Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Thursday, 17 July 2014

.. drama Kerana Terpaksa Aku Relakan ..

assalammualaikum


Novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan telah diadaptasikan ke drama. Drama ini diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof dan ditayangkan di slot Akasia di saluran TV3. Pelakon utama drama ini akan diterajui oleh Amar baharin dan Izreen Azminda. Drama ini mula ditayangkan pada 21 Mei 2014 selepas berakhirnya drama Aku Isterinya di slot Akasia. Drama bersiri #KTAR ini mendapat sambutan hangat oleh penonton. cuma bagi tie, ending die tak berapa best. nak tak nak saper yang nak tahu ending sebenar, memang kena baca novel.

JUDUL : Kerana Terpaksa Aku Relakan
TARIKH : Mulai 21 Mei 2014 (Setiap Isnin hingga Khamis - 7 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Amar Baharin, Izreen Azminda, Syafiq Kyle, Aleza Shadan, Iqram Dinzly, Ika Nabella, Nadia Aqilah Bajuri

OST / Lagu Tema #KTAR 
Judul : Patah
Artis : Pompa Bensin



PELAKON & NAMA WATAK
Amar Baharin - Tajul Razin
Syafiq Kyle - Tajul Fahin
Izreen Azminda -  Indah Halina
Iqram Dinzly - Inspector Aryan
Ika Nabella - Hasma

 pelakon utama drama kerana terpaksa aku relakan

 SINOPSIS DRAMA KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya. 

Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. 

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

 p/s : drama nih dah habis hari isnin yang lepas. tapi tie yang tak berkesempatan nak update. apepun thanks to kak deela HQ TSSSB KL sebab tolong beli and poskan novel nih pada tie. love u lah!!

Friday, 29 November 2013

.. love you Mr.Arrogant and Adam Hawa 2 ..

assalammualaikum

ader dua lagik tambahan koleksi novel tie. love you Mr.Arrogant and dekatnya cinta atau d kenali sebagai adam hawa 2.

novel love you Mr.Arrogant nih d adaptasikan menjadi drama yang d tayangkan d TV3. memang mendapat sambutan hangat. episod terakhir drama nih mencatatkan jutaan penonton.

tapi sumpah korang, tie tak sempat nak baca and habiskan kedua dua novel nih. tambahan pulak tie sibuk dengan persiapan perkahwinan. memang tak der masa. insyaAllah bila selesai semua nanti, confirm tie habiskan :)

thanks kat kawan tie yang sanggup tolong beli and poskan pada tie. korang paham jerk lah, kat perlis memang susah nak dapat novel laris and novel baru. terpaksa lah minta tolong org KL :)

Monday, 28 October 2013

.. novel curi curi cinta ..

assalammualaikum

satu lagik novel hasil karya siti rosmizah yang hasil jualan nyer macam goreng pisang panas. puas tie mencari d setiap kedai buku d perlis nih. bila tanya jerk, mesti jawapannyer habis dan tiada stock. tapi tie bernasib baik kerana kawan tie d KL tolong belikan dan poskan pada tie. terima kasih yer :)

pantang dapat, memang terus bergambar (*_^)

novel cinta kau dan aku ni pun salah satu novel kesukaan tie. memang menangis sampai lebam bila baca. best seller macam novel curi curi cinta jugak. memang terbaik lah hasil karya siti rosmizah. tie suka semua novel hasil karya die.

lepas balik kerja hari tu, tie singgah denai ambil encik tunang pergi jogging. badan dah kurus macam kerengga pun nak jogging lagikk kan.

muka orang baru lepas jogging

pastu singgah minum air kelapa and makan keropok leko sebelum balik rumah

kami (^_*)

tak sabar tunggu satu novel lagik sampai. tie dah suruh kawan tie tolong belikan :)

Tuesday, 23 July 2013

.. sebenarnya, saya isteri dia! ..

assalammualaikum

 
sebenarnya, saya isteri dia! satu lagik novel kesukaan tie. baru hari nih tie dapat update. padahal dah lama abes baca. novel nih jugak merupakan adaptasi drama yang d tayangkan d TV3. tapi sekarang drama nih dah abes. and best sangat ending die!


antara pelakon utama yang membintangi drama nih adalah tiz zakiah and izzue islam. memang terbaik lakonan dorang! sweet sweet romantik jerk tau.

 

drama adaptasi dari novel karya Zura Asyfar nih jugak mendapat sambutan hangat selain dari drama kegilaan tie, teduhan kasih.

agak agak lepas nih ader lagik tak drama adaptasi novel yang meletop letop macam teduhan kasih? kalau tak silap tie, nanti ader cerita lakonan ady putra and nora danish, dari novel suami aku ustaz! tapi tak tahu lah ianya drama ataupun filem. tak sabar rasanya nak tengok ady putra! gediks!

antara novel novel kesayangan tie!

tie nak tayang gambar tie pakai peplum putih yang kak zack kasi nih!
pakai time pergi kenduri officemate tie.
thanks kak zack (*_*)

Wednesday, 29 May 2013

.. teduhan kasih ..

assalammualaikum

korang tengok tak drama slot akasia tv3 teduhan kasih?! omg! tie macam nak gila tengok cerita nih weh! haha. sebab apa, sebab ader ady putra!!! saya peminat setia ady putra! dulu cerita sehangat asmara. sekarang teduhan kasih pulak. satu lagik drama adaptasi novel lakonan ady putra yang mendapat sambutan hangat!


mula tu, tie baru tengok iklan yang drama nih akan mula d tayangkan pada 15 May. time tu tie tak tahu lagik yang drama nih adaptasi novel. tapi bila dah tengok episod pertama, baru tie tahu ni drama adaptasi novel. memang tie cari la novel teduhan kasih ni. d sebabkan tie dah stay kat perlis, tie minta tolong office mate kat KL tolong belikan. kat perlis nih agak susah nak dapatkan novel terbaru. nasiblah kan :(


memang tak miss lah tengok movie nih. sebab gilerkan ady putra! haha.

sebelom ni kalau bergambar pasal novel, mesti dengan kak deela. tapi sekarang dah tak boleh. ambil gambar sengsorang la jawabnyer :(

handsome!!!!

tak sabar nak tengok drama nih sampai habes. nak tengok sama tak adegan romantik dalam novel dengan adegan romantik yang d lakonkan.

sinopsis teduhan kasih

Mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita (Iffa) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan setelah mengetahui suami (Ryzal) yang dicintai telah menjalinkan hubungan bersama teman baiknya (Ayu).

Lebih menyakitkan ketika terpaksa mengharungi situasi yang sukar, Iffa disahkan mengandung dan terpaksa melindungi kandungannya seorang diri memandangkan dia telah diceraikan Ryzal dan pada masa sama dihalau daripada rumah yang mereka duduki bersama.

Sejak itulah Iffa terpaksa mencari haluan hidupnya sendiri dan perbuatan Ryzal dan Ayu begitu meninggalkan kesan mendalam buat hidupnya.

Pelakon 
Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah

jangan lupa layan drama nih tau, setiap isnin hingga khamis, jam 7 malam :)

Wednesday, 1 May 2013

.. andai itu takdirnya ..

assalammualaikum

satu lagik novel kesayangan tie, andai itu takdirnya. 

novel karya Siti Rosmizah ini memang buat tie menangis jerk bila baca. selagi tak dapat tahu ending, memang tie tak stop baca. memang betul betul tersentuh perasaan tau. sampai kak na tanya tie napa mata tie bengkak. dan tie jawab sedih baca novel nih. die gelakkan kan tie (*_*)


saya suka jalan cerita novel nih. terbaik !

tambah lagik koleksi novel tie.
pada korang yang belum baca, cepat cepat dapat kan novel terlaris nih.

Monday, 18 February 2013

.. sehangat asmara ..

assalammualaikum

Sehangat Asmara adalah novel karya Aisya Sofea yang telah diadaptasikan dalam bentuk drama. antara pelakon utama dalam drama meletop ini adalah Rita Rudaini, Adi Putra dah Shah Jaszle.

drama ini mengisahkan kisah cinta tanpa restu keluarga antara Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Drama arahan Feroz Kader ini ditayangkan di Astro Mustika HD 134.

memang sangat teruja okeyh. terlalu banyak adegan romantik dalam novel / drama nih. saya suka!!!

tie memang suka baca novel. tapi yang ceritanya meletops sahaja. haha. antara koleksi novel yang tie ader, kasih suci (drama nora elena), ombak rindu, tujuh hari mencintaimu, adam dan hawa, setia hujung nyawa and paling latest sehangat asmara :)

dan ini lah sahabat saya yang besama sama gilakan novel / drama ini!

jangan lupa saksikan. terbaik !!

jop tengok gambar gambar pelakon utama drama nih. memang romantik okeyh. saya suka adi putra :)


dulu gilerkan adam dan hawa, kemudian setia hujung nyawa. dan kini saya gilerkan sehangat asmara (*_*)

Thursday, 17 January 2013

.. setia hujung nyawa ..

assalammualaikum

sekarang ni sana sini orang cakap pasal slot akasia TV3 nih, drama setia hujung nyawa memang menjadi tarikan ramai orang. drama yang penuh dengan adegan romantik ni merupaka drama yang telah di adaptasikan oleh novel Setia Hujung Nyawa keluaran Alaf21


Drama bersiri 24 episod yang d terbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini d lakonkan oleh pelakon pelakon popular seperti Amar Ashraf ( Zain Hakimi ), Nelydia Senrose ( Ersalina ), Zila Bakarin ( Datin Adibah ), Raja Ema ( Puan Haliza ), Talha Harith ( Hadi ) dan Hairul Azreen ( Iqram ).


watak utama drama Setia Hujung Nyawa
Amar Ashraf and Nelydia Senrose

novel karya Fatin Nabila, Setia Hujung Nyawa

dulu gilakan Adam Hawa, sekarang Setia Hujung Nyawa (*_*)

sinopsis Setia Hujung Nyawa
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

jangan lupa layannn drama ni okeyh
isnin hingga khamis, jam 7 malam dTV3