Thursday 13 October 2016

.. hari sukan negara ..

assalammualaikum

mood rajin update blog dah kembali rasanya. minggu nih saja ader empat entry. kiter tengok sampai bila sifat kerajinan mommy nih akan bertahan! haha

08102016 yang lepas adalah sambutan hari sukan negara. pelbagai aktiviti menarik dan program yang di jalankan sempena hari sukan ini yang berlansung d seluruh malaysia.

kami d negeri perlis memang tak ketinggalan yer korang! setiap kawasan d perlis meraikan dan sambut dengan meriah. pelbagai aktiviti d adakan tak kira tua dan muda. memang semangat kesukanan ini yang kita nak kan!

hari sukan negara 2016

untuk kawasan kangar, tahun nih d adakan d maktab perguruan perlis. berbanding dengan tahun lepas yang d adakan di stadium kangar. pepagik lagik mommy dah keluar rumah. pergi ambil mama eiyda then terus ke sana. pukul 7 pagi kami dah d minta untuk berada d sana.

mommy dan mama eiyda

selepas semua dah hadirkan diri dan membuat pendaftaran, kitaorang bergambo reramai. memasing memakai pakaian team malysia

boss ajak welfie

team telekom malaysia berhad

bergambo depan lori tmow

selepas pendaftaran dan makan pagi, adanyer larian sebanyak 35km. tapi kami tak join larian nih. kami masuk ke dewan untuk join aktiviti zumba yang berlansung selama hampir dua jam. memang puas hati. berpeluh macam mandi weh! segar rasa badan nih!

akak yang kat tengah nih yang jadik trainer zumba hari tu. seronok tengok badan dia. kurus dan cantik. die isteri dan ibu kepada tiga orang anak. tapi tengok macam anak dara. jeles kan! bila kitaorang tanya apa petuanyer, dia cakap dia lansung tak makan makanan berminyak dan tak pernah tinggal exercise. haishh bila lah mommy nak kurus macam dulu :(

bergambar dengan YAB menteri besar perlis, Datuk Seri Azlan Man

jangan berangan lah nak kurus macam dulu kalau tak der usaha kan!


selesai zumba, kitaorang stay kat booth tm sambil buat jualan baju pantera malaysia dan produk tm. then sempat jenjalan kat booth2 kat situ. macam macam ader!

dalam pukul 12 tengah hari cenggitu, lepas makan tengah hari yang d sediakan, kitaorang gerak balik. cuaca memang panas tak hingat tapi puas hati sebab dapat buat aktiviti yang boleh keluarkan peluh cenggini. terbaik!

pagi tu jugak alang, acik dan acu datang ambil qaleesya untuk join hari sukan negara d kawasan simpang empat. memang kelakar weh, dia peserta paling kecil.

main tiup kereta bagi bergerak. tak tahu lah gerak ke tak! hahahah. lawak anak mommy

bukan main lagik duk cerita kat mommy dia dapat hadiah banyak. then qaleesya jugak dapat dua hadiah cabutan bertuah. seronok tengok anak membesar macam nih. umo baru dua tahun dah join sukan cenggini. bagus kan ank mommy nih!

mommy nak selit paralimpik yang d kenali ramai datang ke tmpoint kangar, mohamad ridzuan mohd puzi, pemegang pingat emas bagi acara 100 meter

mommy nak selfie dengan mamat kebanggaan malaysia!

kami reramai bergambar dengan pemegang pingat emas nih

apepun tahniah d ucapkan kepada ridzuan puzi kerana membanggakan malaysia. majulah sukan untuk negara :)

malamnyer mommy ader buatkan suprise untuk papa sempena birthday papa yang ke 27 tahun. tunggu next entry okeyh!

No comments: