Showing posts with label word. Show all posts
Showing posts with label word. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

.. bff - zaza ..

assalammualaikum

entry ni khas untuk kau zaza. ( dasyat ko dear, ader entry khas dari tie gadies )

semalam zaza gerak dari kampung baru untuk pulang ke Perlis. bermakna semalam jugak lah malam terakhir die dengan tie. awal tu, bukan main lagik siap gelak gelak kan. kitaorang siap begambar lagik. even tie pakai seluar tido jerk time tu, zaza nak jugak ajak tie begambar.

lepas die dah kemas barang semua, tetiber die kuar kan satu kotak cake secret recipe dan kasi pada tie. awal tu tie dah nampak kotak cake tu. tapi tie ingat die nak makan atas bas. tapi tak sangka die beli untuk tie. dan bila buka jerk, ader tulis BFF kat cake tu. time tu tie dah mula rasa sebak, sedih, terharu dan pelbagai. tapi tie still boleh cover dan zaza tak perasan semua tu.


then bila sampai masa untuk die gerak. nik pun dah datang time tu. barang pun semua dah angkat masuk kereta. dan saat yang paling menyedihkan, bila tie bersalaman dan berpelukan dengan zaza. Ya Allah, tie tak pernah rasa macam ni. sangat touching. dua dua orang menangis teresak esak. tetibe tie rasa macam zaza akan jauh sangat dengan tie. tie rasa macam kitaorang dah nak berpisah. time tu rasa sangat kasih sayang kami sebagai sahabat.

dear zaza,
dua tahun kita tinggal serumah. tido pun sebilik. banyak susah senang kita bersama. kiter pernah gadoh, pernah bergurau senda, kongsi masalah dan macam macam lagik yang kita lalui selama dua tahun nih. dan semalam aku rasa berat sangat nak berpisah dengan kau. sumpah aku sedih dear. memang lepas nih, kita boleh jumpa lagik d office, tapi status kau dah bertukar. dah tak boleh macam dulu. tempat kau dah d sisi suami.


aku mintak maaf andai ada salah silap aku selama ni zaza. kita gadoh macam mana pun, marah macam mana pun, terasa hati ke, merajok ke, aku tetap sayang kau dan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau zaza. terima kasih d atas segala segalanya. halalkan makan minum aku.

lepas nih, saper nak teman aku makan kat kedai tepi rumah, saper nak teman aku pergi klcc bila weekend, sapa nak ajar aku pakai shawl, saper nak pakaikan aku foundation...waa sedihhh. semua tuh dah tak der lepas nih. aku kena buat sendiri.

sedih tetap sedih. tapi aku sentiasa doakan yang terbaik buat kau zaza. kau kawan yang baik. aku tahu kau sayang aku even kau tak pernah tunjuk. aku harap kau tak kan lupakan aku, tak kan lupakan segala kenangan kita. will miss u dear.

dan kat bawah ni, msg yang tie hantar kat zaza semalam. dan msg dari zaza :(

 

dan kat bawah ni pulak, tie upload gambar kitaorang d facebook. sebak dan sedih.

 
 
 
 
 

malam esok tie balik kampung. sebab lusanya majlis pernikahan dan persandingan zaza. semoga segalanyer bejalan dengan lancar.

aku tak tahu lah kau baca tak entry aku yang nih. sebab kau dah kat kampung. aku harap kau baca sebelom kau kawin zaza. takecare dear, love u. miss,kiss and hugs.

Tuesday, 23 October 2012

.. aku gadies biasa ..

assalammualaikum

aku gadies biasa.
yang tidak punya apa.
masih berrtatih mencari redha,
masih mentafsir erti bahagia.

tidak bergaya,
tidak mesra dan kadangkala
tidak peduli apa kata orang padanya.
hidup bukan untuk membuat orang
suka kerana redha Allah bukan pada redhanya manusia.

jika aku leka, tegurlah.
jika aku lupa, ingatkan lah.
kerana aku hanyalah gadies biasa.
tidak mungkin sempurna


Thursday, 6 September 2012

.. (*_~) ..



" Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu "

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah SWT, dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.


Wednesday, 25 July 2012

.. (^_*) ..

Wednesday, 18 July 2012

.. Allah maha mengetahui ..

Wednesday, 4 July 2012

.. cinta halal ..


Jika keluar berdating bersama itu dikatakan cinta, anda salah.
Jika berpegangan tangan berjalan seiringan itu dinamakan cinta, anda silap.
Jika berbual mesra mendayu-dayu itu cinta, anda keliru.
Jika bergambar romantik berdua-duaan sebegitu adalah cinta, anda berdusta.
Jika berasmara dan menyerahkan raga itu ditafsirkan cinta, anda pengkhianat cinta

Jadi apakah cinta? bagaimana baru dinamakan cinta?

Bila kita menyayangi seseorang yang HALAL buat kita, sanggup bersama-sama saat susah dan senang, dan berusaha membawa orang yang kita sayangi itu ke Syurga bersama-sama kita...
saat itu, baru dinamakan CINTA

Teorinya mudah, jika apa yang kita lakukan itu tidak membawa kita kepada keredhaan Allah, itu bukan Cinta Jika jalan yang membawa kepada cinta itu juga jalan kemurkaan-Nya, itu bukan Cinta

Saat sah ijab dan kabul, itulah detik permulaan sebuah cerita cinta...
CINTA yang HALAL... insya-Allah. :)

p/s : copy paste

Wednesday, 27 June 2012

.. renungan ..

Sunday, 24 June 2012

.. (*_*) ..

Saturday, 23 June 2012

.. lima perkara ..

Friday, 1 June 2012

.. persahabatan ..

Sunday, 20 May 2012

.. (*_*) ..

Wednesday, 9 May 2012

.. menangis ..

Sunday, 6 May 2012

.. saya nak!! ..

pic copy n paste

kepada : bakal suami yang tie sendri pun tak tahu lagi :(
tak sabar nak ungkapkan kata - kata cinta pada bakal suami. haha. mood gatal da datang! Ya Allah, semoga tie d cepatkan bertemu jodoh yang d redhai Mu.. aminn.

" saya nak awak cintakan saya sepenuh hati awak. saya nak awak hargai saya, sayangi saya dan saya harap awak tak kan sia - sia kan hidup saya. semoga awak yang terakhir buat saya. semoga kiter akan bahagia hingga akhir hayat "


Thursday, 3 May 2012

.. tanggungjawab ..


Wednesday, 21 December 2011

.. ayat ombak rindu ..


rinduku umpama ombak yang tidak terhenti,
kasihmu bagai pantai yang setia menanti...

Friday, 9 December 2011

.. (^_*) ..

Allah tahu hatiku PERIT menahan luka, Allah medengar DOA-DOA dan TANGISANKU meminta..namun bukan kerana Dia tak MEMPEDULIKAN nasib hamba-hambaNya tetapi sebenarnya Dia sedang memberikanku yang TERBAIK, walau diriku sebenarnya yg tak MENYEDARI kerana kurangnya SIFAT SYUKUR dalam diri.

Hati yang TENANG akan BERSYUKUR apabila menerima NIKMAT, sabar apabila dtimpa MUSIBAH, rela mberi MAAF apabila dpinta, MUDAH meminta maaf apabila besalah, QANAAH dengan rezeki yang ada, TAWAKAL apabila berusaha n sentiasa BERSANGKA BAIK dengan Allah n manusia..JAGA hati hiasi peribadi, BIMBING jiwa dekati Rabbi…kerana Dia SAYANG & tak PERNAH melupakan diriku..


Tuesday, 6 December 2011

.. jarak antara dua hati ..

Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

 Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita!


Wednesday, 30 November 2011

.. kami dah putus ..

Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adernyer prasaan ini. syukur "



Tuesday, 29 November 2011

.. ciri - ciri wanita idaman ..

assalammualaikum korang =)

n3 kali ni, tie nak kongsi dengan korang sal ciri- ciri wanita yang menjadi idaman lelaki! okeyh! ader sembilan ciri - ciri wanita idaman lelaki! jop tengok (*_~)

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Sentiasa memaniskan wajah
.:: – Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain

okeyh korang! inila 9 ciri - ciri wanita yang menjadi idaman lelaki! jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup! sebelom tdo, cuba menilai or memuhasabah diri kiter kembali! Cuba lihat d mana kelebihan n kekurangan diri kiter serta apa yang telah kiter capai pada ary ini!

Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kiter!

Friday, 25 November 2011

.. think positive ..

JANGAN mudah MENILAI ORANG, kamu tak tahu apa yang telah dilaluinya..kamu mungkin MENDENGAR CERITANYA, tetapi kamu tak tahu APA YG DIRASAKAN oleh HATINYA..


SEDARLAH..dirimu DIHIDUPKAN hari ini BUKAN untuk mnyambung MAKSIAT n DOSA kelmarin, melainkan untuk KEMBALI mencari keampunanNya..BERGEGASLAH