Monday, 26 May 2014

.. wedding cousin @ Perlis and Terengganu ..

assalammualaikum

sorry korang, tie ingat dah abes entry wedding nih, tapi lupa pulak tetinggal satu lagik. skip dulu lah entry langkawi tu yer :)

29 March 2014 yang lepas, cousin tie Mas Amira telah melansungkan perkahwinan. tie tak dapat pergi time majlis akad nikah sebab tie kerja. balik kerja baru tie singgah. dan alhamdulillah sgalanyer berjalan dengan lancar. tahniah mira!

di hari pernikahan
mira pakai busana serba putih

mira nikah pada hari jumaat, dan esoknyer sabtu baru lah berlansungnyer majlis perkahwinan. suhaizal awal awal pagik dah pergi untuk tolong. sebab nyer kenduri d kampung tie nih selalunyer masak sendiri. atau dikenali sebagai pakatan. means saudara mara sendiri yang masak beramai ramai. bukan catering lah. dan mak and abang ipar tie sendiri yang jadi tukang masak utama pada hari tu. suhaizal tolong apa yang patut. dan tie pulak pergi makan jerk. hehe :)

dalam pukul 1 petang macam tu lah, baru tie pergi makan. tie pergi dengan kak mala and farah. sampai jerk terus makan. sedappp makkk masak. heehehe

tie dan kak siti
wife cousin tie

ni pulak dengan adik za'in. anak cousin tie

suhaizal pun nak begambar jugak dengan za'in

dan ini lah mira d majlis perkahwinan
serba hijau. cantik sangat!

tie dan zal bersama pengantin

selesai majlis d perlis. then, seminggu kemudian, berlansungnyer majlis d pihak lelaki d Kemaman, Terengganu. kami saudara mara sewa satu bas beb! penuh saudara tie jerk dalam bas nih. first time weh naik bas reramai dengan family pergi rombongan kenduri.

kami sengaja buat pilihan untuk naik bas. yerla, jauh weh perlis dengan terengganu. memasing malas nak drive. so ini jerk la jalan yang ader. tapi best jugak sekali skala naik bas reramai macam nih.

mak buyung nak naik bas dah nih :)

farah, anak saudara tie

bosan giler dalam bas. perjalanan jauh sangat. naik sakit satu badan tie. abes kaki semua bengkak tau.

dan selepas 13 jam dalam perjalanan, akhirnyer kami selamat sampai ke bandar kemaman. alhamdulillah. kitaorang disediakan dua homestay. sebuah untuk perempuan and sebuah lagik untuk lelaki. so terpaksa lah tdo asing asing dengan suami yer. tapi rumah kami bersebelahan jerk.

malam tu, keluarga pihak lelaki sediakan nasi kerabu terbaik. memang sedap. esok nyer pulak, dorang kasi roti canai, kuih muih untuk sarapan. memang lain rasanyer kalau nak dibandingkan dengan makanan perlis.

tengah hari macam tu kami gerak ke rumah pengantin lelaki. tak der lah jauh sangat dari homestay yang kami tinggal tu. owh yer, time pergi tie and suhaizal jadik driver. bawak pengantin. hehe. jadiknyer kami tak payah la naik bas.

julung julung kalinyer, dorang dapat pengapit mak buyung. hahah
dorang pakai purple silver hari tu. sama cantik sama padan.

tie dan suhaizal
moga hubungan kami akan kekal hingga akhir hayat. aminn

bukan main sengih lagik tie kannn
perut kenyang, hati pun senang weh. haha

suhaizal dan haikal

dan memang muka kami jerk yang ader.
gambar yang lain dalam camera. malas tie nak transfer. so ambil apa yang ader dalam phone jerk

farah dan razif
dorang akan bertunang pada 8 june 2014 nih

lepas memasing dah menjamu selera dan bergambar, kami gerak balik ke homestay. balik untuk bersihkan diri, solat and berkemas. pukul 3 petang macam tu kami dah gerak naik bas untuk tinggalkan terengganu. sebelum tu sempat jumpa pengantin dulu. dorang datang ke homestay kejap untuk ambil kunci. dan mula lah drama korea yang tidak disengajakan. sedih lah sebab die akan stay d terengganu. maybe tunggu raya pulak baru dia balik perlis.

dari terengganu, kami singgah di kelantan untuk beli keropok leko. then ader lagik singgah di Bukit Bunga. singgah makan and shopping apa yang patut. then teruskan lagik perjalanan ke Gerik. kali nih memang jadik pengalaman pertama buat tie. kami terpaksa berhenti d tepi jalan sebab tunggu keluarga gajah melintas. tiga tahun tie berlajar di kelantan, ulang alik pergi balik, sekali pun tie tak pernah jumpa gajah. tapi kali nih, jumpah gajah pulak. banyak ekor pulak tu yang melintas. memang tunggu jerk la jawabnyer.

then, kami singgah d kedai makan kat Gerik. time tu dah pukul 12 tengah malam. tie call kak mala and suami untuk datang join dengan kami. sebab rumah dorang dekat sangat dah dengan kedai tu. lepas semua dah kenyang, baru lah kami gerak balik perlis. hujan lebat sepanjang jalan. so bas pun kena lah bergerak slow. biar lambat janji selamat. dalam pukul 5 pagi macam tu kami selamat sampai ke rumah. alhamdulillah.

tahniah untuk mira dan suami. moga mira sentiasa tabah dan sabar untuk hadapi apa jua dugaan yang datang. kena pandai bawak diri kat terengganu. tambah tambah pulak mira stay dengan keluarga mertua. and tie doakan moga korang akan kekal bahagia hingga akhir hayat.

No comments: