Showing posts with label persiapan perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label persiapan perkahwinan. Show all posts

Friday, 2 May 2014

.. doorgift, pelamin, bilik tidur dan berinai ..

assalammualaikum

lagik dua hari majlis pernikahan, tie sibuk siapkan door gift untuk tetamu. door gift nih dah menjadi salah satu kewajiban bila adenyer kenduri. tapi tie buat setakat yang termampu jerk. ala kadar untuk kengkawan and orang kampung. 

thanks a lots pada Husna, officemate tie sebab kasi sponser towel kecik and gula gula. tapi die kata nanti wedding die, tie kena bagi jugak tau! hahaha. tak kesah lah. tak der hal punyer kannn :) 

nih barang yang Husna kasi
tie bagi pada pekerja. selain towel nih, ader jag kecik, tupperware love, air kotak and gula gula.

untuk tetamu yang hadir pulak, tie kasi tupperware love yang berwarna warni nih. kat dalam nyer tie letak lima biji gula gula yang berlainan jenis. thanks pada Farah, anak saudara tie yang banyak sponser gula gula.

mug nih pulak tie letak dalam paper bag and disertakan dengan tupperware love yang berisi gula gula serta coklat yang dibuat khas oleh cousin tie. 

bag bag nih khas untuk tetamu khas and kengkawan
thanks again Farah sebab banyak sponser gula gula.

and sehari sebelum majlis, kak lela dan abg wan datang pasang pelamin di rumah. tie ambil pelamin, bilik tidur, dan dua pasang baju sanding. untuk meja makan beradab, mak cik tie yang buat kan sendiri. baju nikah pulak kak na yang buatkan.

tie memang inginkan pelamin yang nampak simple tapi cantik
kononnyer cenggini lah pelamin yang tie nak

dan inilah hasil dari Butik Norsalela
pelamin majlis perkahwinan tie

dan ini adalah kak lela and abg wan
owner Butik Norsalela

dan ini pulak bilik pengantin
sengaja tie pilih tema kuning
sebab baju sanding tie purple kuning

macam tak percaya tie banyak gunakan warna kuning
padahal zaman sekolah dulu, warna kuning lah warna yang paling tie tak suka

selain tu, sehari sebelum nikah, tie pergi berinai di Butik Kak Sha yang terletak di Arau, Perlis. die jugak yang makeup kan tie untuk majlis akad nikah, majlis sanding pihak tie dan makeup untuk outdoor.

first, pilih design. then terus layann kak sha lukiskan inai pada tangan and kaki tie

macam dah keterlaluan ker masukkan gambar nih?! huhu
tapi lantaklah, dah termasuk pun :)
lukisan inai di tangan dan kaki tie

itu sahaja untuk entry kali nih. nanti pulak sambung. baby dalam perut nih dah lapar. kena pergi makan dulu :)

Wednesday, 30 April 2014

.. guest book , props and candy corner ..

assalammualaikum

setelah hampir lima bulan tie diamkan diri, menyepi tanpa berita. ayat! lansung tak menjenguk di blog sendiri. yang tie sempat layan cuma beautifulnara. yang tu hari hari tengok sebab nak tau gosip artis! haha. blog sendiri and kengkawan, memang tie tak pandang. tapi tak tahu kenapa, hari nih, tetiba terbuka pintu hati nak update kembali.

sebenarnyer, niat nak update memang sentiasa ada. tapi masa tak pernah mengizinkan. poyo betul. sibuk apa pun tak tau kan! hahah. rasa tak sedap hati kalau tak habeskan entry wedding. bukan niat nak bagi orang baca ke, tengok ker, tapi blog ni sebenarnyer untuk tatapan diri tie nanti. so bila ader niat nak bersara dari blogging, cepat cepat tie hapuskan. mulai hari nih, kena tanam semula dalam hati, untuk sentiasa update di blog nih.

okeyh, bagi entry permulaan nih, nak story pasal salah satu persiapan perkahwinan tie. biar pun dah berlalu hampir lima bulan, tapi tie perlu update jugak :)

lagi seminggu majlis perkahwinan tie, tie siapkan guest book. memang buat sendiri sepenuhnyer. zaman sekarang semua main order and booking jerk kan. tapi pada tie, buat aper nak membazir kan. lagipun tie punyer wedding bukan grand bagai pun. so cukup lah kalau tie buat sendiri.

buku untuk guest book tie beli dekat popular. then tie cari abjad abjad cute nih untuk tampal di buku. lagipun banyak lagik perkara yang perlu tie selesaikan time tu. jadik tie ambil jalan yang paling mudah and senang untuk siapkan guest book tie.

kebetulan ader booth keychain kat the store kangar, memang kat sini lah tie dapatkan abjad abjad nih 

then, tie cuci beberapa keping gambar and tampal dalam buku nih.
sangat mudah dan simple kan. dah siap guest book tie :)

selain dari tu, tie jugak sediakan beberapa props untuk wedding tie.

antara props yang ader :)

kipas nih tie beli untuk kegunaan time outdoor nanti

 yang nih pulak tie buat untuk letak atas meja candy corner

dan inilah hasilnyer
simple kan. nama pun buat sendiri jerk semua :)

candy corner majlis perkahwinan tie

okeyh korang, tunggu next entry pulak.
tie kena kerja keras sikit! banyak lagik entry nak kena update nanti. (",)

Saturday, 30 November 2013

.. dress outdoor photoshoot ..

assalammualaikum

minggu lepas tie dan suhaizal dah settlekan bab dress untuk sesi outdoor photoshoot nanti. masak jugak lah nak cari yang berkenan. untuk baju suhaizal kitaorang ambil d butik ixora, changlun kedah. dan untuk baju tie, ambil d dsuezys kat area Seriab. famous jugak lah butik dsuezys nih sebab baju baju die selalu masuk majalah pengantin.

kusyuk memilih

baju nikah : hasil tangan kak na
baju sanding kedua dua pihak : butik norsalela
baju untuk outdoor photoshoot : butik dsuezys

maybe tie pakai dress nih nanti

date untuk sesi outdoor photoshoot adalah pada 11.12.13
semoga segalanyer bejalan dengan lancar. Aminn

Wednesday, 27 November 2013

.. photoshoot pre wedding @ muzium kota kayang ..

assalammualaikum

hari sabtu yang lepas, tie pergi bergambar dekat muzium kota kayang. memang lansung tak rancang okeyh. semua nyer last minute. kononnyer nih gambar pre wedding lah kann. tapi pre wedding bidang terjun! tie bawak barang barang yang sedia ada d rumah jerk :)

citer pre wedding nih bermula bila tie temankan suhaizal beli kemeja putih untuk sesi outdoor nanti. dan kebetulan ader pulak saiz tie untuk kemeja perempuan. so tie pun beli sekali. and bila dua dua dah beli, kitaorang pun decide bergambar pakai kemeja putih nih.

lokasi pilihan : muzium kota kayang
makeup : sdn bhd
barang barang : sdn bhd
tema : biru kuning, negeri Perlis

tak der photographer hebat, tak der editing gambar, tak der makeup dari memana butik, semuanyer sendirian berhad punyer. kawan tie sendiri yang tolong ambilkan gambar.

bersungguh habis tie pegang cik tedd nihh

konon nyer sweet sangat lah nih kann sampai leh bergurau gurau cenggini. ohooiiii


kiter baca novel, die pun nak baca novel.
tapi buat muka sombong! tak bleh blah kann :)

terserlah bibir merah ala ala kak ton! hahahaha

nampak jerk cool, padahal hakikatnyer kami control habis!


tie suka gambar nih!
suhaizal nak muncungkan mulut tapi tak sempat

harap tak der yang muntah yer tengok gambar tie! hahahhaha

tema biru kuning sempena negeri Perlis :)


semoga pasangan ini akan berkekalan hingga akhir hayat

lots of love


save the date, 06.12.13


haisshhh nyampah pulak tengok! dah macam nak menari pun ader jugak nih :p




yang depan makin gemok, tapi yang belakang makin kurus 


dari kiri tu, farah anak saudara tie, and yang kanan tie tu pulak jieny
die lah yang tolong ambilkan gambar kitaorang
thanks yer jieny

suhaizal candid gambar nih
kitaorang tengah kemas nak balik

alhamdulillah. jadik jugak pre wedding tie walaupun dalam keadaan serba kekurangan. even tak dapat buat seperti yang d idamkan, sekurang kurangnyer ader kann :)

tinggal 8 hari lagi status tie akan bertukar menjadi isteri orang.
kadang kadang kita rasa tak bersedia untuk buat sesuatu. tapi, insyaAllah bila kita dah menerima sesuatu yang baru, nak tak nak, kita akan bersedia. tie sendiri tak tahu tie bersedia atau tak untuk bernikah, tapi insyaAllah, bila dah sampai masanyer, tie akan bersedia dengan semua ini. semoga Allah mempermudahkan segalanyer. aminn

Wednesday, 13 November 2013

.. fitting baju nikah ..

assalammualaikum

2 november yang lepas tie ke KL untuk fitting baju nikah. cenggini lah kalau tempah dengan tukang jahit jauh. nak kena ulang alik untuk settle kan baju nikah :)

tie dah cuba and tie memang sangat puas hati dengan hasil kerja kak na. especially kain tie. memang kembang macam tie nak! tie just buat baju kurung moden biasa jerk, cuma kain kasi kembang sikit. haisshhh tak sabar pulak nak pakai. hahahhha! padahal hati nih tak pernah berhenti berdebar bila majlis perkahwinan tie makin dekat. 

gambar pergi Machines, KLCC
bawak ipad kakak tie pergi format

malamnyer, tie ke down town cheras
banyak jugak ler yang tie shopping :)

esoknyer tie kuar lepaking dengan pieka
kitaorang makan kat oldtown danau kota then lepak d rumah die kejap
dapat jugak jumpa even sekejap

bergambar d kampung baru berlatarkan KLCC
tapi KLCC nampak separuh jerk!

isnin malam tie dah balik perlis.
memang penat weh naik bas ulang alik cenggini. kalau nak naik kereta rasa rugi balik sebab nak pergi sekejap jerk. lagipun suhaizal tak ikut tie pergi KL

Tuesday, 12 November 2013

.. kad kawen sijil CIDB ..

assalammualaikum

hari tu tie update pasal kad kawen pihak tie jerk kan. tie buat design  instagram. hari nih nak tunjuk kad kawen pihak suhaizal pulak. die guna design sijil CIDB. memang lain dari yang lain. kad kawen pun nak ader kaitan dengan kerja :)

ni contoh sijil CIDB

dah siap d edarkan pun kad kawen nih

kad kawen pihak suhaizal

haishhh, makin dekat majlis menjelang, makin berdebar hati nih :) moga segalanyer akan berjalan dengan lancar. aminn

selit gambar ni satu!
birthday anak cousin suhaizal.
kitaorang kasi mendealah chumell nih :)