Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Friday, 26 December 2014

.. weekend bersama family ..

assalammualaikum

sajer nak update aktiviti tie time weekend baru baru nih. hari jumaat yang lepas, 19/12/2014 tie ambil cuti tahunan. sengaja tie pilih jumaat sebab hubby cuti. nasiblahh. laki cuti hari jumaat jerk, hari lain kerja!

puas hati dapat lunch ikan keli bakar dengan hubby! our favourite! yummy!

dulu dulu kann, tie lansung tak makan ikan keli. tapi sejak tie duduk sebumbung dengan zaza d KL, die yang ajar tie makan ikan keli. dan sejak dari tu, tie suka benorr makan ikan keli bakar. then lepas kawen, suhaizal pulak belajar makan dari tie. sedangkan dulu tie lansung tak pernah makan ikan keli. haahaha! sekarang nih, pantang ader ikan keli, mesti itu akan jadik pilihan kami.

seharian dapat bersama anak dan suami. bahagianyer rasa bila tak pergi kerja. hahahaha. kannn best kalau boleh goyang kaki tapi duit masyuk tiap tiap bulan. memang mustahil lah kann! tie berangan!

acu fieza hadiahkan baju nih. makasehhh yer acu!

petangnyer kitaorang balik simpang empat. lepas hantar Leesya kat rumah mak tok, kitaorang keluar untuk service kereta. cengginilah bila dah ader kereta, kena bayar roadtax lah, service lah, macam macam lah. duit keluar macam air wehhh

putri kesayangan mummy and papa
pakai baju yang autie yus kasi. thanks yer auntie yus

malam tu sebelom tengok maharajalawakmega 2014, kitaorang keluar makan kat area Sanglang. siap makan, balik layan MLM 2014. kitaorang memang tak pernak skip. setiap minggu kitaorang layann.

menu kami malam tu. ikan siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin dan sayur campur. Leesya tinggal dengan mak tok kejap ;)

kitaorang balik rumah kangar lepas habis MLM 2014. bukan sengaja tak nak tido simpang empat, tapi dsebabkan kakak tie dari Perak balik, sebab tu kitaorang balik tido kangar. nak jumpa dorang.

pagi sabtu, homemade nasi lemak.

tengah hari nyer tie pergi majlis pertunangan Ilah. Leesya stay dengan mak tie. lagipun banyak betul pengasuh yang ader kat rumah tie. hehehe. malamnyer, kitaorang buat makan makan sikit. kitaorang bakar ayam, udang, sosej and mentarang. katanyer sempena celebrated anniversary kakak and abang ipar yang ke dua tahun. tapi cake tak der sebab tie tak beli :)

kakak yang banyak keluarkan modal. i luv u lahh sis! sporting habis :)

one more pic

kitaorang makan, sembang sembang sampai pukul dua pagi. memang terbaik. walaupun frust malam tu Malaysia kalah dengan Thailand, tapi selera untuk makan lansung tak berkurang weh! hahhahaa. apepun, Malaysia dah buat yang terbaik kann! tahniah untuk pasukan Harimau Malaya walaupun dapat tempat kedua.

hari ahad pulak kitaorang pergi kenduri kawan hubby kat simpang empat. tapi macam biasa, ambil gambar dulu sebelom gerak. gambar depan sawah memang terbaikk weh!

Leesya pakai baju yang zaza hadiahkan. makaseh yer umie zaza! Leesya suka baju nih. kembang bukan mainn lagikkk. hehehehe

bergambar bersama pasangan pengantin yang diraikan. semoga kalian berbahagia hingga ke hujung nyawa

petang ahad, hubby ader training bola. tie dan leesya ikut abah and mak pergi jejalan. tok wan nak bawak jalan jalan, memang tak tolak lah kann

baju nih tie baru jerk beli. ingat kan besar, tapi rupanya Leesya dah boleh pakai :)

cucu kesayangan tok wan!

bukan main seronok kalau dapat duduk dengan abah

 
mak tok Leesya

malam ahad, kitaorang balik rumah kangar balik. kakak tie pun akan gerak ke Perak malam tu. esok nyer, hari isnin, tie tak pergi kerja. tetiba jerk kepala tie rasa pening memusing. so tie ambil mc. seharian duduk jerk kat rumah hari tu. hubby pergi kerja.

malam nyer, hubby bawak tie pergi klinik. ambil ubat and mc. Leesya pun ikut tau. die baik jerk kalau bawak pergi memana, tak banyak ragam pun. good gurl anak mummy.

kami bertiga :)

lepas pergi klinik, kitaorang terus balik rumah simpang empat. kitaorang tido sana. tok wan dan mak tok dah kerinduan sama Leesya. lagipun tie dah lama tak tido sana.

 
selit gambo acu Fieza and Leesya
samakan muka dorang? Leesya ikut muka acu nih!

Monday, 25 August 2014

.. aktiviti d hujung minggu ..

assalammualaikum

hari jumaat lepas tie ambil cuti. sesajerk ambil kononnyer nak bersama hubby kat rumah. padahal sebab utama nyer adalah tie dah tak larat sangat dah. sakit pinggang 24 jam. tie menghitung hari bila lah anak muumy nak keluar nih :)

pagi jumaat tu kitaorang pergi sarapan. tekak teringin nak makan roti telur. dan semestinyer suhaizal akan layankan jerk apa yang tie nak. thanks hubby :)

roti telur dan milo panas

tie pulun duk makan, die sibuk duk baca paper

petangnyer kitaorang pergi rumah abang sulung tie. then malamnyer pulak kitaorang balik simpang empat. lepak dengan mak mertua tie sampai tengah malam.

esoknyer, hari sabtu, hubby dah kerja. nasib la tie weh! laki kamu cuma cuti hari jumaat jerk! hari lain memang kitaorang jumpa time lepas dia balik kerja jerk la. hurm!

disebabkan terlalu bosan, tie minta cousin tie hantarkan anak die kat rumah. nak jadik baby sitter kononnyer. cousin tie nih berniaga kedai makan. selalunyer die akan bawak anak die ke kedai. tapi tie sengaja minta die tinggalkan anak die dengan tie. saja nak buat teman. tunggu suhaizal balik karang baru kitaorang pergi hantar ke kedai. hilang la sikit bosann. lagipun budak ni baik sangat. diam jerk. nangis time nak susu jerk. memang senang jaga :)

sambil jadik baby sitter, sambil tu tie layankan novel suamiku pemalu nih! memang terbaik. sesuai dengan tie yang bersuami pendiam! hahhaha! jangan marah hubby :)

hari ahad pulak, tie ikut suhaizal pergi lawan bola. tapi tie tak pergi sorang, tie bawak farah teman. sementara hubby main bola, kitaorang jenjalan kat dataran kechor tu. kat situ ader tempat rekreasi. tie siap makan rojak lagik tau.

muka tie dah makin kembang and gelap. mak kata nih semua alahan pregnant. memang tak der seri lansung. redha jerk lah kann.

hari nih tie kerja macam biasa. kandungan tie hari nih dan masuk 38minggu 4hari. makin hari, makin berdebar rasa hati. moga Allah akan permudahkan segala urusan bersalin nanti. aminnn

Monday, 6 May 2013

.. Iron Man 3 @ TGV KLCC

assalammualaikum

weekend baru baru nih tie kuar cari kasut kerja. first pergi vincci KLCC. bila dah ader size, warna hitam pulak tak der. memang frust. so set dalam minda untuk pergi ke Pavilion. tapi sebelom tu alang alang da sampai KLCC, kiter tengok movie dulu yer :)


tengok iron man 3. terbaik weh! kalau tak percaya, korang pergi tengok sendri. haha. tapi bagi tie iron man 2 lagi best. sebab nyer iron man 3 nih banyak sangat cakap nyer. ader sedikit bosan lah. tapi time action tetap terbaik!

tie gadies pakai baju da seluar baru:)

eh, beg pun baru jugak? haha

satu lagik. peece yawww

tengok gaya nyer macam dah tak der iron man lagi dah lepas nih. sebab si hero ni dah campak kuasa yang kat dada die tu dalam laut. haha. nak tahu lebih lanjut, pergi tengok sendri yer!

lepas tengok movie, tie ke vincci Pavilion. tapi malangnyer saiz tie memang tak der. dah tak der stock. aishh susah kalo kaki kecik nih. haha. then, tie ke Sunway Pyramid pulak. alhamdulillah dapat jugak tie beli kasut. kebetulan ader saiz 5 dan ader warna hitam. pastu tie beli satu flat shoes warna hijau:)

balik nyer, tie singgah klinik Bangsar. biaserlah tie kan selalu tak sihat. lepas ambil ubat, terus gerak balik kampung baru. haisshhh tie rindukan KLCC :(

Wednesday, 24 April 2013

.. TM family day @ Taman Desa Waterpark ..

assalammualaikum

13 April 2013 lepas, office tie ader buat family day d Taman Desa Waterpark. dapat jerk email dari admin, tie terus call kak na. tanya dorang berminat atau tak untuk join tie kesana. and biler die kata yang lain lain semua nak join, tie pun daftar :)

email dari admin

ader pelbagai aktiviti yang d sediakan. memang best lah. artis jemputan pun ader tau. antara nye Najwa Latif, Black and Jambu Raja Lawak.

kitaorang gerak dalam pukul 9 pagi macam tu. sampai sana, daftar kan diri and terjah! haha. memang ramai   giler la beb. meriah sesangat. even cuaca sangat panas, tapi dorang mandi tak hingat.

dari hadapan pintu masuk

gambar sekitar kawasan Taman Desa Waterpark hari tu. memang meriah.


tie tak der mandi sangat. sebab tie masih dalam tempoh 'berpantang' time nih. so tak boleh kena panas and main air sangat. so tie lepaking dengan kak na kat pondok jerk. jagakan beg kengkawan. hahaha. yang lain lain dah hilang ntah kemana. 

kak deela and erfan

time nih baru jerk sampai. masukkan kaki sikit jerk dalam air.
buat syarat nak begambar katanyer. haha

wif kak deela and wife mamat.

along and adik memang kawww kaawww punyer mandi. memang tak nak naik lansung. dorang cuma naik kejap untuk makan jerk. pastu terjun balik. memang syiok tengok dorang mandi.

along and adik

abg aziz and angah
angah pulak tak mandi lama sangat. katanyer bosaann sebab dah selalu datang sini.

mamat family

biler yang lain lain sibuk mandi, tie and kak na pulak sibuk bergambar. haha. nasib lahh kann

tie bukan sengaja nak pakai topi pantai nih tau. tapi d sebab kan tie tengah 'berpantang' , terpaksa pakai untuk elak dari kena panas.

(*_*)

kami sempat bergambar satu family. minta abg chick ambilkan gambar.

kak na paling meletopp sekali. ahaks :)

masing maisng nak tunjuk best! terbaik lah

lagik gambar kami d sana (*_*)

angah

gambar kak na yang merahnyer mak ngah


kak na dan abg aziz
tie memang bersyukur dengan kehadiran kak na dan abg aziz dalam hidup tie. dorang banyak sangat tolong tie. sentiasa besama tie susah dan senang. thanks korang. tie akan ingat korang sampai bila bila. hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik korang :)

dengan baby, anak bongsu abg chick

along and adik just naik time makan jerk, pastu dorang sambung mandi tanpa henti. haha

agak lama jugak lah kitaorang kat sana. sampai ke petang baru hingat nak balik. ni semua gara gara along and adik yang tak jemu jemu berendam dalam air. haha

balik dari situ, tie kena demam panas. habes menggigil satu badan. agaknyer tekejut kena air kat sana kot :)

kami sempat bergambar sebelom balik


first time tau tie datang Taman Desa Waterpark nih. sebelom nih memang tak pernah jejak. dan first time jugak tie join TM family day. maybe jugak akan menjadi kali terakhir sebab lepas nih tie bukan staff HQ TM lagik. hurm pasal tu, nanti tie story okeyh.

apepun, alhamdulillah segalanyer bejalan dengan lancar. thanks pada kak na, abg aziz and tiga hero lelaki along, angah and adik. happy sangat biler dapat berkumpul macam nih. even sekejap, moment nih tetap menjadi kenangan yang bermakna dalam hidup tie. for sure tie akan ingat sampai bila bila and tie pasti akan rindukan korang bila tie dah tak stay KL lagik :( tie sayang korang.