Wednesday 29 May 2013

.. teduhan kasih ..

assalammualaikum

korang tengok tak drama slot akasia tv3 teduhan kasih?! omg! tie macam nak gila tengok cerita nih weh! haha. sebab apa, sebab ader ady putra!!! saya peminat setia ady putra! dulu cerita sehangat asmara. sekarang teduhan kasih pulak. satu lagik drama adaptasi novel lakonan ady putra yang mendapat sambutan hangat!


mula tu, tie baru tengok iklan yang drama nih akan mula d tayangkan pada 15 May. time tu tie tak tahu lagik yang drama nih adaptasi novel. tapi bila dah tengok episod pertama, baru tie tahu ni drama adaptasi novel. memang tie cari la novel teduhan kasih ni. d sebabkan tie dah stay kat perlis, tie minta tolong office mate kat KL tolong belikan. kat perlis nih agak susah nak dapatkan novel terbaru. nasiblah kan :(


memang tak miss lah tengok movie nih. sebab gilerkan ady putra! haha.

sebelom ni kalau bergambar pasal novel, mesti dengan kak deela. tapi sekarang dah tak boleh. ambil gambar sengsorang la jawabnyer :(

handsome!!!!

tak sabar nak tengok drama nih sampai habes. nak tengok sama tak adegan romantik dalam novel dengan adegan romantik yang d lakonkan.

sinopsis teduhan kasih

Mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita (Iffa) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan setelah mengetahui suami (Ryzal) yang dicintai telah menjalinkan hubungan bersama teman baiknya (Ayu).

Lebih menyakitkan ketika terpaksa mengharungi situasi yang sukar, Iffa disahkan mengandung dan terpaksa melindungi kandungannya seorang diri memandangkan dia telah diceraikan Ryzal dan pada masa sama dihalau daripada rumah yang mereka duduki bersama.

Sejak itulah Iffa terpaksa mencari haluan hidupnya sendiri dan perbuatan Ryzal dan Ayu begitu meninggalkan kesan mendalam buat hidupnya.

Pelakon 
Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah

jangan lupa layan drama nih tau, setiap isnin hingga khamis, jam 7 malam :)

No comments: