Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Friday, 22 March 2013

.. berehat di kampung ..

assalammualaikum

sehari selepas keluar dari hospital, mak tie datang dari kampung. hati memang melonjak gembira. rasa sakit yang ader terus bertambah tambah sakit bila mak ader kat sebelah. hahaha! manja sangat lah kann.

mak tie naik bas pagi selasa and sampai KL petang tu. alhamdulillah mak selamat sampai. rindu nya pada makkkk!

esok nyer, pieka, abang chick and hafiz datang melawat tie kat rumah. thanks korang. bukan semua kawan yang akan ingat kat kiter time kiter susah and sakit. kadang kadang kiter d lupakan macam tu jerk. biaser lah manusia kan mudah berubah. dalam sekelip mata jerk perubahan boleh berlaku. eh, ni macam dah lain tajuk dah. haha. sorry!

begambar atas moto hafiz.haha! 

then hari khamis, 7 March, tie pergi check up kat Pusrawi. and thanks to my mum yang temankan tie kesana. sangat happy bila bonda ada d sisi.

saya sayang mak saya :)

doctor cakap tie dah 50% sembuh. alhamdulillah. tapi still kena berpantang makanan yang pedas dan panas! amat di larang sama sekali.

malam nyer kitaorang pergi carefour wangsamaju dengan kak na and abang aziz.

dan tengah malam tu jugak, Encik Suhaizal sampai ke KL. die bawak Brie and isteri datang sekali. dorang gerak petang tu dari Perlis. alhamdulillah dorang selamat sampai. esoknyer, dalam pukul 4 petang, lepas makan and bagai, kitaorang semua gerak balik Perlis. Encik Suhaizal memang datang semata mata nak ambil tie and mak untuk balik kampung. thanks darling! love you laju laju.

kitaorang selamat sampai Perlis pukul 1 pagi. alhamdulillah sekali lagik kami selamat sampai. waktu d KL tie boleh d katakan sudah sihat. tapi tak sangka bila sampai jerk Perlis badan tie jadik lemah sangat. tie demam and cirit birit. setiap kali ader makanan yang masuk, tie akan muntahkan balik. memang tak tahan sangat.

malam tu jugak tie pergi klinik dengan Encik Suhaizal. then bila check, doctor cakap semua nih kesan dari ubat antibiotik operation. die mintak tie stopkan makan ubat tu. pastu d sebab kan badan tie terlalu lemah, tie kena drip air sebotol. then kena injection kat vontot. sakit lagik :(

keesokkannyer, alhamdulillah tie dah tak der cirit birit lagik. muntah pun dah kurang. terima kasih Ya Allah.. tie dapat MC sampai 15 March. memang betul betul berehat kat rumah. sebab tie memang tak der kemana mana. memang badan lemah sangat.

dan sepanjang tie stay kat rumah, novel inilah yang jadi peneman tie. memang best jalan cerita die! tie dah habes baca :)

dan satu lagik yang paling tie hargai, bila Encik Tunang hadiahkan Cik Tedd pink yang besar ni ha! seronok sangat. katanyer hadiah untuk orang sakit. ape lagik memang tido peluk Cik Tedd jerk la. setiap hari die datang ke rumah untuk melawat tie. die akan temankan tie makan and makan ubat.  thanks sayang. thanks for everything. thanks sebab sentiasa d sisi :)

nama saya Cik Tedd Pink :)
muka tak macam orang sakit dah punn, happy dapat Cik Tedd punyer pasal. haha

Cik Tedd teman tie 24 jam
nih memang muka tengah sakit :(

letak Cik Tedd diam diam kat dalam bilik. nanti balik kampung jumpa lagik yer. jangan nakal nakal tau (*_*) tetiba rindu pulak kat Cik Tedd :(

selama tie kat kampung, tie cuma makan bubur and ice cream jerk. memang itulah makanan utama tie. thanks mak yang jaga tie siang dan malam. memang kasih ibu jugak yang akan kiter cari. tak kan hilang selagi  kiter masih bernyawa

gambar makanan harian sepanjang d kampung


hari Sabtu malam tie naik bas balik KL. tak balik dengan baby boo. tak larat nak drive. lagipun tie bukan sihat sepenuhnyer lagik. dan alhamdulillah tie dah sihat sekarang. cuma kena pantang makan makanan pedas jerk. syukur pada Mu Ya Allah. tie tak sangka tie dapat sembuh.

esok sekali lagi tie kena check up dengan doctor d Pusrawi. harap segalanyer d permudahkan. terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan tie.

Thursday, 28 February 2013

.. dating with BFF @ Kuala Perlis ..

assalammualaikum

entry terakhir tie d kampung

hari Selasa malam, tie kuar makan dengan Dilla and Farah. kawan baik dari sekolah menengah lagik. cuma Aya jerk tak der. die dah balik KL awal. so die tak dapat join. tak per, next time yer Aya, kita kuar lagik.


kali nih kitaorang makan kat Komalaut, Kuala Perlis. kat sini memang famous dengan pelbagai makanan laut. korang cakap jerk nak ape, semua ader.


kat dalam Komalaut nih, ader beberapa restoran. dan Restoran Mona Ikan Bakar menjadi pilihan kami. kat sini memang sedap masakan nyer. tambah tambah lagik kalau seafood. 


pergi time cuti, memang cenggini lah rupanya. memang ramai orang

sekitar kawasan Kuala Perlis


inilah menu kami
ikan jenahak bakar dan masak tiga rasa, udang masak sambal petai, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan ulam ulaman.


kasi zoom lagi dekat, gambar makanan kegemaran tie. sotong goreng tepung Kuala Perlis. memang wajib makan setiap kali balik kampung :)


tie dan dilla


farah
makan free lagik kali nih, farah belanja. thanks dear. semoga d murahkan rezeki :)

kitaorang memang tak kemana. memang lepaking kat restoran nih jerk. siap makan, borak then balik.

malam tu dapat berita yang sangat mengembirakan dari dorang. farah akan melansungkan perkahwinan pada bulan May nih. alhamdulillah. tahniah sayang. and yang paling tekejut, dilla jugak akan melansungkan perkahwinan die pada hujung tahun nih.

kalau lah tie jugak berkahwin pada tahun nih, jadiknyer kitaorang bertiga berkahwin dalam tahun yang sama. best kan :) tapi tie tak confirm lagik. selagi tak dapat tukar ke Perlis, memang tie tak akan ader tarikh yang tepat untuk melansungkan perkahwinan. Ya Allah, permudahkanlah segalanya. aminn.

Wednesday, 27 February 2013

.. Hantu Kak Limah 2 @ Jitra Mall ..

assalammualaikum

hari Isnin, hari ketiga d kampung. tie dan Suhaizal ke Jitra Mall. memang niat nak tengok wayang. kitaorang gerak kesana lepas magrib. tapi memang nasib, hanya cerita Hantu Kak Limah 2 sahaja yang ader. yang paling awal lah. yang lain semua pukul 12 tengah malam. so memang tengok yang tu jerk la :)


kami tak pergi berdua. tapi pergi dengan Brie and isteri. tapi gambar tak ambil pun. susah kan keluar dengan orang yang tak suka begambar.

filem arahan Mamat Khalid nih dah mula ditayangkan di pawagam bermula 7 February yang lepas. Filem komedi keluaran Tayangan Unggul Sdn Bhd nih berjaya mengutip RM3 juta selama tiga hari tayangan. erm. banyak kan.

pada tie, cerita nih biasa biasa jerk. cerita komedi melayu. tapi banyak yang tak logik la. kalau sekadar nak release tensyen atau nak bawak anak anak tengok wayang, memang sesuai lah tengok movie nih.


saya dan Encik Tunang
dua dua pakai baju baru, from ROMP :)

nih Brie dan isteri
dorang nih memang tak suka begambar, memang susah nak ader gambar kalau keluar dengan dorang.

balik dari tengok movie, kitaorang singgah makan kat Kuala Perlis. then baru balik rumah

Sinopsis Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura..

Di dalam kekecohan itu Dr.Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku ? Siapakah yang menculik Husin? Saksikan Hantu Kak Limah 2 di pawagam berhampiran anda.

Monday, 25 February 2013

.. dating and lepaking @ Perlis Indera Kayangan ..

assalammualaikum

hari kedua d kampung, tie keluar dengan Suhaizal. just lepaking kat Kuala Perlis. memang sesaknyer kalah KL weh. penuh jerk dengan manusia. kan cuti Chinese New Year. agaknyer semua orang datang terjah Langkawi kot. itu yang penuh nyer jerk kereta kat Kuala Perlis nih.

sebelom tu tayang gambar masakan my mum
walaupun tersangat lah simple, tapi ianya tetap menjadi masakan paling sedap. ini lah kelebihan masakan air tangan ibu :)

lepas jenjalan and lepaking kat Kuala Perlis, tie ke rumah Suhaizal. sebelom pergi, kitaorang singgah beli satay. semestinya Suhaizal lah yang belanjer. memang adil betol lah Suhaizal nih. malam sebelomnyer die belikan satay untuk rumah tie, dan keeseokkanyer beli untuk rumah die pulak :) bagus kan. haha

Encik Tunang saya

dan lagik tie minta Suhaizal ambilkan gambar tie.
time nih traffic light tengah merah :)

ini semua poyo!!
kami pakai hijau sedondon :)

terbaikk :)

malamnyer kitaorang pergi karoke dengan Brie dan isteri. lepas karoke, sempat lepak minum kat area Seriab. then, baru balik rumah

Friday, 22 February 2013

.. mandi manda @ Bukit Ayer Perlis ..

assalammualaikum

entry hari pertama di kampung

bila tie sampai kampung, kakak tie yang stay kat Gerik tu memang dah ader kat rumah. die pun balik jugak. die ajak kitaorang mandi manda d Bukit Ayer, Perlis. memang lansung tak rancang. so jadi la picnic yang ala kadar.

jop tengok gambar sekitar kawasan Bukit Ayer, Perlis. tempat nih memang menjadi salah satu tempat yang famous d Perlis. memang sentiasa d kunjungi orang lah. tambah tambah kalo weekend.





kitaorang gerak lepas zohor. nama pun picnic yang tidak di rancang kan. so bawak makanan apa yang ader jerk. tersangat lah simple korang. memang ramai sungguh orang time tu. sampai jerk, kitaorang terus naik ke atas. terpaksa mandi kat atas, sebab kat bawah ramai sangat orang.

ambil gambar dari atas tangga :)

kena naik tangga ni untuk ke atas

bila dah jumpa tempat untuk lepaking, letak barang barang semua dan begambar!! hahaha. ini adalah perkara pertama yang perlu dilakukan tau :)

tentu nyer Encik Suhaizal pun ikut serta :)

dari kiri, farah (anak saudara tie ), tie gadies, kakak mala and my lovely mum

makanan simple yang kitaorang sempat bawak adalah nasi putih, ikan kembung bakar, ayam goreng tepung, sayur, sambal belacan and keowteow goreng tanpa sayur hijau. nih jerk yang mampu. hahaha. saper suruh tak plan awal2 kan :)

abang ipar tie yang goreng keoteow nih
kan tie cakap, tak der sayur hijau kan? kosong jerk :)

my mum wif kakak mala

suhaizal nun jauh d sana
orang lain sibuk makan, die awal2 lagik dah masuk dalam air

farah, anak saudara tie

dah dekat setahun lebih tie tak datang sini. zaman sekolah dulu kala selalu lah datang sini. sampai kena marah dengan my mum lah. balik skolah jerk datang. yerla, time tu budak budak lagikk kan.

memang puas la mandi. my mum sorang jerk yang stay kat atas. jaga tempat katanyer. haha. padahal die memang tak nak jejak dalam air tu.

kami :)

biar gambar nih nampak sangat gemok, tapi nak jugak masukkan :)
mood : redha jerk la

lama jugak lah kat sana. siap bersihkan diri and semua, kitaorang gerak balik. alhamdulillah. seronok sangat bila dapat balik kampung and bersama family. moga cepat tie dapat tukar ke Perlis. nak balik duduk dengan ma :) moga Allah permudahkan segalanyer.

malamnyer, kitaorang ke Kuala Perlis. sajerk keluar lepaking. sempat singgah makan kat kedai yang selalu tie pergi. tapi tak makan besar pun. just makan sotong and udang goreng tepung.

gambar nih jerk yang ader. gambar orang lain and makanan tak amik pun

habis entry seharian di kampung :)

Wednesday, 20 February 2013

.. dating, shopping and movie @ KLCC ..

assalammualaikum

keesokkannyer, hari terakhir Suhaizal d KL, tie bawak die ke KLCC. kitaorang pergi naik tren. kan dekat jerk dengan rumah tie. cuma naik tren satu stesyen jerk. sebelom tu kitaorang singgah lunch kat kedai Kampung Baru.

menu lunch

sempat lagik begambar sebelom gerak dari rumah :)

sampai jerk, terus beli ticket. kitaorang tengok movie action yang paling latest. layan movie a good day to die hard. super duper best beb! a lots of action der! memang tie suka la kann movie cenggini.

dan lagikk begambar sebelom masuk panggung

terbaikk!!

habes layan movie, kitaorang beli roti kat AuntieAnne's. then lepaking kat taman. 

rileks jerk rasa. memang tak ramai orang. bukan weekend kan :)

kalo amik gambar sendiri, cenggini lah jadinyer.

die pun nak jugak gambar kat sini.hahaha

muka tekejut

kat depan pintu taman :)
gong xi fa chai!!

satu satunyer gambar kami berdua. minta orang amikkan. tak malu kan tie? hahaha

sebelom balik ke stesyen, sempat singgah kat Romp,KLCC. alih alih terbekenan kat satu sweater purple nih. bila Suhaizal suruh tie cuba, memang tak lepaskan peluang la kann. untunglaa ader orang nak belanja :)

cuba dulu :)

pastu terus beli dan bayar. haha
die pun ade beli jugak. dua helai tshirt. satu warna pink and satu lagik warna hijau.

then balik rumah, makan and bersihkan diri. lepas Isyak kitaorang gerak dari rumah. alhamdulillah semua nya okeyh. tak jem sangat pun. kitaorang singgah kat perhentian Sg Perak.

nampak sangat orang tu lapar kan :p

muka mengantok

pakai sweater baru :)

kemudian kitaorang teruskan perjalanan and selamat sampai d Perlis Indera Kayangan pukul 5 pagi. alhamdulillah