Showing posts with label zaltie. Show all posts
Showing posts with label zaltie. Show all posts

Wednesday, 2 August 2017

.. photoshoot raya 2017 ..

assalammualaikum

tie nak update gambar gambar photoshoot raya yang lepas sebagai kenangan dimasa hadapan. tie ambil dengan cameraman ayu aishah di studio area jejawi. memang puas hati weh. bergambar sampai nak pengsan dengan harga rm85 sahaja. memang berbaloi!

beratus keping yang dia snap. memang unlimited. tapi dia printkan cuma 4 keping. yang lain dia bagi soft copy. bagi tie memang okeyh sangat. kalau dulu ambil kat kedai gambar, sekeping sahaja tapi bayar dekat seratus. baik ambil kat studio macam nih. jimat dan rileks sangat :)

salah satu gambar yang menjadi pilihan kak ayu untuk print

ni satu lagik

ini pilihan mommy

yang nih memang kelakar. qaleesya tak henti gelak sakan. sebab tu gambar dia jadi cenggitu

nasib baik anak dara mommy nih jenis giler gambar. tak susah lah kerja kami :)

mommy suka gambar ni walaupun kantoi qaleesya lipat kain dipinggang. hahaha

gambar nih pilihan kak ayu

dan dan dan gambar mommy and papa yang menjadi pilihan mommy

kalau puas hati cenggini, tahun depan boleh lah ambil lagi kan :)

Thursday, 13 July 2017

.. syawal 2017 ..

assalammualaikum

hari nih dah masuk syawal ke 19. alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk menyambut aidilfitri dengan meriah sekali.

selamat hari raya tie ucapkan buat semua. tie dan keluarga memohon kemaafan andai ada salah dan silap dari kami. rasanya belom terlambat kan untuk ucapan raya nih sebab kita masih lagi d bulan syawal

entry nih mommy nak tayang gambar gambar d hari raya. tak banyak tapi ada la sebagai kenangan indah untuk d kenang d masa akan datang nanti :)

beg tangan untuk si anak dara qaleesya

accessories raya untuk anak dara mommy

macam biasa, kami memang tido di rumah kangar. bangun pagi tu siapkan diri, kemas rumah apa yang patut buat kali terakhir, dan siapkan hidangan untuk pagi raya. tahun nih kedua dua orang kakak tie balik. memang rumah meriah dengan anak anak saudara jerk lah kan

antara menu wajib setiap tahun d rumah tie adalah nasi tomato, ayam masak merah, gulai daging, daging masak asam, ketupat palas, rendang daging dan serunding. selain tu kuih raya memang kitaorang beli jerk

sebahagian dari keluarga tie

balik dari solat raya, kitaorang bersalam salaman, bagi duit raya dan bergambar.


keluarga kak mala


paksu dan dayah, kak mala dan abg zamiri serta keluarga kecil mommy

sebelum berangkat ke simpang empat

tie dan kakak linda

kebetulan baju anak saudara tie, aishah sama tema dengan tie

then, kitaorang gerak ke simpang empat pergi bersalam salaman dengan family mertua pulak. and acara bergambar memang wajib lah kan

anak dara salam dengan mommy

anak dara salam dengan papa

anak papa nih memang pandai bodek tau

family in law

tahun ketiga raya bertiga. mana tau tahun depan dan depan boleh raya berempat pulak. kalau ada izin Allah,insyaallah :)

salam aidilfitri dari kami bertiga

tie dan acik cda

tie dan acik zira

qaleesya dah penat melayan mommy bergambar masa nih

suami isteri luar biasa. siang bergaduh, malam bercinta. hahhahaha

yang nih bab posing serah kat dia!

tie dan ibu ain

anak anak kami sebaya

kitaorang sempat singgah d rumah brie sekejap

tie dan nomi

mommy gemok d pagi raya

tahun nih kami beraya dengan sederhana. segala persiapan jugak sederhana. baju raya pun sepasang jerk tau. apepun alhamdulillah atas segala permberian dan pinjaman Allah kepada kita

duit raya qaleesya tahun nih. hari raya pertama anak mommy dapat rm700.00 alhamdulillah rezeki anak. terima kasih kepada pemberi

selamat hari raya sekali lagik yer!

Thursday, 6 July 2017

.. shopping raya @ aman centrall mall ..

assalammualaikum

seminggu sebelum aidilfitri, kitaorang ke aman centrall mall alor star. niat nya memang nak mencari baju qaleesya. tie ambil cuti and pergi dalam pukul dua petang cenggitu. sengaja pergi awal sebab tak serabut dengan kereta dan manusia :)

selit dulu gambar anak dara d giant kangar baru baru nih

beberapa hari sebelum raya, papa bawak qaleesya pergi potong rambut depan dan belakang. tapi tak banyak sebab dia memang tak kasi potong

ok nih dah siap potong rambut

semua baju mommy bagi dia try dulu. lepas tu buat syiok kat fitting room tu duk melaram tengok cermin

bagi tau jerk nak ambil gambar, cepat cepat dia posing. bukan main kan anak mommy nih

dalam tujuh helai jugak tshirt yang mommy belikan untuk dia. bukan main suka lagi. mulut tak henti cakap " terima kasih mommy " .. nampak sangat pandai bodek kannnn!

pening nak pilih yang mana - arriana nurqaleesya

qaleesya nak yang nih mommy - arriana nurqaleesya

asalnyer mommy berkenan kurta nih untuk papa. lastly tak beli jugak sebab tak sama warna dengan baju mommy. so terpaksa tukar design yang lain


baju untuk mommy

baju untuk anak dara

settle shopping baju qaleesya and papa. mommy jugak yang tak der :(

kitaorang berbuka puasa kat luar. then baru balik rumah

tunggu entry adilfitri 2017 okeyh :)

Wednesday, 5 July 2017

.. birthday 30 may 2017 ..

assalammualaikum

30 may 2017 yang lepas adalah hari lahir tie yang ke 29 tahun. dan first time hari lahir tie pada bulan ramadhan. dan dan dan ini jugak adalah birthday terakhir sebelum mencecah angka 30 puluh an. alahai tua nya rasa. 

alhamdulillah, tie bersyukur kerana masih di panjangkan umo untuk bernafas d bumi Allah ini, bersyukur masih d kelilingi insan tersayang dan tie sentiasa bersyukur dengan segala pinjaman yang Allah berikan ini.

anak dara yang over lebih

thanks papa sebab bawak jugak mommy pergi celebrate, walaupun simple tapi itu sudah memadai buat istrimu ini :)

awal tu memang ingat tak nak keluar makan atau celebrate. biasalah bila dah berbuka puasa, rasa kenyang and malas tu memang menguasai diri. ikut hati tie dah nak tido malam tu. sebab dalam pukul 10 malam cenggitu baru lah kitaorang keluar

macam biasa, kitaorang just pergi blackwood kangar. kat sini yang mudah dan selesa bagi kami.

ciuman birthday katanya. thanks papa dan qaleesya. siapalah mommy tanpa kamu berdua

papa rajin jerk layankan mommy bergambar malam tu

one slice cake dah cukup untuk kami bertiga. perut masih kekenyangan time berbuka puasa tadi

menu simple dan biasa. chicken grill, cake and chocolate drink

thanks papa.. sedap tau kek nih. teringat pulak tetiba :)

qaleesya siap nyanyikan lagu birthday untuk mommy

keluarga kecil mommy

balik dari makan, singgah kat dataran kechor untuk layankan anak dara nih naik kereta

and nak selit mommy belikan set nih untuk anak dara. bukan main suka lagi dia tau

selit menu berbuka puasa selama dua hari bila kakak tie balik hari tu. meriah sungguh bila dapat berbuka puasa ramai ramai macam nih. mommy buat kan shell out special untuk dorang :)

selit lagi satu gambar kitaorang berbuka puasa dengan nasi kandar. hilang mengidam tekak kami tiga beranak

ini pulak mommy and qaleesya kena paksa ikut papa tengok bola kat stadium kangar

terima kasih pada semua yang memberi ucapan tak kira lah di facebook, instagram atau whatsup. thanks pada papa yang sentiasa di sisi. i love u. semoga Allah makbulkan segala doa tie dan semoga Allah ampunkan segala dosa dosa tie. aminn