Showing posts with label annivesary. Show all posts
Showing posts with label annivesary. Show all posts

Thursday, 4 May 2017

.. wedding anniversary and birthday celebration ..

assalammualaikum

tiba tiba terajin update entry yang kedua setelah lama mendiamkan diri. poyo sungguh ayat mommy sekarang kan! hahaha. tapi macam biasa lah kita main selit selit jerk gambar yang ader. kemalasan tetap ader tau!

6 december 2016 yang lepas genaplah tiga tahun usia perkahwinan tie dan suami. syukur alhamdulillah kerana kami sentiasa bahagia walaupun boleh dikatakan hari hari bergaduh. tapi gaduh gaduh sayang jerk kan hubby! hahah

arriana nurqaleesya pun dah dua tahun lapan bulan sekarang. cepat sangat masa berlalu. rasa macam baru semalam malam pertama. hahaha

kitaorang tak sempat nak pergi bercuti bagai atau nak celebrated best best. just pergi makan kat sofea grill kat area kangar. boleh lah kannn

papa dan anak dara

sebelum keluar rumah, macam biasa dia request suruh ambil gambar dulu

happy 3rd wedding anniversary hubby! saya doakan agar hubungan kita kekal hingga akhir hayat dan kasih sayang berpanjangan. semoga kita sama sama sabar dan tabah mengharungi dugaan hidup berumah tangga :) i love u hubby!

chicken grill jerk jadi pilihan kami

qaleesya pulak nak big sosej and meatball

gambar mommy tak brapa cun tapi tetap nak masuk jugak. ahaks

then nak tayang gambo tie dan family in law celebrated birthday mak mertua tie di Fatinaz Corner februari 2017 yang lepas. kitaorang layann shell out malam tu. boleh tahan sedap jugak tau!

mommy belanja makan malam tu. mak siap dapat bunga, perfume, telekung, bear dan cake secret recipe dari anak menantu. suka lah dia kannn. hehehe

ada tiga jenis masakan tau. udang masak sambal, siput masak blackpeper and ketam ala ala kari. memang terbaik weh!

mommy dan qaleesya

family in law

kat bawah nih pulak tie keluar makan dengan mak tersayang sempena birthday mak pada 27 march yang lepas. tapi ayah tak dapat ikut sebab rasa tak sedap badan. kakak kakak pulak tak balik kampung, so memang kami jerk lah yang bawak mak keluar makan.

pada tie, dia lah insan paling hebat d dunia ini. tak der siapa pun yang dapat gantikan mak. tak kan mampu tie untuk balas segala budi dan jasa mak walaupun seribu tahun lagi. semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mak

mak pun suka selfie sekarang nih :)

kitaorang makan d kuala perlis malam tu. ader jenahak bakar, sotong sweet sour, sotong goreng tepung dan udang goreng. memang kenyang sampai esok weh

 papa malas layan kami bergambar. nih jerk yang ader

selit gambar mommy dan qaleesya pergi giant

tie bawak mak sama. hubby tak der pergi lawan bola

dia lah peneman setia mommy. bab melentik ambil gambar memang tak tumpah macam mommy time bujang bujang dulu hahaha

happy birthday untuk mak tersayang dan mak mertua tercinta. semoga mak sentiasa di murahkan rezeki, di panjangkan umo, d beri kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia di sisi kami sekeluarga. hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik kalian

selit lagi gambar kitaorang pergi majlis perkahwinan kawan hubby

mommy dan pengantin

macam biasa, gambar dengan qaleesya

kawan sekolah papa

semoga kalian kekal bahagia hingga akhir hayat

Wednesday, 17 December 2014

.. our 1st anniversary @ Blackwood Kangar ..

assalammualaikum

6 december 2014 yang lepas, genap lah setahun usia perkahwinan tie dan suami. alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa atas kebahagiaan yang kami miliki selama setahun ini. 

kenangan majlis persandingan pihak hubby, 8 december 2013

kitaorang just celebrated dengan pergi dinner kat Blackwood kangar. bukan tak der plan nak pergi bercuti or jenjalan ke apa, tapi sekarang masih bukan masa yang sesuai. lagipun Leesya masih kecil and kebetulan pula hubby sibuk dengan game bola sekarang. tapi berbaloi lah sebab team die dah jadi juara berturut turut dalam game baru baru nih.

mummy, papa and Leesya

on this special day, i want you to know, i love you more than i could write in words or show.

Blackwood nih baru jerk buka d Perlis. ader dua cawangan, satu di Kangar and satu d Arau. kedai die memang cantik dan unik. macam macam benda ader dalam kedai nih. pandai betul tuan kedai nih hias. tie suka :)

kat belakang tie tu penuh dengan barbie doll. pelbagai warna dan gaya. memang cantik tau

nampak tak basikal kat belakang hubby?

menu dinner kami
dua chicken chop, 1 slice blackforest cake, hot chocolate yang sangat sedap and hubby minum ice lemon tea

konon kononnyer nih lah cake anniversary kami :)
tapi, seriously, cake nih memang sedap!

Leesya tido dalam stroller diam diam, mummy and papa nak dating kejap hehehe

the love that i have for you is indescribable and i would do anything to make you happy for you give me joy everyday. happy wife, happy husband and happy home. love u hubby!

tie kalau bab gambar, number one! hahahha

happy anniversary yang pertama sayangku Suhaizal b Radin Mustaffa. mummy doakan semoga hubungan kita drahmati Allah, dberi ketabahan/kesabaran yang tinggi dalam rumah tangga, dmurahkan rezeki dan semoga kita akan kekal hingga akhir hayat.

terima kasih d atas segala susah senang kita bersama selama ini. biarpun mummy selalu merajuk and terasa hati, tapi percaya lah yang mummy sentiasa sayangkan papa and cinta hati mummy hanya untuk papa seorang.

i love u so much husband! 

Sunday, 10 November 2013

.. engagement anniversary ..

assalammualaikum

10 november 2013, hari nih genap setahun tie mengikat hubungan pertunangan dengan suhaizal. alhamdulillah hubungan kami masih kekal ke hari ini dan hanya tinggal beberapa hari lagik kami akan d ijab qabulkan. semoga hubungan ini akan kekal ke jinjang pelamin seterusnya akan kekal bersama hingga akhir hayat.

gambar outdoor majilis pertunangan tie 10/11/12

pelbagai dugaan yang kami alami dalam tempoh setahun ini. ada suka ada duka, kebahagiaan dan ada jugak pergaduhan. tapi alhamdulillah Allah masih mengizinkan hubungan ini terjalin. semoga segala harapan dan impian kami akan terlaksana bila tiba masa d ijab qabulkan nanti dan semoga hubungan selepas berumah tangga nanti akan sentiasa d redhai Allah serta mendapat kebahagiaan yang berganda. moga Allah makbulkan doa kami. Aminn.

moga hubungan ini kekal hingga akhir hayat

untuk suhaizal/ bakal imamku/bakal suamiku,

terima kasih d atas segala kasih sayang yang hubby berikan, terima kasih kerana sentiasa menghargai diri ini, sentiasa mengambil berat, sentiasa berada d sisi susah dan senang, sentiasa memahami, dan yang paling penting terima kasih kerana sudi menerima diri ini untuk d jadikan teman sehidup mati. semoga hubungan kita kekal hingga hujung nyawa. aminn

Monday, 3 June 2013

.. second annivesary ..

Assalammualaikum

13 mei lepas, genap dua tahun hubungan tie dengan suhaizal. Alhamdulillah syukur. rasa macam kitaorang baru jerk kenal. alhamdulillah hubungan yang bermula dengan perkenalan dari ahli keluarga tie sendiri kekal hingga sekarang. tak sangka dua tahun dah berlalu. Kitaorang tak der la celebrated apa pun. Just bagi kad n cake jerk. Lagipun masing masing sibuk dengan kerja kan. 

Untuk suhaizal, thanks 4 everything. Semoga segala impian kita akan menjadi kenyataan. Moga hubungan ini akan ke jinjang pelamin seterusnya semoga kita kekal hingga akhir hayat. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Aminnn

Happy 2nd annivesary hubby! Love u!

Sajerk selit gambar pergi service baby boo kali kedua hari tu:)