Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, 10 July 2017

.. makan makan makan ..

assalammualaikum

saja mommy nak tayang gambar gambar makanan yang mommy masak. bila dah kumpul gambar banyak banyak, cenggini lah jadinya. masukkan semua dalam satu entry.

ikan cencaru bakar, sambal sotong, udang dan fish ball goreng dengan sos tiram, ulam raja dan sambal belacan

ikan kembung bakar, kangkung goreng belacan, telur rebus, ulam ulaman dan sambal belacan

ikan cencaru goreng, sambal sotong, sosej goreng dan sambal garing che nor

ikan cencaru goreng, sotong masak kicap, sayur bayam, sambal belacan dan sambal garing che nor

tie dah makan laksa tau sejak qaleesya masuk umor dua tahun lima bulan. lama jugak kann tie pantang. tak tahan daulat laksa dah weh.

sambal telur, ayam goreng rempah, sayur sawi dengan fish ball dan jeruk mangga

sambal sotong dan sotong masak kicap beserta sambal garing che nor

mentarang, udang goreng minyak, ulam ulaman, sayur campur fish ball and sambal belacan

ayam masak  merah, ikan gelama goreng, sayur sawi fish ball, ulam bendi dan papadom

kari ikan jenahak

ikan kembung bakar, asam pedas ikan, sayur sawi fish ball, ulam ulaman dan sambal belacan

yang nih mommy and papa makan kat kedai area kangar. kitaorang order ikan siakap tiga rasa, udang goreng, kailan ikan masin, telur dadar dan tomyam campur

menu buka puasa baru baru nih. ada sambal telur, kari kepala ikan, sayur taugeh goreng, siput, telur masin dan satay

sardin, udang goreng air asam, sayur keladi, bendi goreng kicap, sambal belacan dan cake secret indulgence sempena hari papa baru baru nih

mommy memang tak pandai masak and jarang masak tapi itu tidak bermakna mommy tak pernah masak tau. cuma mommy selalu masak menu yang simple dan yang digemari sahaja. kadang kadang terfikir bila lah mommy nak pandai masak macam mak :(

Wednesday, 12 October 2016

.. shell out meletop ..

assalammualaikum

sekarang nih mommy kerap sungguh makan shell out. kalau tak pergi makan kat kedai, masak pun jadi lah. janji ala ala shell out! haha

bebaru nih kitaorang staff tmpoint kangar order shell out dengan kak sha. dia buat delivery d seluruh kawasan perlis. memang meletop beb! sedap sungguh sampai menjilat jari.

kena tunggu dia open order kat facebook, then boleh order. esoknya dia akan hantar kat tempat yang d minta. memang puas hati tau!

berbaloi dengan harga rm20. banyak lauk yang dia letak. memang sedap!!

hari tu kami order untuk 11 orang. makan sampai kenyang!

mommy punya shell out! terbaik weh

ema, mommy dan eiyda. masing masing tayang ketam

kak sha nih pemilik butik pengantin d arau perlis. dia jugak yang makeup tie time kawen dulu. selain buka butik pengantin, dia jugak jual produk kecantikan keluaran dia sendiri. and now dah jual shell out dan nasi daging. memang business woman berjaya betul kan.

kepada orang perlis yang berminat dengan shell out meletop kak sha nih, boleh la contact 012-5720826. confirm tak nyesal tau!

Friday, 23 September 2016

.. Secret Cafe @ Komalaut Kuala Perlis ..

assalammualaikum

entry kali nih nak cerita pasal secret cafe yang menjadi bualan hangat penduduk di negeri perlis sekarang. cafe ini terletak di komalaut kuala perlis. memang tak rugi lah beb kalau datang sini. dah lah sedap terlajak, harga pulak berbaloi baloi! memang terbaik lah.

pintu depan komalaut

logo secret cafe

secret cafe ini di usahakan oleh dua orang usahawan muda yang menyahut cabaran untuk menceburi bidang perniagaan. dan yang special nya dua oarang usahawan ini adalah adik beradik. seorang abang dan seorang lagik adik.

si abang, Encik Hafiez

si adik, Encik Anuar

jumaat yang lepas, kitaorang reramai terjah secreat cafe nih! pergi lepas kerja. menu utama secret cafe adalah western food dan minuman frappe yang kebiasaannya di jual di Starbuck. harga pulak memang berbaloi serta cafe ini sangat sesuai untuk bersantai dengan persekitaran yang sangat selesa

memasing sibuk melihat menu yang ada dan membuat pilihan

sementara tunggu makanan siap, kitaorang bergambo sakan lah kan! itu memang kewajipan

kesian alon kena kepit dengan mama, ibu dan mommy

dah macam model secret cafe kan. tapi model tak berbayar lah!hahhaha

lagu lagu mengasyikkan mengiringi kami ketika menikmati hidangan. bertambah lah selera nak makan kann. tetiba mood jadi happy and layann jerk. haish promote sakan mommy nih kan! hahahah

jom usha sebahagian menu western yang ader


so ape lagik, jom terjah secret cafe reramai okeyh! memang tak menyesal tau and confirm puas hati. (harap harap tuan kedai nih belanja mommy makan nanti sebab mommy dah promote sakan ni!)

alamat kedai : Lot 1 Kompleks Makanan Laut Kuala Perlis
no untuk dihubungi : 0149486632
google maps : H&A Secret Cafe

owh yer, kedai nih buka setiap hari kecuali pada hari selasa, buka dari pukul 6 petang hingga lah ke tengah malam. okeyh korang, selamat mencuba :)

Friday, 6 February 2015

.. fatimah nasi kandar @ kangar perlis ..

assalammualaikum

sapa yang suka makan nasi kandar kat sini? meh tie nak habaq kat hampa satu kedai nasi kandar yang sedap kat kangar nih. tapi Fatimah nasi kandar nih bukan lah restoran atau pun kedai makan. tapi kedai nih hanya sebuah lori jalanan. makanan semua diletak atas lori nih. pastu dia ade lah jugak letak beberapa buah meja di kaki lima bersebelahan pasaraya aneka.

tapi memang orang tak pernah tak der weh! memang kalau nak, mesti kena beratur panjang. memang kena banyak sabar kalau korang betul betul nak makan nasi kandar nih

pelbagai aneka lauk yang di sediakan. memang semuanyer sedap

tengok lah betapa sanggup nyer orang untuk beratur demi untuk dapatkan nasi kandar nih. tak kira makan atau bungkus, kita tetap kena beratur.

fatimah nasi kandar nih terletak bersebelahan dengan klinik menon dan pasaraya aneka, dan berhadapan dengan maybank finance. so kalau korang yang menetap di perlis yang masih belum mencuba, boleh pergi yer! memang sedap

selit menu hari selasa baru baru nih
tie try masak ayam masak lemak cili api. boleh tahan lah menjadi. okeyhlah setakat nak bagi hubby makan. selain tu goreng ikan dan buat sayur sawi. macam biasa makanan wajib tie untuk menyusu qaleesya. tak dilupakan sambal belacan dan ulam.

hari ahad malam baru baru nih, bapa saudara hubby dari KL balik kampung. dorang balik satu family. and dorang ader buat makan makan sempena birthday anak die, zira. kitaorang memang pergi lah kan. lagipun tie dah lama tak jumpa zira.

and untuk zira, selamat tambah satu lagik umor. moga dimurahkan rezeki, dikuatkan iman dan ditunaikan segala permintaan. aminn

tie dan kekasih hati

kesian anak mummy tak sihat. die berjangkit batuk dengan papa. pastu badan die mulalah nak panas sejuk. tie dah bawak qaleesya pergi klinik. harap anak mummy cepat sembuh. ini kali pertama die jatuh sakit. sedangkan sebelum nih kalau cucuk pun die tak demam. tapi disebabkan berjangkit dengan papa, die jatuh sakit. sayu hati mummy bila tengok time die tido nih

lusa nih, hari ahad petang, tie akan bertolak ke taiping perak untuk menghadiri kursus. Ya Allah, betapa berat hati ini bila nak berjauhan dengan anak dan suami. dan ini adalah kali pertama tie akan berjauhan dengan mereka. walaupun hanya seminggu tapi hanya Allah yang tahu perasaan sedih ini. hanya ibu yang melahirkan anak yang akan memahami perasaan sayu ini.

moga qaleesya and hubby cepat sembuh. hari jumaat petang, 13 february 2015 nih baru mummy balik. haish harap harap segalanyer di permudahkan Allah. aminn

Tuesday, 6 January 2015

.. tangkapan dari laut ..

assalammualaikum

weekend baru baru nih abang sulung tie pergi ke laut. ini memang menjadi hobi abang tie bila die free. dan memang kebanyakkan ahli keluarga tie berminat dalam bidang nih. dorang memang turun ke laut and pergi memancing bila hari cuti. tambahan pulak abang memang ader boat sendiri. teringat time arwah kakak ipar ader, die selalu bising kalau abang nak ke laut. betapa risau nyer die. Ya Allah, rindunyer pada arwah. moga kakak ipar tie d tempatkan di kalangan orang yang beriman. aminn

entry nih nak tayang hasil tangkapan abang and kengkawan die. dorang dapat ikan pari yang sangat besar saiznyer. selain pada tu dorang jugak dapat ikan jenahak dan sotong.

nih abang sulung tie
bergambar dengan ikan pari hasil tangkapan die

jenahak dan pari

time abang bawak balik, kak mala and husband pun teringin nak bergambar

mak terus siangkan ikan ikan yang ader tu. then kitaorang lunch reramai. abang request nak makan gulai masakkan mak untuk ikan jenahak. memang kena tunaikan lah kann. dah die yang pergi ke laut. hehehe. ikan pari pulak hubby tolong bakar kan. kebetulan hubby kerja halfday sebab die ader game bola.

ayam goreng berempah

sotong goreng tepung. tapi tak der lah jadikk macam kat Kuala Perlis tu. tapi dorang puji kata sedap, kira okeyh lah kannn :)

ikan jenahak masak gulai

satu lagik, tie buatkan sambal sotong

ikan pari bakar. hubby memang pandai bab bakar membakar nih! lembut jerk ikan nih. terbaik lah hubby! sapa lagi nak puji suami kalau bukan isteri :)


Thursday, 31 July 2014

.. iftar @ kfc kangar ..

assalammualaikum

22 July yang lepas, tie bawak tiga orang anak saudara tie pergi berbuka di kfc. tetiba tekak teringin nak makan kfc. petang tu ajak suhaizal, die pun kata okeyh, so memang jadilah plan tie.

kitaorang gerak dalam pukul 6.45 cenggitu lah. pergi awal sikit sebab risau orang ramai. kalau tak memang kena beratur panjang lah.

menu berbuka kami

tie ader try tiramisu nih. memang sedap weh. mejilat jari. haha!

ini anak kepada kakak ipar tie yang baru meninggal baru baru nih. baru darjah enam. tie sentiasa berdoa agar abang dan anak anak sentiasa bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarga kami ini.

hubby dengan rambut baru!
alkisah, suhaizal pergi gunting rambut. sekali kedai tu salah buat. ntah macam mana jadinyer, last last terpaksa botakkan terus and jadik cenggini. lawa rambut raya hubby! hahaha. tie hanya mampu tersenyum. apa nak kata kan :)

bersama farah

satu lagik gambar kami. selfie

lepas makan, kitaorang pergi shopping baju raya d arau. ingat pergi awal orang tak der, rupanyer bersepah manusia. memang sangkut lah jawabnyer. abes sakit satu badan.

selit satu gambar udang lipan. menu berbuka puasa hari tu. teringin punya pasal, suhaizal pergi beli di pasar ramadhan kuala perlis. thanks hubby!

walaupun dah syawal, tie tetap nak update gak entry lepas. apepun selamat hari raya semua :)