Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, 13 July 2017

.. syawal 2017 ..

assalammualaikum

hari nih dah masuk syawal ke 19. alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk menyambut aidilfitri dengan meriah sekali.

selamat hari raya tie ucapkan buat semua. tie dan keluarga memohon kemaafan andai ada salah dan silap dari kami. rasanya belom terlambat kan untuk ucapan raya nih sebab kita masih lagi d bulan syawal

entry nih mommy nak tayang gambar gambar d hari raya. tak banyak tapi ada la sebagai kenangan indah untuk d kenang d masa akan datang nanti :)

beg tangan untuk si anak dara qaleesya

accessories raya untuk anak dara mommy

macam biasa, kami memang tido di rumah kangar. bangun pagi tu siapkan diri, kemas rumah apa yang patut buat kali terakhir, dan siapkan hidangan untuk pagi raya. tahun nih kedua dua orang kakak tie balik. memang rumah meriah dengan anak anak saudara jerk lah kan

antara menu wajib setiap tahun d rumah tie adalah nasi tomato, ayam masak merah, gulai daging, daging masak asam, ketupat palas, rendang daging dan serunding. selain tu kuih raya memang kitaorang beli jerk

sebahagian dari keluarga tie

balik dari solat raya, kitaorang bersalam salaman, bagi duit raya dan bergambar.


keluarga kak mala


paksu dan dayah, kak mala dan abg zamiri serta keluarga kecil mommy

sebelum berangkat ke simpang empat

tie dan kakak linda

kebetulan baju anak saudara tie, aishah sama tema dengan tie

then, kitaorang gerak ke simpang empat pergi bersalam salaman dengan family mertua pulak. and acara bergambar memang wajib lah kan

anak dara salam dengan mommy

anak dara salam dengan papa

anak papa nih memang pandai bodek tau

family in law

tahun ketiga raya bertiga. mana tau tahun depan dan depan boleh raya berempat pulak. kalau ada izin Allah,insyaallah :)

salam aidilfitri dari kami bertiga

tie dan acik cda

tie dan acik zira

qaleesya dah penat melayan mommy bergambar masa nih

suami isteri luar biasa. siang bergaduh, malam bercinta. hahhahaha

yang nih bab posing serah kat dia!

tie dan ibu ain

anak anak kami sebaya

kitaorang sempat singgah d rumah brie sekejap

tie dan nomi

mommy gemok d pagi raya

tahun nih kami beraya dengan sederhana. segala persiapan jugak sederhana. baju raya pun sepasang jerk tau. apepun alhamdulillah atas segala permberian dan pinjaman Allah kepada kita

duit raya qaleesya tahun nih. hari raya pertama anak mommy dapat rm700.00 alhamdulillah rezeki anak. terima kasih kepada pemberi

selamat hari raya sekali lagik yer!

Friday, 9 June 2017

.. the carnival @ sungai petani kedah ..

assalammualaikum

hari nih dah masuk ramadhan ke 14. selamat menyambut bulan ramadhan kepada korang semua. sama sama lah kita berebut peluang di bulan ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan dan dalam masa yang sama peluang untuk turunkan berat badan tau :)

cuti israk mikhraj pada 24 may yang lepas, kitaorang sekali lagi ke the carnival sungai petani. kali nih bawa ketiga tiga oranga dik ipar tie. lagi ramai lagi seronok lah qaleesya kann. last bawak qaleesya ke the carnival nih masa dia baru lapan bulan

geng gegurls

mommy dan anak dara di pintu depan the carnival sungai petani

qaleesya punya la excited nak pergi tapi bila sampai jerk dia buat takut takut pulak

mommy, papa, qaleesya and tiga dara sister in law

nampak macam mommy yang over happy nih kann hahaha

ini jerk gambar yang ader. banyak main air lagi dari bergambar :)

acu fieza dan alang anis

sampai orang halau keluar baru kitaorang balik. hahaha boleh ke cenggitu?! kitaorang singgah makan kat alor setar then terus balik rumah. apepun yang mommy buat, semuanya untuk qaleesya happy :)

selamat berbuka puasa semua

Friday, 19 May 2017

.. Zoo Taiping & Night Safari ..

assalammualaikum

awal bulan april 2017 yang lepas, tie dan hubby bawak arriana nurqaleesya ke zoo taiping yang terletak d taiping perak, tapi kali nih kami tak pergi bertiga, tie bawak jugak dua orang adik ipar tie sebagai peneman qaleesya nanti. kalau ramai2 baru lah seronok kan :)

hujung bulan 12 tahun lepas, tie ader join trip to krabi. kat sana, kitaorang ader pergi tengok elephant. tie ada bergambar dan rakamkan video d sana. balik jerk ke perlis and tunjuk gambar2 tu, qaleesya menangis2 nak tengok elephant. dia marah2 sebab tak bawak dia. dan bermula dari masa tu lah, setiap hari dia akan tanya bila nak bawak dia tengok elephant?

kami berhenti makan d rnr gurun

alhamdulillah, ada jugak kesempatan nak tunaikan impian qaleesya tengok elephant awal april yang lepas. bukan senang nak ajak si pemain bola tu keluar. ader jerk game bola dia. budget2 hebat jerk kan! hahaha. jgn marah yer papa!

kitaorang gerak dalam pukul 8 pagi cenggitu dan sampai sana dalam tengah hari. sepanjang perjalanan dari kedah ke taiping hujan lebat, nasib baik lah bila sampai ke zoo, hujan dah berhenti. kalau idok, tak kesampaian qaleesya nak tengok elephant

dah siap beli ticket, apa lagi memang terjah lah kannn. anak dara dah tak sabar nak masuk :)

acu fieza melayan qaleesya bergambar

muka agak cuak kannn. dia boleh buat takut2 pulak

qaleesya dan acu fieza

pihak zoo sediakan perkhidmatan train untuk kami lihat sekeliling kawasan zoo. lepas dah pusing seluruh kawasan, baru lah train berhenti dan kami boleh mula berjalan jalan dalam kawasan zoo.

nampaknya mommy pulak yang over kalah anak nih? hahah. nampak tak giraffe kat belakang mommy nih? comel jerk semuanya :)

dan dan dan bila kami jalan jalan dalam kawasan tu, kami lebihkan masa di kawasan elephant. memang ini yang qaleesya nak. so memang bagi dia tengok elephant puas2 kann

mommy mesti lah wajib bergambar kannn

kami sekeluarga. awal tu qaleesya macam excited, lama lama dia macam takut pulak kat elephant.

mommy siap bawakkan kamus bergambar lagi tau untuk dia berjalan sambil berlajar

acu dan acik memang rajin melayan kerenah qaleesya. thanks korang!

time nih dia dah mula rasa takut bila mommy nak tinggalkan dia untuk ambil gambar dia sorang

comel kan giraffe nih

tiger aka pak belang

bukan main seronok anak mommy dapat berlajar dan tengok perlbagai jenis haiwan

keluarga kecil mommy

selesai sesi lawatan kat sini. yang penting ank mommy happy dan mommy dapat tunaikan janji yang dah lama tu :)

gerak dari zoo, kitaorang ke aeon mall taiping. dan lagik weh shopping baju kat sini!

kononnyer kat peneng art street lah kann

thanks acik eity and acu fieza sempurnakan hari qaleesya

sempat jugak kitaorang makan yong tau foo famous kat area balai bomba taiping nih

alhamdulillah kami selamat sampai rumah. ade banyak lagik entry yang mommy nak update. tapi bila tu tak tahu lah :(