Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Wednesday, 5 July 2017

.. birthday 30 may 2017 ..

assalammualaikum

30 may 2017 yang lepas adalah hari lahir tie yang ke 29 tahun. dan first time hari lahir tie pada bulan ramadhan. dan dan dan ini jugak adalah birthday terakhir sebelum mencecah angka 30 puluh an. alahai tua nya rasa. 

alhamdulillah, tie bersyukur kerana masih di panjangkan umo untuk bernafas d bumi Allah ini, bersyukur masih d kelilingi insan tersayang dan tie sentiasa bersyukur dengan segala pinjaman yang Allah berikan ini.

anak dara yang over lebih

thanks papa sebab bawak jugak mommy pergi celebrate, walaupun simple tapi itu sudah memadai buat istrimu ini :)

awal tu memang ingat tak nak keluar makan atau celebrate. biasalah bila dah berbuka puasa, rasa kenyang and malas tu memang menguasai diri. ikut hati tie dah nak tido malam tu. sebab dalam pukul 10 malam cenggitu baru lah kitaorang keluar

macam biasa, kitaorang just pergi blackwood kangar. kat sini yang mudah dan selesa bagi kami.

ciuman birthday katanya. thanks papa dan qaleesya. siapalah mommy tanpa kamu berdua

papa rajin jerk layankan mommy bergambar malam tu

one slice cake dah cukup untuk kami bertiga. perut masih kekenyangan time berbuka puasa tadi

menu simple dan biasa. chicken grill, cake and chocolate drink

thanks papa.. sedap tau kek nih. teringat pulak tetiba :)

qaleesya siap nyanyikan lagu birthday untuk mommy

keluarga kecil mommy

balik dari makan, singgah kat dataran kechor untuk layankan anak dara nih naik kereta

and nak selit mommy belikan set nih untuk anak dara. bukan main suka lagi dia tau

selit menu berbuka puasa selama dua hari bila kakak tie balik hari tu. meriah sungguh bila dapat berbuka puasa ramai ramai macam nih. mommy buat kan shell out special untuk dorang :)

selit lagi satu gambar kitaorang berbuka puasa dengan nasi kandar. hilang mengidam tekak kami tiga beranak

ini pulak mommy and qaleesya kena paksa ikut papa tengok bola kat stadium kangar

terima kasih pada semua yang memberi ucapan tak kira lah di facebook, instagram atau whatsup. thanks pada papa yang sentiasa di sisi. i love u. semoga Allah makbulkan segala doa tie dan semoga Allah ampunkan segala dosa dosa tie. aminn

Tuesday, 7 February 2017

.. rania + haura birthday party ..

assalammualaikum

untuk entry ketiga di tahun baru nih, mommy selit terus entry terkini bulan jan 2017 yang lepas. mommy ke majlis hari lahir Nur Rania Asyiqa di taman awam bukit lagi. papa tak join sebab masih di langkawi ader game bola. memang kami berdua jerk lah yang pergi kann :)

selamat hari lahir yang pertama rania. semoga kamu membesar menjadi anak solehah serta berjaya dunia dan akhirat. comel jerk pakai serba putih macam nih. teringat pulak time celebrate first birthday qaleesya dulu.

"balloon nih wana white sama dengan baju esya " - arriana nurqaleesya

saya dah bersedia nak jadik kakak lah mommy. cepatlah bagi saya adik - arriana nurqaleesya

mana nak tumpah nyer kuah kalau tak ke nasi kan? hahahha. qaleesya memang giler gambar macam mommy. cuma muka tu susah betul nak senyum kalau depan camera. selalu buat muka ketat!

then nak selit pulak entry december 2016. mommy, papa dan qaleesya ke majlis hari lahir serta majlis aqiqah haura aysha pada 31 december 2016 yang lepas.

bukan main mommy daddy dia buat kad jemputan. cute kann

birthday gurl. comel sangat tau. last mommy jumpa haura time dalam pantang. jumpa kali kedua dah setahun umo dia. cepat betul masa berlalu kannn.

nanti dah besar, kawan baik tau dengan haura. kawan macam mana mommy kawan dengan mommy aya. semoga ikatan persahabatan N4 akan kekal sampai bila bila.

bila mommy panggil nak bergambar, dia boleh buat tak  tahu cenggini!

qaleesya memang manja sungguh dengan papa dia! anak papa lah katakan!

tie dan aya! dapat lah lepas rindu sekejap! lamaa tak jumpaaaa

keluarga tie dan aya

gerak dari rumah aya, kitaorang terus ke aman central. papa pandai pulak nak ambil hati mommy and qaleesya kannn! 

punyalah kuat dia peluk mommy sebab takutkan si jembalang hitam tu! hahhhaha

arriana nurqaleesya jugak yang untung. kitaorang beli lapan helai baju baru kat dia. tapi beli kat padini jerk la semuanya. kat mommy and papa memang tak der shopping apa2. just jalan jalan and makan makan.

macam biasa, mommy minta orang ambilkan gambar kami :)

hampir waktu magrib jugak lah kitaorang sampai rumah.

Monday, 6 February 2017

.. birthday party @ secret cafe ..

assalammualaikum

entry kedua di tahun baru 2017, tetapi cerita lama di bulan november 2016! mommy, papa and qaleesya ke birthday party ummar yang ketiga tahun.

ummar anak kepada hafiz, officemate tmpoint kangar. dorang buat majlis di kedai dorang, secret cafe yang terletak di komalaut kuala perlis. lepas asar cenggitu kot baru mommy ke sana sebab tunggu papa balik kerja.

sekitar tetamu yang hadir pada hari tu

hanya mommy and suria yang dapat hadirkan diri. kengkawan office yang lain tak dapat join sebab ader hal yang tak boleh nak d elakkan :)

si qaleesya nih memang susah betul nak ikat rambut. kadang kadang kena paksa baru nak! itu pun sekejap jerk, lepas 10 minit, dia cabut lah getah rambut tu.

suria dan aiman

menu hari tu ader satay, bihun goreng, mee kari dan aneka kuih muih. memang makan sampai pengsan weh!

qaleesya and the geng :)

time nih tengah prepare untuk acara potong cake

balloon and budak budak memang tak boleh nak di pisahkan

antara tetamu yang hadir ke birthday party ummar 

mommy dan mama suria

keluarga kecil mommy

qaleesya memang buat muka ketat jerk hari tu. lansung tak nak senyum

qaleesya dan birthday boy

kasut si aiman dah tertanggal satu :)


macam biasa gambar dari mommy dan qaleesya. posing tak nak kalah okeyh!

untuk ummar, semoga kamu menjadi anak yang berjaya dunia akhirat dan berbakti kepada ibu bapa

Friday, 14 October 2016

.. candle light dinner @ secret cafe ..

assalammualaikum

hari sabtu yang lepas, 8 oktober 2016, genaplah umo encik hubby kiter 27 tahun. untuk birthday hubby kali nih special sikit tau. mommy buat suprise untuk si kumbang nih. sweet candle light dinner kononnyer kan! hahah

secret cafe d komalaut menjadi pilihan tie untuk majlis simple tapi sweet nih! kiranyer ini kali kedua tie makan d sini selepas makan dengan officemate tmpoint kangar yang lepas. bila dah sedap cenggini, sure lah kena repeat kan beb!


logo secret cafe

asalnyer tie nak jerk amik suprise planner kat facebook yang menjadi trend sekarang nih. tapi bila tanya harga mencecah rm200 hinggit terus tie ubah fikiran. hahaha. rasa sayang pulak duit bila hanya nak upah orang belikan bunga dan coklat. thats why tie buat keputusan untuk buat suprise sendiri jerk

hari jumaat, sehari sebelum majlis, tie pergi beli balloon ( rm8.50 ), bunga ros segar 4 kuntum ( baru rm8 ) and beli pasu kaca kecil ( rm13 ). kain putih tie ambil yang kat rumah punyer. then tie serahkan pada tuan kedai secret cafe, Encik Hafiz. memang dorang banyak membantu and sporting habis tau!

tie puas hati dengan secret cafe. memang dia buat macam tie nak. thanks yer secret cafe!

tie dan hubby gerak lepas magrib. tapi tak terus ke kuala perlis. kitaorang ke alikhsan kangar dulu. hubby request hadiah sport shoes. hari tu dah beli kasut bola bulan lapan yang lepas. beli hadiah awal kononnyer. lastly kena bagi hadiah lain pulak. hahah. kopak duit mommy!

sweet la sangat kannn! teringat zaman bercinta dulu dulu. bukan main lagi tuan kedai secret cafe nih tolong ambilkan gambo. macam ader photographer khas pulak malam tu. nasib baik tuan kedai tak caj dalam bil. hehehe

muka nampak excited macam birthday kiter pulak kann

balik dari sukan negara, mommy siap ajak mama eiyda teman jap pergi beli baju baru nak pakai keluar dinner dengan huibby. memang rushing sangat. so ini jerk la yang sempat rembat. janji baju baru kannnn! haha

suprise mommy menjadi tau. sampai jerk secret cafe, then mommy terus menghala ke meja yang d hias dengan bunga nih, hubby jadi terkejut. hubby boleh pulak tanya, "kenapa kita duduk d meja nih. boleh ke? " hahah lawak reaksi dia time tu. lepas tu baru lah mula senyum2. suka la tu kann

sebelum kesana, mommy singgah beli cake dulu.

happy birthday hubby! semoga hubby d panjangkan umo, d beri kesihatan yang baik, d beri akal fikiran yg waras, d murahkan rezeki, d beri kesabaran yang tinggi dan semoga menjadi suami/papa yang beriman kepada mommy dan qaleesya.

haishhh gambar mommy lebih dari gambar birthday boy nih

mula mula kita order dulu yer

chicken grill menjadi pilihan hubby and mommy pulak order tenderloin beef steak. air pulak mommy ambil frappe mocha. memang sedap weh! makan sampai menjilat jari. rasanyer lepas nih kena repeat lagik. bukan apa takut terbayang bayang steak yang marvelous nih!

terima kasih tuan cafe sebab sanggup layankan kerenah kami bergambar :)

feeling2 sweet la sangat kan malam tu.

malam tu kitaorang tak bawak si anak dara qaleesya sebab dia dari pagi memang stay kat simpang dengan family in law. lepas makan, baru kitaorang pergi ambil dia. sorry yer sayang. malam nih bagi peluang kat mommy and papa nak dating kejap tau. nanti mommy bagi upah okeyh :)

sempat jugak hubby ambil gambar bersama tuan empunya secret cafe nih, Encik Hafiz dan Encik Anuar. memang sporting habis lah dorang nih!

selit gambar kat al ikhsan

hadiah birthday papa. sepasang sports shoes adidas new arrival and sepasang sandle nike. mommy pulak tah tahan nafsu untuk beli jugak untuk diri sendiri. sepasang sandle adidas menjadi pilihan. selesa sangat pakai tau. lembut and ringan. padan la dengan harga kann!! kopak duit mommy!

mommy harap papa suka dengan apa yang mommy buat nih. bukan selalu kann. setahun sekali jerk. semoga hubungan kita kekal hingga akhir hayat and semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kita. aminn

and pada secret cafe, thanks d atas layanan dan makanan yang super duper sedap. kepada sesiapa yang berminat nak ber candle light dinner macam kami nih, boleh lah terjah ke secret cafe. harga memang berbaloi. makanan pun sedap. memang puas hati lah!

alamat kedai : Lot 1 Kompleks Makanan Laut Kuala Perlis
contact number : 014-9486632
google maps : H&A Secret Cafe