer. ntahla, ni lah padahnyer bila dah lama2 baru nak update.haha

hari ke 26
yang nih pun tie pergi checkup

kelakar pulak tengok gambar leesya time dalam pantang nih. sebab sekarang die dah agak besar, dah nak masuk tiga bulan. muka pun dah banyak sangat berubah. nampak lain sangat pulak. haha.

tak per, nanti tie update gambar terkini. banyak lagi entry akan menyusul lepas nih. gambar pun terlalu banyak. sampai rasa tak tahu maner satu nak masuk dalam blog nih :)

Thursday, 20 November 2014

.. majlis aqiqah dan cukur jambul ..

assalammualaikum

rasa tak bersedia lagik untuk tie kongsikan pasal pengalaman bersalin. so tie update pasal kenduri aqiqah dulu okeyh.

tie telah selamat bersalin pasa 3 september 2014. alhamdulillah syukur pada Allah. setelah mendapat kata sepakat dari family, family in law and hubby, kami bersetuju untuk buat kenduri aqiqah dan cukur rambut anak tie pada hari ketujuh kelahiran iaitu pada 9 september 2014.

kalau nak ikutkan persiapan, memang ala kadar. sebab semuanyer last minit. tambahan pulak tie memang tak boleh nak uruskan apa2. tie tengok jerk apa diaorang buat and siapkan. ikutkan hati tie nak buat lewat sikit contoh pada hari ke 21 kelahiran ker, time tu mesti tie dah kuat and sihat sikit, tapi memikirkan demi untuk mendapat pahala sunat yang terbaik, tie setuju untuk buat kenduri pada hari ketujuh kelahiran. 

sempena hari kelahiran ketujuh dan majlis aqiqah, kami namakan putri sulung kami dengan nama Arriana Nurqaleesya Binti Suhaizal. 

Arriana bermaksud yang bersungguh sungguh. Nur pulak bermaksud cahaya dan Qaleesya bermaksud permata murni/hati yang murni.

semoga kamu menjadi anak yang beriman, bijaksana, cemerlang dunia akhirat dan berbakti kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat.

gambar sebelum cukur rambut.
inilah wajah arriana nurqaleesya pada hari ketiga. mak kata qaleesya ikut rambut tie. tebal sangat rambut die

tie start mengurut pada hari ketiga. dan bidan ini jugak lah yang cukurkan rambut anak tie. memang sedap weh die ngurut. berat badan tie pun cepat turun lepas die ngurut. memang menampakkan hasil.

bidan nih cukur rambut dulu, then die potong kuku and lastly baru mandikan. die jugak yang siapkan qaleesya hari tu. kemudian ader jugak buat manis mulut.

satu lagik gambar qaleesya kena cukur rambut.

ini pulak menu yang disediakan
nasi putih, kambing masak gulai, ikan keli goreng, sayur kobis, ayam masak merah, sambal belacan and ulam ulaman. pulut kuning pun ader. 

dan inilah muka qaleesya lepas cukur rambut

arriana nurqaleesya dah botak :)

tie cuma jemput officemate tmpoint, kengkawan rapat, saudara mara terdekat, saudara pihak in law and orang kampung. tak sempat nak roger kat semua kengkawan, memang last minit kan.

boss dan officemate tmpoint

haish besar nyer tie time nih. biasalah kan, baru seminggu lepas bersalin. semua besar lagik. haha. tapi sekarang? dah slim tau :)

banyak jugak lah hadiah yang qaleesya dapat. kat bawah nih sebahagian dari hadiah yang orang kasi. thanks semua.

yang nih yus poskan dari kelate. thanks beb!
tapi yang kelakarnyer, die boleh letak nama nur hayati qaleesya kat nama penerima tu. nasib baik sampai weh!

ini dari mama eyda. siap ader kasut comel lagik. makaseh yer mama.

yang nih dari azreen, officemate tmpoint

dan ini hadiah dari tok abah. qaleesya suka sangat! yeayyy! makaseh tok abah
 
dalam katil besar, ader katil kecik. hehe

mainan nih tok abah beli masa qaleesya tak keluar lagik dari perut. nampak tak betapa excited nya tok abah nih. hehehe

hadiah yang lain tie tak sempat nak snap lagik. simpan lah untuk next entry pulak. apepun terima kasih kepada semua yang hadir untuk majlis aqiqah qaleesya. dan terima kasih jugak kepada semua yang membantu untuk menjayakan majlis ini. bersyukur pada Yang Maha Esa atas anugerah Allah yang tidak ternilai ini.

Wednesday, 19 November 2014

.. aktiviti terakhir sebelum bersalin ..

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Syukur pada Allah, tie dah selamat bersalin pada 3 september yang lepas. Sebab tu lah tie dah lama tak update. hampir tiga bulan rasanyer. Tangan nih dah mula gatal gatal tau sebab tak boleh hapdate. haha

Entry ni nak story pasal kisah sebelum bersalin. Untuk entry bersalin, lepas ni okeyh :)

 Sepanjang tie pregnant, tie tringin sangat nak makan ayam penyet kampung baru. Kedai yang tie selalu makan dulu tu. Tapi sedihnyer, tak tercapai impian tie tu. Sampai kesudah kitaorang tak pergi KL.

Tapi tapi bukan bermakna husbnd tie tak cuba nak tunaikan permintaan tie tu. Die selalu bawak tie makan kat kedah. Mana je kedai yang ade menu ayam penyet, mesti kitaorang try. Tapi sumpah menu nye tak sama dengan nasi aym penyet kampung baru. Tapi dah mengenangkan mengidam, daku telan kan jua. Waaa sedih.

 Ayam penyet ni tie makan kat jitra. Lansung tak macam ayam penyet. Dah macam nasi ayam ade la. Kalo tak silap tie, sehari sebelum masuk ward, kitaorang sempat lagiik pergi makan nih.

dua hari sebelum warded, tie dan hubby bawak yaasir,anak kepada cousin tie pergi jenjalan kat taman permainan. die nih baru tiga tahun, tapi akal die macam budak lima tahun dah. bijak and petah bercakap. kelakar pulak tengok muka tie time nih. buruk sungguh. hahaha. pembawakkan katanyer :)

tie dan hubby lansung tak kelam kabut pasal kelengkapan bila dapat tahu tie dah kena warded. sebab kitaorang dah siapkan semuanyer :)

tie jugak siapkan segala keperluan untuk ke hospital.

next entry tie akan kongsi pasal pengalaman bersalin anak pertama. and serba sedikit pasal princess kesayangan tie tu :)