Friday, 14 October 2016

.. candle light dinner @ secret cafe ..

assalammualaikum

hari sabtu yang lepas, 8 oktober 2016, genaplah umo encik hubby kiter 27 tahun. untuk birthday hubby kali nih special sikit tau. mommy buat suprise untuk si kumbang nih. sweet candle light dinner kononnyer kan! hahah

secret cafe d komalaut menjadi pilihan tie untuk majlis simple tapi sweet nih! kiranyer ini kali kedua tie makan d sini selepas makan dengan officemate tmpoint kangar yang lepas. bila dah sedap cenggini, sure lah kena repeat kan beb!


logo secret cafe

asalnyer tie nak jerk amik suprise planner kat facebook yang menjadi trend sekarang nih. tapi bila tanya harga mencecah rm200 hinggit terus tie ubah fikiran. hahaha. rasa sayang pulak duit bila hanya nak upah orang belikan bunga dan coklat. thats why tie buat keputusan untuk buat suprise sendiri jerk

hari jumaat, sehari sebelum majlis, tie pergi beli balloon ( rm8.50 ), bunga ros segar 4 kuntum ( baru rm8 ) and beli pasu kaca kecil ( rm13 ). kain putih tie ambil yang kat rumah punyer. then tie serahkan pada tuan kedai secret cafe, Encik Hafiz. memang dorang banyak membantu and sporting habis tau!

tie puas hati dengan secret cafe. memang dia buat macam tie nak. thanks yer secret cafe!

tie dan hubby gerak lepas magrib. tapi tak terus ke kuala perlis. kitaorang ke alikhsan kangar dulu. hubby request hadiah sport shoes. hari tu dah beli kasut bola bulan lapan yang lepas. beli hadiah awal kononnyer. lastly kena bagi hadiah lain pulak. hahah. kopak duit mommy!

sweet la sangat kannn! teringat zaman bercinta dulu dulu. bukan main lagi tuan kedai secret cafe nih tolong ambilkan gambo. macam ader photographer khas pulak malam tu. nasib baik tuan kedai tak caj dalam bil. hehehe

muka nampak excited macam birthday kiter pulak kann

balik dari sukan negara, mommy siap ajak mama eiyda teman jap pergi beli baju baru nak pakai keluar dinner dengan huibby. memang rushing sangat. so ini jerk la yang sempat rembat. janji baju baru kannnn! haha

suprise mommy menjadi tau. sampai jerk secret cafe, then mommy terus menghala ke meja yang d hias dengan bunga nih, hubby jadi terkejut. hubby boleh pulak tanya, "kenapa kita duduk d meja nih. boleh ke? " hahah lawak reaksi dia time tu. lepas tu baru lah mula senyum2. suka la tu kann

sebelum kesana, mommy singgah beli cake dulu.

happy birthday hubby! semoga hubby d panjangkan umo, d beri kesihatan yang baik, d beri akal fikiran yg waras, d murahkan rezeki, d beri kesabaran yang tinggi dan semoga menjadi suami/papa yang beriman kepada mommy dan qaleesya.

haishhh gambar mommy lebih dari gambar birthday boy nih

mula mula kita order dulu yer

chicken grill menjadi pilihan hubby and mommy pulak order tenderloin beef steak. air pulak mommy ambil frappe mocha. memang sedap weh! makan sampai menjilat jari. rasanyer lepas nih kena repeat lagik. bukan apa takut terbayang bayang steak yang marvelous nih!

terima kasih tuan cafe sebab sanggup layankan kerenah kami bergambar :)

feeling2 sweet la sangat kan malam tu.

malam tu kitaorang tak bawak si anak dara qaleesya sebab dia dari pagi memang stay kat simpang dengan family in law. lepas makan, baru kitaorang pergi ambil dia. sorry yer sayang. malam nih bagi peluang kat mommy and papa nak dating kejap tau. nanti mommy bagi upah okeyh :)

sempat jugak hubby ambil gambar bersama tuan empunya secret cafe nih, Encik Hafiz dan Encik Anuar. memang sporting habis lah dorang nih!

selit gambar kat al ikhsan

hadiah birthday papa. sepasang sports shoes adidas new arrival and sepasang sandle nike. mommy pulak tah tahan nafsu untuk beli jugak untuk diri sendiri. sepasang sandle adidas menjadi pilihan. selesa sangat pakai tau. lembut and ringan. padan la dengan harga kann!! kopak duit mommy!

mommy harap papa suka dengan apa yang mommy buat nih. bukan selalu kann. setahun sekali jerk. semoga hubungan kita kekal hingga akhir hayat and semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kita. aminn

and pada secret cafe, thanks d atas layanan dan makanan yang super duper sedap. kepada sesiapa yang berminat nak ber candle light dinner macam kami nih, boleh lah terjah ke secret cafe. harga memang berbaloi. makanan pun sedap. memang puas hati lah!

alamat kedai : Lot 1 Kompleks Makanan Laut Kuala Perlis
contact number : 014-9486632
google maps : H&A Secret Cafe

2 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)