Showing posts with label qaleesya. Show all posts
Showing posts with label qaleesya. Show all posts

Wednesday, 2 August 2017

.. photoshoot raya 2017 ..

assalammualaikum

tie nak update gambar gambar photoshoot raya yang lepas sebagai kenangan dimasa hadapan. tie ambil dengan cameraman ayu aishah di studio area jejawi. memang puas hati weh. bergambar sampai nak pengsan dengan harga rm85 sahaja. memang berbaloi!

beratus keping yang dia snap. memang unlimited. tapi dia printkan cuma 4 keping. yang lain dia bagi soft copy. bagi tie memang okeyh sangat. kalau dulu ambil kat kedai gambar, sekeping sahaja tapi bayar dekat seratus. baik ambil kat studio macam nih. jimat dan rileks sangat :)

salah satu gambar yang menjadi pilihan kak ayu untuk print

ni satu lagik

ini pilihan mommy

yang nih memang kelakar. qaleesya tak henti gelak sakan. sebab tu gambar dia jadi cenggitu

nasib baik anak dara mommy nih jenis giler gambar. tak susah lah kerja kami :)

mommy suka gambar ni walaupun kantoi qaleesya lipat kain dipinggang. hahaha

gambar nih pilihan kak ayu

dan dan dan gambar mommy and papa yang menjadi pilihan mommy

kalau puas hati cenggini, tahun depan boleh lah ambil lagi kan :)

Monday, 17 July 2017

.. jalan jalan raya 2017 ..

assalammualaikum

masih lagi mood raya kan korang. mommy pun nak update entry jenjalan di hari raya. tapi tak banyak cerita sebab bila dah lama dalam draft, kemalasan akan sentiasa menguasai diri

malam hari raya kedua, tie and family kak na ke rumah zaza di arau. ibu zaza buatkan bihun sup. bukan main meriah lagi kitaorang. teringat sangat zaman stay dengan kak na d KL dulu

gambar ramai ramai

selfie satu

tie dan zaza

petang raya kedua, ibu dylla datang beraya di rumah. bawak si cantik neelofa deanara. sekejap jerk dah besar anak dara nih. time nih kakak deanisha tengah sleep

then keesokkannya kitaorang ke rumah dylla. alhamdulillah dapat berkumpul ramai ramai macam nih. hilang sekejap rindu d hati

n4 junior. ada haura anak aya, adika anak farah, deanisha dan deanara anak dylla and mesti lah qaleesya ank mommy. moga bila dah besar nanti korang boleh jadi kawan macam mommy, ibu dan mama :)

dari 2001 till 2017. 17 years and still counting. moga persahabatan ini kekal sampai bila bila. aminn

masing masing dengan anak dah sekarang. dulu dulu selalu jugak bergambar cenggini bila keluar pergi tuisyen. rindu zaman sekolah

kebetulan wany and feyqah pun datang jugak ke rumah dylla. masing masing dah bawak anak weh

gerak dari rumah dylla, kitaorang ke simpang empat

anak kesayangan mommy and papa

main bunga api dengan cousin d rumah simpang empat

esoknya, zaza and family pulak datang beraya ke rumah tie. seronok sangat kan bila dapat berkumpul dengan kengkawan macam nih.

qaleesya dengan dua beradik nih. si hensem zidan dan arissa

thanks zaza datang rumah. ingat jugak kat aku yer. rindu zaman kita membujang d kampung baru dulu 

selit gambar mommy dan mama eiyda

balik dari kerja, mommy terus ke rumah farah. dia ada buat makan makan sikit tapi papa dan qaleesya tak join. mommy jerk yang pergi after kerja

best fren forever

kasi selfie satu. kami geng giler gambar

selit gambar anak mommy pergi kenduri

mommy pun nak jugak kannnn :)

nomi dan brie datang beraya. thanks korang

hari tu papa tak sihat, memang tak kemana mana. layan kerenah qaleesya dalam bilik dia jerk lah

penuh susun mainan dia kat dapur mommy

anirah dari tmpoint taipan sempat singgah d tmpoint kangar jumpa mommy sekejap. thanks bebe

selit anak dara mommy dapat cake indulgence sempena dua tahun sepuluh bulan

suka sungguh dengan cake indulgence secret recipe 

anak mommy ikut acu pergi pasar pagi

salam aidilfitri buat semua :)

Wednesday, 5 July 2017

.. birthday 30 may 2017 ..

assalammualaikum

30 may 2017 yang lepas adalah hari lahir tie yang ke 29 tahun. dan first time hari lahir tie pada bulan ramadhan. dan dan dan ini jugak adalah birthday terakhir sebelum mencecah angka 30 puluh an. alahai tua nya rasa. 

alhamdulillah, tie bersyukur kerana masih di panjangkan umo untuk bernafas d bumi Allah ini, bersyukur masih d kelilingi insan tersayang dan tie sentiasa bersyukur dengan segala pinjaman yang Allah berikan ini.

anak dara yang over lebih

thanks papa sebab bawak jugak mommy pergi celebrate, walaupun simple tapi itu sudah memadai buat istrimu ini :)

awal tu memang ingat tak nak keluar makan atau celebrate. biasalah bila dah berbuka puasa, rasa kenyang and malas tu memang menguasai diri. ikut hati tie dah nak tido malam tu. sebab dalam pukul 10 malam cenggitu baru lah kitaorang keluar

macam biasa, kitaorang just pergi blackwood kangar. kat sini yang mudah dan selesa bagi kami.

ciuman birthday katanya. thanks papa dan qaleesya. siapalah mommy tanpa kamu berdua

papa rajin jerk layankan mommy bergambar malam tu

one slice cake dah cukup untuk kami bertiga. perut masih kekenyangan time berbuka puasa tadi

menu simple dan biasa. chicken grill, cake and chocolate drink

thanks papa.. sedap tau kek nih. teringat pulak tetiba :)

qaleesya siap nyanyikan lagu birthday untuk mommy

keluarga kecil mommy

balik dari makan, singgah kat dataran kechor untuk layankan anak dara nih naik kereta

and nak selit mommy belikan set nih untuk anak dara. bukan main suka lagi dia tau

selit menu berbuka puasa selama dua hari bila kakak tie balik hari tu. meriah sungguh bila dapat berbuka puasa ramai ramai macam nih. mommy buat kan shell out special untuk dorang :)

selit lagi satu gambar kitaorang berbuka puasa dengan nasi kandar. hilang mengidam tekak kami tiga beranak

ini pulak mommy and qaleesya kena paksa ikut papa tengok bola kat stadium kangar

terima kasih pada semua yang memberi ucapan tak kira lah di facebook, instagram atau whatsup. thanks pada papa yang sentiasa di sisi. i love u. semoga Allah makbulkan segala doa tie dan semoga Allah ampunkan segala dosa dosa tie. aminn