Showing posts with label aidiladha. Show all posts
Showing posts with label aidiladha. Show all posts

Monday, 19 September 2016

.. cerita aidiladha 2016 ..

assalammualaikum

nampaknyer dah tak der entry draft yang berhabuk. semuanyer tie dah kasi post. lega rasa hati kan. berpeluh weh nak update entry yang dah lama nih. hahahah

arriana nurqaleesya kena cucuk dua tahun baru baru nih. mula tu ingat nak masuk lewat jerk tapi jadi tak sampai hati bila dia asyik cakap sakit sakit. macam tu pulak kan bila anak dah pandai cakap nih

qaleesya just kena pergi checkup kat klinik desa bintong. dekat jerk dengan rumah tie. memang sangat memudahkan :)

time nih belum kena cucuk lagik. still tunggu giliran. habis semua baby kat situ dia kacau

mommy terpaksa tanggalkan baju dia sebab nak kena cucuk di tangan. mommy ingat kat kaki

menangis sekejap lepas tu dah diam. cuma mulut tak henti bagi tahu kata sakit

beberapa hari jerk tie tinggalkan dia dengan family in law time pergi kursus d Kl yang lepas. bila mommy bawak pergi kedai makan, dia siap order "o ais satu ". padahal sebelum nih tak pernah pun ajar. alahai anak

roti telur dan susu adalah kesukaan qaleesya

ini pulak qaleesya ikut acu dan acik pergi ambil angin d pantai kuala perlis

cantiknyer ciptaan Allah

ini pulak selit tie ke rumah dylla untuk tengok baby baru dia. putih gebu sangat tau si neolofa deanara nih! dah macam tahi cicak dengan mommy and qaleesya. haha

mommy wif deanara, deanisha dan qaleesya

qaleesya ikut tok abah pergi shopping baju raya aidiladha. thanks tok abah belanja

bergambar dengan farah dan aishah di hari raya aidiladha pertama

kat rumah tie just masak nasi tomato dan ayam masak merah. menu yang sama jugak untuk rumah simpang

salam aidiladha buat semua kengkawan mommy - arriana

beraya di rumah maktok simpang

mulut dan perut dah sama naik. hahhaha

alhamdulilah, tahun nih abah buat ibadah qorban untuk arriana nurqaleesya

pagi pagi dan mengamuk nak lembu. lawak sungguh anak mommy

bapak saudara hubby yang sembelihkan lembu di pagi raya kedua

alhamdulillah. semoga qaleesya sentiasa murah rezeki. kalau nak tunggu mommy tak tahu la bila nak buatkan ibadah qorban untuk qaleesya. terima kasih yer tok abah.

papa, tok abah dan saudara yang lain bersungguh kerjakan lembu ni ha

malamnyer kitaorang buat kan bbq dan makan makan. panggil saudara terdekat dan geng bola hubby. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

geng bola hubby

anak mommy dah dua tahun sekarang. seronok dengar dia bercakap sekarang. cara dia susun ayat. memang mencuit hati dan sangat membahagiakan. semoga kamu sentiasa dilindungi Alah dan berjaya dunia akhirat. aminn

Thursday, 27 November 2014

.. aidiladha 2014 ..

  assalammualaikum

5 oktober yang lepas kita telah menyambut hari raya aidiladha. biarpun dah lepas, asal ader gambar, tie harus update dalam blog ini. 

tie masih dalam tempoh berpantang time nih. hari yang ke 33. tapi tapi biarpun masih berpantang, tie still melaram tau. tapi ala ala orang berpantang lah. jangan nak over, tak pasal kena bebel dengan mak :)

malam raya tu tie minta hubby belikan baju kat leesya. dan inilah yang die beli. boleh lah kann. kira pandai jugak ler die beli baju untuk anak. tie kan tak boleh keluar rumah. pantang kan :)

taraaaa, leesya dah pakai pada hari raya aidiladha. leesya pun nak jadi mummy tak lama lagik, gilerkan purple!!! hahahha

dan inilah keluarga kecil tie pada hari ke33 kelahiran leesya. syukur alhamdulillah atas pemberian Allah ini.

ini pulak tie begambar dengan family kecil wan dan ain. dorang nih cousin kepada suhaizal. dorang datang melawat leesya. thanks ain datang rumah

kalau tak silap tie anak tie dan ain nih beza 4 bulan

abang firas buli leesya. mentang mentang lah leesya kecik lagi, tak lepas pantang lagi :)

gambar petang raya
leesya dah keletihan, tido jerk kerjanyer

hari tu jugak family kak na datang ke rumah. tahun nih dorang balik beraya d perlis. lama betul tak jumpa dorang. tie tak pernah lupakan segala jasa baik dorang di KL dulu

hari tu kak mala ader balik kampung. and macam biasa kitaorang akan buat makan makan sikit and bacan yasiin. alhamdulillah.

dan baru baru nih kak na and angah balik ke kampung atas sebab mak kak na warded. time nih tolong hantarkan dorang ke stesen bas. dorang dah nak balik ke KL bila mak die dah keluar ward and dah kembali sembuh

salam aidiladha korang semua.

maner sempat nak shopping bagai, so kitaorang pakai baju raya aidilfitri 2013. kira okeyhla kann boleh pakai baju tahun lepas. kire slimm lah kan. hahaha

semoga hubungan tie dan suami akan kekal hingga akhir hayat. moga kebahagiaan akan sentiasa menjadi milik kami.

Tuesday, 22 October 2013

.. aidiladha 2013 ..

assalammualaikum

selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua umat islam. harap harap tie belom terlambat untuk ucapkan pada korang semua. lupa pulak nak tulis time update blog semalam:)

apepun, raya aidiladha tahun nih memberi seribu makna pada tie. kalau nak d banding kan dengan tahun lepas, tie tak dapat baliik kampung time raya aidiladha. tie cuma duduk diam diam jerk d rumah kampung baru. memang sedih time tu.

tapi tahun nih, alhamdulillah. tie dah menetap d perlis. tie dapat pergi solat raya dengan mak, dapat masak dengan mak, dapat makan dengan mak, and dapat buat segala galanyer bersama mak. alhamdulillah. terima kasih Ya Allah...

gambar d pagi raya
dan lagik bergambar sebelom pergi solat raya :)

tie memang tak der buat baju raya! pakai jerk mana yang ader! tahun nih rumah tie tak der buat apa apa. just masak biasa biasa untuk makan bersama family. tapi atok tie buat korban. kitaorang adik beradik memang gotong royong lah masak d rumah  atok. bermula dengan sembelih lembu, kemudian memasak dan makan beramai ramai d rumah atok. alhamdulillah dapat berkumpul adik beradik and saudara mara.

gambar lembu ke, makanan ke, memang tie tak ambil lansung. kononnyer tak der mood nak bergambar sebab tak der baju raya. pastu sebab susah nak update blog plak sekarang kann.

salam aidiladha dari kami :)

encik suhaizal datang rumah petang tu. then kitaorang keluar ke Kuala Perlis. tekak nih teringin pulak nak makan jagung bakar and lokcin.
  
teringin sangat kann! makan sampai kenyang!

lepas makan, lepaking and begambar macam biasa! then sebelum magrib kitaorang da sampai rumah.

tak sempat nak buat hantaran kawen.tie dah pakai dulu rayban nih :)

encik suhaizal pun dah makin gila gambar sekarang!
gara gara tie selalu ajak die begambar kot! hahaha. padahal dulu time mula kenal, die lansung tak suka bergambar.

sambutan aidiladha korang mesti meriah kan?

Tuesday, 30 October 2012

.. aidiladha vs balik kampung ..

assalammualaikum

selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua umat islam. alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana kita semua d beri peluang untuk hidup d bumi Allah yang indah ini seterusnyer dapat menyambut aidiladha d samping keluarga tersayang. for sure sambutan aidiladha korang kali ni meriah kan. 


alhamdulillah, aidiladha tahun ni tie dapat balik kampung. tak macam tahun lepas, just raya d KL jerk. tie balik kampung hari khamis malam raya. naik bas pukul 11.30 malam dan tie selamat sampai perlis indera kayangan keesokkannyer pada pukul 9.30 pagi. memang jem teruk sungguh. memang tak sempat lah nak solat raya.

hari jumaat, hari raya pertama, family tie tak der buat apa2. tie pun tak der kemana mana, just pergi hospital tengok kakak ipar tie yang masih koma d icu. malamnyer tie ke kuala perlis makan lok chin. then keesokkannyer, hari raya kedua, family tie tumbangkan tiga ekor lembu untuk d jadikan korban. 

tiga ekor lembu ni d kongsi oleh adik beradik dan sedara mara tie. ader yang masak, sedekah dan juga buat makan makan. tak ramai orang luar yang d jemput, tapi more kepada adik beradik. yerla, kalo korang nak tahu, sedara mara tie memang ramai. rumah pulak semua dekat dekat.


gambar d hari raya pertama. warna hijau kuning jadi pilihan tie gadies :)

memang kesana kesini jugak la hari tu. sebab ader banyak pekara yang perlu tie selesaikan. then, esoknyer, hari terakhir d perlis. tie tak der amik cuti lebih pun sebab cuti dah tak der. waa. ikut hati nak stay lama lagi. kakak tie dari perak dan peneng balik. dorang tido rumah malam tu. so kitaorang lunch reramai. memang sedap la lunch hari tu. maaf tie tak amik gambar makanan.

then after zohor, tie ke rumah cousin kawan tie. ader birthday party anak lelaki die. rumah kat jejawi, perlis. tapi sebelom pergi, sempat berposing dengan kakak kakak tie nih!

farah, anak saudara tie. anak kepada abang yang ketiga.

ni ha kami tiga beradik. muka semua lain lain.
norhaslinda, norhayati dan normala.

macam macam menu lah yang ader. laksam, bihun sup, kuih muih, cake dan bagai lah. makan, lepaking dan berpossing :)

ni lah birthday boy nyer. excited dapat hadiah yang pembalutnyer angry bird

layankan gambar kami d bawah (*_*)






kemudian, gerak dari jejawi, kitaorang ke padang bola simpang empat. ader perlawanan bola sepak antara pasukan simpang empat dan arau.


then balik rumah, mandi, makan dan kemas barang. pukul 10.15 tie naik bas gerak ke Kl. dan dan dan korang nak tahu tak yang tie duduk dalam bas selama 10 jam!! lama wehh|! pukul 9.00 pagi baru tie sampai stesen duta, KL. memang jem giler. sampai jerk, terus balik rumah, mandi dan siap, then gerak ke office. waaaa, penat sangat :(

apepun, biar banyak dugaan dan susah senang, tie bahagia dengan hidup tie sekarang. bahagia dengan insan sekeliling dan bahagia dengan insan tersayang. semoga kebahagiaan ini akan kekal hingga akhir hayat. aminn