Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Monday, 17 July 2017

.. jalan jalan raya 2017 ..

assalammualaikum

masih lagi mood raya kan korang. mommy pun nak update entry jenjalan di hari raya. tapi tak banyak cerita sebab bila dah lama dalam draft, kemalasan akan sentiasa menguasai diri

malam hari raya kedua, tie and family kak na ke rumah zaza di arau. ibu zaza buatkan bihun sup. bukan main meriah lagi kitaorang. teringat sangat zaman stay dengan kak na d KL dulu

gambar ramai ramai

selfie satu

tie dan zaza

petang raya kedua, ibu dylla datang beraya di rumah. bawak si cantik neelofa deanara. sekejap jerk dah besar anak dara nih. time nih kakak deanisha tengah sleep

then keesokkannya kitaorang ke rumah dylla. alhamdulillah dapat berkumpul ramai ramai macam nih. hilang sekejap rindu d hati

n4 junior. ada haura anak aya, adika anak farah, deanisha dan deanara anak dylla and mesti lah qaleesya ank mommy. moga bila dah besar nanti korang boleh jadi kawan macam mommy, ibu dan mama :)

dari 2001 till 2017. 17 years and still counting. moga persahabatan ini kekal sampai bila bila. aminn

masing masing dengan anak dah sekarang. dulu dulu selalu jugak bergambar cenggini bila keluar pergi tuisyen. rindu zaman sekolah

kebetulan wany and feyqah pun datang jugak ke rumah dylla. masing masing dah bawak anak weh

gerak dari rumah dylla, kitaorang ke simpang empat

anak kesayangan mommy and papa

main bunga api dengan cousin d rumah simpang empat

esoknya, zaza and family pulak datang beraya ke rumah tie. seronok sangat kan bila dapat berkumpul dengan kengkawan macam nih.

qaleesya dengan dua beradik nih. si hensem zidan dan arissa

thanks zaza datang rumah. ingat jugak kat aku yer. rindu zaman kita membujang d kampung baru dulu 

selit gambar mommy dan mama eiyda

balik dari kerja, mommy terus ke rumah farah. dia ada buat makan makan sikit tapi papa dan qaleesya tak join. mommy jerk yang pergi after kerja

best fren forever

kasi selfie satu. kami geng giler gambar

selit gambar anak mommy pergi kenduri

mommy pun nak jugak kannnn :)

nomi dan brie datang beraya. thanks korang

hari tu papa tak sihat, memang tak kemana mana. layan kerenah qaleesya dalam bilik dia jerk lah

penuh susun mainan dia kat dapur mommy

anirah dari tmpoint taipan sempat singgah d tmpoint kangar jumpa mommy sekejap. thanks bebe

selit anak dara mommy dapat cake indulgence sempena dua tahun sepuluh bulan

suka sungguh dengan cake indulgence secret recipe 

anak mommy ikut acu pergi pasar pagi

salam aidilfitri buat semua :)

Tuesday, 23 May 2017

.. Fit Tmpoint @ Kedah ..

assalammualaikum

8 april 2017 berlansungnya fit tmpoint acara futsal di gelanggang futsal yang terletak di kepala batas alor star kedah. negeri kedah/perlis menjadi tuan rumah untuk acara futsal tahun nih. tie memang tak main lah kann. staff dari tmpoint alor star dah mencukupi. cewahh alasan gituuu.

dalam tengah hari tie gerak kesana bersama hubby dan qaleesya. semata mata nak pergi jumpa kengkawan lama HQ. nak pulak encik hubby tu nak layan kerenah tie dan tolong bawakkan tie kesana.

paling happy sekali bila dapat jumpa kawan gosip dan kawan bergambor kiter nih! dapat jugak jumpa si mama deela nih

thanks mama deela kasi baju kat qaleesya. 

qaleesya jumpa kawan baru

then dapat jumpa kak elna dan kak hajar. rindu sangat kat semua kengkawan HQ yang lain

gerak dari situ, kitaorang terus ke aman central

qaleesya suka sungguh ajak ke sini. kalau mommy tak bawakkan, dia akan ajak tok abah dia untuk bawakkan

makin hari makin membesar! hahhaha

anak dara nih bab gambo nombor satu

datang aman central nak makan ice cream nih jerk?!

lewat petang jugak lah kitaorang sampai rumah. balik tu singgah beli ketam nih untuk meratah malamnyer :) yummy

Friday, 3 February 2017

.. majils perkahwinan officemate + classmate ..

assalammualaikum

haishh berdebar pulak rasa bila nak update entry pertama di tahun baru nih! last update bulan october 2016 yang lepas. lama sungguh rasa kan. entry draft bukan main banyak lagi, tapi masa tak pernah mengizinkan tie nak update! hahah poyo ayat nih!

tie nak habiskan dulu entry draft tahun 2016 yang ader nih! lepas ni tie update slow2 okeyh. entry pertama tahun baru, tie nak update pasal majlis perkahwinan officemate tmpoint kangar, Asrul Efendi atau nama manjanya alun.

alun selamat di ijab kabulkan pada 16 december 2016 yang lepas

tahniah alun! semoga kekal bahagia hingga akhir hayat

alun and pasangan di majlis persandingan pada 18 december 2016 di Jitra. sama cantik, sama padan kann :)

mommy pergi dengan geng tmpoint kangar. kitaorang naik dengan kak rakiah

geng tmpoint kangar bergambar reramai bersama pengantin. pak tam pun join kami hari tu.

lepas kenduri, kitaorang terus gerak and singgah sekejap makan cendol Pak Jo di kawasan Jitra then terus gerak balik Perlis. untuk alun dan wife, semoga kalian di murahkan rezeki baby yang comel comel yer! tahniah sekali lagik!

and satu lagik entry majlis perkahwinan kawan belajar tie di kelantan dulu. Fiza nih jugak housemate dan calssmate tie. ahamdulillah fiza dan suami selamat di ijab kabulkan pada awal bulan december 2016 yang lepas.

tahniah beb! kawen jugak ko akhirnya! 

mommy dan pengantin :)

qaleesya pun nak jugak dengan pengantin

keluarga kecil mommy bersama pengantin

owh yer, umie zaza pun balik perlis tau. dapat lah jumpa lepaskan rindu sekejap

mommy wif husna, umie zaza dan dayah

reunion kecil classmate mommy time belajar diploma di kelantan dulu. memang rindu sangat zaman belajar dulu tau. tiga tahun mommy stay di sana. banyak suka duka bersama kengkawan.

qaleesya dan arissa

mommy beli baju nih nak pakai untuk wedding adik, tapi mommy rasmi dulu pakai yang nih untuk kenduri fiza.

tahniah sekali lagik untuk fiza dan pasangan. moga kasih sayang kamu berdua akan berterusan hingga akhir hayat. aminn