Wednesday, 15 February 2017

.. sayonara boss @ Tmpoint Kangar ..

assalammualaikum

entry kali nih nak tayang gambar gambar sekitar majlis perpisahan boss dan team leader tmpoint kangar yang di adakan di secret cafe kuala perlis pada 31 december 2016 yang lepas.

banner khas untuk boss dan kak rakiah

antara menu yang ader hari tu. ikan jenahak bakar, ketam masak rempah, tomyam campur, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, sambal udang, ikan siakap masak kengsom dan ulam ulaman

memang banyak giler weh makanan yang ader! memang makan sampai nak pengsan

majlis di mulakan dengan ucapan terima kasih dari staff, seterusnya ucapan dua insan yang di raikan dan di akhiri dengan ucapan En Hisham. haishh kenapa ayat mommy tetiba skema sangat nih! haha

then , kami mulakan dengan acara penyampaian hadiah sebagai tanda penghargaan kami kepada boss dan kak rakiah. boss ditukarkan ke tmpoint alor star manakala kak rakiah tamatkan perkhidmatan beliau dengan mengambil skim MESRA.

En Hisham dan En Zali serahkan hadiah, bunga, kad dan balloon kepada kak rakiah

then, giliran En Hisham pulak serahkan hadiah kepada En Zali sebagai tanda terima kasih kami

terima kasih untuk segala jasa baik dan ilmu yang kak rakiah berikan kepada kami selama ini. semoga kak rakiah sentiasa dimurahkan rezeki, di panjangkan umo, dan di berikan kesihatan yang baik. maaf andai ada salah silap selama kita bekerja di tmpoint kangar. sesungguhnya penamatan perkhidmatan kak rakiah sangat kami rasai. semoga kita akan bertemu lagi dan jangan lupakan kami

bergambar reramai sebelum kami menjamu selera

ice cream cake yang sedap terlajak khas untuk boss dan kak rakiah

dua insan yang sangat berjasa dengan telekom malaysia berhad terutamanya tmpoint kangar. semoga kalian berdua terus maju jaya dan sentiasa di rahmati Allah. jangan sesekali lupakan kami and thanks for everything. ketiadaan kamu berdua dalam tmpoint kangar selepas ini sangat kami rasai :(

then, pada 2 february 2017, merupakan hari terakhir En Zali berkhidmat di tmpoint kangar. hari tu kitaorang memang berborak bergembira seperti biasa. padahal dalam hati memasing sedih mengenangkan hari tu adalah hari terakhir En Zali menjadi boss kami. poyo ayat tie kan!

then petang tu, boss ada buat sedikit ucapan untuk kami semua. memang dia akan menangis lah kannn sebab En Zali nih memang hati tisu! hahahah

memasing senyap jerk time nih. then ader jugak staff yang memberi sedikit ucapan kata kata terima kasih pada boss. mommy memang diam jerk sebab tak mampu nak cakap! air mata mengalir laju dalam diam! hahahha

selesai sesi menangis bagai, kami ke secret recipe untuk lepaking kali terakhir bersama boss. semua join kecuali kak ros dan abg yen. kitaorang just ambil cake satu slice dan minuman untuk setiap seorang.

ini mommy punya yer :)

special untuk boss. sayonara boss :(

thanks 4 everything boss. selama tie bekerja d TM, boss lah boss yang terbaik yang pernah tie ada. tak pernah merungut untuk melayan segala kerenah staff dan sentiasa membantu untuk segala masalah kami.

kami geng sporting!

mama suria dan ibu husna

penukaran boss sangat kami rasai dan kami pasti akan rindukan boss!

welfie sehabis boleh! hahhaha

pep talk terakhir dari boss. credit to alun for this picture 

awal february lepas, Puan Suzana ( empat dari kiri )dari tmpoint alor star mula menggantikan En Zali. En Hisham pun turut hadir bagi acara penyerahan tugas CEMT bagi tmpoint kangar

selain dari hadiah, kad, bunga dan balloon, kami jugak framekan gambar bersama d majlis perpisahan yang lepas untuk boss.

boss dah pandai selfie sekarang. nampak handsome jerk bila berbaju putih nih :)

untuk boss, thanks 4 everything dan maaf andai ada salah silap dari kami sepanjang kita bekerja bersama. selamat maju jaya di ucapkan dan semoga boss sentiasa berbahagia walaupun kita tak lagi bekerjasama selepas ini. jangan lupakan kami tau!

dan untuk Puan Suzana, selamat datang ke tmpoint kangar. semoga Puan dapat membantu kami dan memberi tunjuk ajar serta semoga kita semua sentiasa bekerjasama dalam keadaan yang harmoni.

Monday, 13 February 2017

.. perlancaran casa deco + ulangtahun kopi arabica ..

assalammualaikum

28 januari 2017 yang lepas, berlansungnya majlis perbukaan kedai casa deco yang terletak di taman mutiara kangar perlis. casa deco nih hasil usaha keras dari boss Ekram Ibrahim, pemilik bersama produk kecantikan Lalova Exclusive 

memang mommy dan officemate tak ketinggalan untuk ke casa deco nih! lagipun sesiapa yang datang akan mendapat satu coupon untuk cabutan bertuah bagi setiap pembelian. tak kira lah barang yang di beli hanya berjumlah rm 0.50

mommy, husna dan ema bersama pemilik casa deco

mommy di hari perlancaran casa deco

gemok itu memang dah tak dapat nak di nafikan :(

majlis bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 11 malam. mommy pergi bersama tiga orang adik ipar. kebetulan papa memang tak der pergi langkawi ader game bola. qaleesya pulak tido kat rumah bersama mak tok kangar.

pukul 9 malam macam tu, baru lah kitaorang pergi. sekadar nak support kengkawan berbisness dan nak tunggu cabutan bertuah. haha

tapi malam tu hanya fiza yang bertuah, adik ipar bongsu tie. fiza dapat lampu dinding dan boleh tahan mahal harganya. kami lagi tiga orang, balik tangan kosong jerk :)

kami berempat bersama boss Ekram Ibrahim. tahniah kepada beliau kerana menjadi salah seorang usahawan muda yang di kenali ramai. kami doakan semoga perniagaan boss berjaya dan sentiasa d murahkan rezeki. aminn

keesokkannya, pada 29 januari 2017, tie dan mak ke kulim golf resort bagi majlis ulangtahun kopi ROHA yang ke lima. tie jugak ajak fiza, adik ipar tie yang bongsu sebagai teman. qaleesya stay dengan mak tok simpang. papa pulak masih d langkawi.

carpet merah la sangaat kann

ROHA adalah nama sebenar dari Rohaya. adik kepada kak na KL. dorang nih kan sepupu tie. kak rohaya nih menceburi bidang perniagaan kopi arabica dan berjaya mengeluarkan kopi jenama beliau sendiri. kopi beliau jugak berjaya memasuki pasaran hampir setiap negeri d seluruh malaysia.

kak na datang bersama angah dari KL. yang lain tak dapat balik katanyer sebab kerja. dapat lah jumpa sekejap hilangkan rindu

fiza, kak na dan mommy

bersama bonda tersayang

mak dannn tetamu jepunnnn

pasangan suami isteri dari jepun merupakan jemputan khas untuk majlis ulangtahun ini. setahu tie, suami kepada kak rohaya nih pernah bekerja d jepun bersama pasangan tersebut dan beliau penah memberi ucapan ketika majlis perkahwinan mereka. dan sebagai tanda penghargaan, pasangan suami isteri ini datang ke majlis ulangtahun rohaya dan suami bagi meraikan kejayaan mereka bersama serta sebagai tanda berterima kasih beliau kepada suami kak rohaya

mommy pun nak jugak. mana tahu dapat pergi jepun lepas nih! hahahha

dan lagik singgah posing kat sini :)

majlis bermula pada pukul 10.30 pagi dua berakhir pada pukul 2 petang. pelbagai hadiah menarik yang di berikan sebagai hadiah penghargaa kepada agent agent kopi ROHA serta pelbagai hadiah cabutan bertuah yang ada. tapi kami bertiga tak bertuah yer :(

bersama mak tersayang

baju mak tak sempat potong :(

selit gambar qaleesya dapat ang pau pada tahun baru cina yang lepas. thanks yer uncle auntie semua!

tahniah kepada kak rohaya dan keluarga kerana berjaya menjadi usahawan melayu yang berani mencuba bidang perniagaan ini. semoga korang terus berjaya dan sentiasa d murahkan rezeki berganda.

Tuesday, 7 February 2017

.. rania + haura birthday party ..

assalammualaikum

untuk entry ketiga di tahun baru nih, mommy selit terus entry terkini bulan jan 2017 yang lepas. mommy ke majlis hari lahir Nur Rania Asyiqa di taman awam bukit lagi. papa tak join sebab masih di langkawi ader game bola. memang kami berdua jerk lah yang pergi kann :)

selamat hari lahir yang pertama rania. semoga kamu membesar menjadi anak solehah serta berjaya dunia dan akhirat. comel jerk pakai serba putih macam nih. teringat pulak time celebrate first birthday qaleesya dulu.

"balloon nih wana white sama dengan baju esya " - arriana nurqaleesya

saya dah bersedia nak jadik kakak lah mommy. cepatlah bagi saya adik - arriana nurqaleesya

mana nak tumpah nyer kuah kalau tak ke nasi kan? hahahha. qaleesya memang giler gambar macam mommy. cuma muka tu susah betul nak senyum kalau depan camera. selalu buat muka ketat!

then nak selit pulak entry december 2016. mommy, papa dan qaleesya ke majlis hari lahir serta majlis aqiqah haura aysha pada 31 december 2016 yang lepas.

bukan main mommy daddy dia buat kad jemputan. cute kann

birthday gurl. comel sangat tau. last mommy jumpa haura time dalam pantang. jumpa kali kedua dah setahun umo dia. cepat betul masa berlalu kannn.

nanti dah besar, kawan baik tau dengan haura. kawan macam mana mommy kawan dengan mommy aya. semoga ikatan persahabatan N4 akan kekal sampai bila bila.

bila mommy panggil nak bergambar, dia boleh buat tak  tahu cenggini!

qaleesya memang manja sungguh dengan papa dia! anak papa lah katakan!

tie dan aya! dapat lah lepas rindu sekejap! lamaa tak jumpaaaa

keluarga tie dan aya

gerak dari rumah aya, kitaorang terus ke aman central. papa pandai pulak nak ambil hati mommy and qaleesya kannn! 

punyalah kuat dia peluk mommy sebab takutkan si jembalang hitam tu! hahhhaha

arriana nurqaleesya jugak yang untung. kitaorang beli lapan helai baju baru kat dia. tapi beli kat padini jerk la semuanya. kat mommy and papa memang tak der shopping apa2. just jalan jalan and makan makan.

macam biasa, mommy minta orang ambilkan gambar kami :)

hampir waktu magrib jugak lah kitaorang sampai rumah.