assalammualaikum
setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan kehadiran cahaya mata. kerana dengan kehadiran anugerah Allah itu pasti pasangan itu akan lebih bahagia serta kehidupan rumah tangga pasti akan lebih lengkap dan sempurna dengan adanya cahaya mata.
bagi tie dan suhaizal, kami memang lansung tak merancang bagi anak pertama. memang kami sentiasa berdoa agar dikurniakan anak. dan alhamdulillah doa itu dimakbulkan Allah.
dua minggu lepas kami berkahwin, tie demam teruk. badan rasa lemah sangat. kitaorang ingat tie pregnant. bukan main lagi suka syiok sendiri. dan bila pergi checkup, doctor cakap badan tie terlalu penat. yerla, tak habis penat kenduri, kami ke langkawi, pastu kesana sini. mungkin sebab tu kot. so tak pregnant pun. lagipun awal lagik kot, baru dua minggu kahwen, tak kan dah dapat kesan.
dua tiga minggu lepas kahwen, tie asyik nak makan jerk. selera bukan main bertambah lagik. and satu hari tu, officemate tie tegur tie. die cakap baik pergi checkup. kalau tie makan banyak sebab tie pregnant tak per. tapi kalau lah tie tak pregnant pun, tapi tie makan banyak. tak takut gemok ke beb. terus terfikir betul jugak apa yang officemate tie bagi tau nih. terus risau weh!
genap sebulan tie berkahwen, 7/1/2014, tie pergi checkup. time tu balik kerja. tie singgah klinik jap. actually tie rasa terlalu sakit d bahagian pinggang, sebab tu tie ambil keputusan untuk pergi check. dan tie memang pergi sorang after kerja. dan bila pergi klinik, doktor scan and buat urine test, alhamdulillah ianya positif! tie pregnant beb! time tu rasa menyesalnyer tak datang dengan suami. kalau tak, mesti dapat tahu berita gembira tu sesama kan :)
alhamdulillah. bersyukur sangat pada Allah. tie memang nak kan zuriat. dan tie bersyukur kerana Allah makbulkan doa tie. time tu rasa happy sampai menitik la air mata nih. rasa macam tak sangka, tie akan jadik mummy. alhamdulillah.
malam tu, lepas jemaah solat magrib dengan suhaizal, tie slow slow bisikkan kat telinga die pasal berita gembira tu. terdiam die sekejap. then baru die senyum and ucap rasa syukur. tie nampak betapa happy nyer suhaizal malam tu.
sepanjang tempoh awal tie pregnant, macam macam alahan tie alami. muntah demam tu dah jadik perkara biasa lah kan. satu satu nyer alahan pelik, tie tak boleh makan nasi. memang kena makan benda lain. tak kesah lah, roti ke apa ke, janji bukan nasi. itu agak normal kan! yang pelik nyer, tie tak boleh tengok nasi lansung, tengok orang makan nasi pun tak boleh. memang akan muntah! so memang tie tak teman suhaizal makan nasi. nasib baik die paham.
doa nih tie amalkan setiap kali lepas solat fardu
moga anak dalam perut nih sentiasa terpelihara :)
tiga bulan jugak tie tak makan nasi. dan selera untuk makan pun tiada. alahan tak payah cakap lah, memang sentiasa ader. tapi alhamdulillah segala alahan ini hilang bila kandungan tie mencecah empat bulan lebih. baru lah ader selera makan and boleh makan nasi. muntah pun tak der lansung. alhamdulillah.
kadang kadang, kalau suhaizal cuti, die akan temankan tie pergi checkup
tapi kalau die kerja, memang mak tersayang lah yang temankan :)
sejak mengandung, memang tie tak buat kerja berat. suhaizal yang banyak ambil alih. tapi tie bersyukur kerana tie ader mak yang sentiasa menjaga tie. bab kemas rumah and sediakan makan, memang mak lah kan. tapi bab baju bagai, suhaizal lah yang tolong. cuma kadang kadang kalau suhaizal tak sempat, mak yang buat kan. beruntungkan tie :) hehehe
dah nampak dah perut muncit nih :)
tie ikut suhaizal pergi lawan bola
baju nih suhaizal yang belikan
ikutkan hati tak nak tie pakai, sebab nampak macam orang tua! hahahaha
tapi kena jaga hati suami, kena pakai jugak tau.
jangan marah hubby :)
sepanjang pregnant, tie memang amalkan air zam zam, kurma, kismis dan susu. memang setiap hari kena makan, kalau tak kena bising dengan suhaizal.
pengalaman yang tak dapat dilupakan bila first time kena minum air gula! tak lalu weh! lepas tu tie kena ambil darah. first time kena ambil darah memang menyiksakan bagi tie. sebab nyer darah tie tak nak keluar. jadik nurse tu terpaksa cucuk tie di tiga bahagian berlainan untuk ambil darah. orang lain punya senang jerk ambil kat satu bahagian jerk.
balik dari klinik tu, memang tie diam jerk. sakit nyer tak hilang weh! dan tak sangka suhaizal hadiahkan tie anting anting nih. katanyer upah sebab kena cucuk tiga bahagian. time tu baru mula senyum balik. hahaha! thanks hubby. susah susah jerk tau!
kalau cakap bab mengidam, macam macam dah tie mengidam. belangkas lah, ketam lah, udang besar lah. semuanyer nak seafood. alhamdulillah apa yang tie nak semua tie dapat makan. cuma tunggu buah manggis jerk yang belum dapat sebab sekarang bukan musim die. mak kata tunggu bulan 7 nanti.
hari tu teringin udang galah fresh
dan alhamdulillah anak saudara tie turun ke laut and dapat udang nih. kakak ipar tie siap masakkan lagik and hantar.
sekarang kan musim mangga harum manis.
dan buah nih memang hanya terdapat di perlis sahaja. mahal tau buah nih. kadang kadang sekilo boleh mencecah harga rm30. dan sekilo tu, korang boleh dapat dua biji jerk tau. tapi sebab dah sedap and famous, banyak orang luar datang untuk dapatkan buah nih. dan tie tak ketinggalan untuk merasa buah nih. suhaizal, mak and fil tie gilir gilir belikan. memang makan sampai puas weh!
ikutkan hati teringin nak makan abc shah alam
tapi apakan daya, tie d perlis. makan jerk la abc kat mana mana kedai d perlis nih. memang setiap kali pergi kedai yang ader abc, memang tie akan order nih. padahal sebelum nih bukan suka sangat pun.
yang nih pun sama, mana pulak nak pergi cameron nak dapatkan strawberry kan. so memang beli kat pasaraya jerk.
apepun tie bersyukur sangat pada Yang Maha Esa atas kurniaan ini. semoga anak dalam kandungan ini akan sentiasa terpelihara dan semoga segalanyer d permudahkan nanti. korang doakan yang terbaik yer buat tie, suhaizal dan baby dalam perut nih.
dan untuk hubby dan family, thanks atas segala bantuan serta pengorbanan korang selama ini. thanks sebab sanggup melayan kerenah tie nih. semoga kita semua akan sentiasa dirahmati Allah. aminn
No comments:
Post a Comment