Showing posts with label gift. Show all posts
Showing posts with label gift. Show all posts

Tuesday, 11 October 2016

.. elephant plush toys ..

assalammualaikum

entry kali ni nak tayang mommy belikan elephant plush toys nih untuk arriana nurqaleesya. actually umie mala ader sponser separuh dari harga elephant nih. hadiah yang kedua tahun untuk qaleesya katanyer. alhamdulillah. jimat separuh duit mommy. thanks yert umie mala :)


mommy ambil yang ader blanket. so rm65 tambah dengan postage rm 12, total semua rm77. nasib baik umie belanja separuh :)

contoh blanket yang ader kat belakang elephant nih. besar jugak tau. lepas lah mommy and qaleesya nak selimut. hehe

warna pink lembut menjadi pilihan tie. sengaja tak ambil warna kelabu sebab banyak sangat orang order warna tu. nanti sama jerk dengan orang kan. tak best pulak. hahha

dan dan inilah elephant plush toys untuk qaleesya. dorang poskan ke office mommy. geram tau nak peluk. lembut jerk.

siap try baringkan dan selimutkan dalam bilik ketua hasil. hahaha

muka syiok dapat elephant

malam malam berebut dengan mommy nak peluk elephant :)

qaseh pun nak bergambar dengan elephant jugak. cucu saudara yang ketiga

in pulak aishah dan elephant. cucu saudara kedua

hari tu sengaja mommy belikan cadar cotton nih. qaleesya minat sungguh dengan mickey/minnie mouse. bawak jerk balik, terus minta mommy tukar cadar. bukan main excited lagik dia.

sekarang nih memang tengah train dia tido sorang. sebab tak lama lagik bilik baru anak mommy akan siap :)

Thursday, 19 June 2014

.. hadiah ..

assalammualaikum

baru baru nih kan kak mala ader balik kampung pasal majlis pertunangan anak saudara tie. tak sangka die hadiahkan cadar yang cute sangat nih. sajerk teringat nak belikan untuk tie katanyer.

perangai die biasalah, bila dah bagi tu, terus kena guna. time tu jugak tie tukarkan cadar yang die kasi. baru nampak die tersengih. hahaha :)

cute kan? ader cartoon lagik. haha. kau ingat adik kau nih kecik lagik ker? nak jadik mummy dah tau! haha. apepun thanks sayang tambahkan koleksi cadar yang ader! mummy suka!

alang alang dah update pasal hadiah, tie nak selit sekali lah gambar gambar lama yang ader nih. dasar giler kan! nak jugak masuk blog even dah lama :)

yang nih zul, classmate tie time belajar kolej dulu kasi. katanyer hadiah kawen nih tanda maaf die tak dapat datang ke majlis tie. bagus betul buku nih. semua ader. moga tie jugak akan tergolong dalam golongan wanita syurga. aminn


nih hadiah dari officemate HQ Tsssb Kl.
thanks korang poskan hadiah ni. rindu korang laju laju2!!

hadiah dari officemate tmpoint kangar
makaseh yer

 
gambar nih dah basi weh, tapi masuk jugak lah. gambar hadiah untuk majlis perkahwinan bagi pihak tie. alhamdulillah banyak jugak. sampai sekarang tak terguna tau. elok jerk tersimpan kat tepi dinding tu. hahah. tapi sayang gambar hadiah untuk pihak suhaizal tak der. tie terpadam. pihak sana pun boleh tahan banyak jugak hadiah. terima kasih kepada semua yang kasi hadiah kepada kami.

kononnyer special lah ni kan. sampai masuk blog. hadiah dari ahli parlimen kangar. die datang ke majlis perkahwinan pihak tie.

terima kasih kepada semua yer :)

sekarang tengah request kat hubby untuk belikan rak kasut baru sebab dah tak der tempat nak letak kasut. ikutkan hati nak jerk let go semua kasut nih, tapi sayang pulak. simpan pun bukan nak pakai dah lepas nih kasut tinggi tinggi nih. dalam banyak banyak nih cuma ader satu jerk kasut suhaizal. hahah. kesian. agak agak die nak layankan ker request tie tu :)

tie pergi wedding ex schoolmate teknik dulu
dzul and wanie. tahniah beb! aku doakan kau akan kekal bahagia hingga akhir hayat

 
wedding wani and suami. die nih sekampung dengan tie. memang pergi lah kan. kalau tak silap tie suami wani nih orang kelantan kot. apepun, tahniah beb! moga berkekalan hingga ke syurga.

satu lagik gambar nak selit
tie keluar lepaking dengan ibu dylla. time nih perut die tak brapa nampak lagi. tapi sekarang dah nampak dah. beza kandungan kami dalam dua bulan macam tu kot. owh yer, sorang lagik kawan tie farah dah pun pregnant. alhamdulillah. moga anak dalam kandungan kami sentiasa dipelihara Allah.

sekian entry main terjah and selit! hahaha.

Friday, 5 July 2013

.. 30 May 2013 ..

assalammualaikum

30 mei lepas, cukup umur tie 25 tahun. Alhamdulillah tie bersyukur sesangat kerana masih d beri peluang untuk bernafas d bumi Allah ni. 

Terima kasih pada mak dan ayah yang telah bersusah payah untuk besarkan tie. Tanpa dorang, tie tak kan dapat hidup sehingga hari ni. 

Semoa Allah ampunkan segala dosa tie, panjangkan umur tie, d murahkan rezeki dan d permudahkan segalanya. And yang paling penting semoga kebahagiaan itu akan menjadi milik tie

First time birthday tie d kampung. Selalunye tie kat KL. and first time jugak lah tie dapat celebrated dengan suhaizal. Detik tengah malam birthday tie, suhaizal datang rumah. Time tu tie dah tetdo tau. Pastu bila tie kuar kat depan rumah, dia minta tie buka bonet. Dia kata ada barang apa ntah. Time tu tie lansung tak terfikir. And bila buka, ade bunga and cake. Omg. Suprise sgt dear! First time kan dapat rasa mcm ni. Kalo tak, by phone je la die wish birthday. Jauh kan dlu :)

 Tie terus teringat drama noraelena, drama adaptasi novel kasih suci. Macam ni la aaron aziz suprise kan siti saleha. Tapi die letak bnyak bunga dalam bonet. Tie nye 3 kuntum jerk:) 
Thanks hubby. Suka sangat. Thanks being my side, my fren, my love and my everythng. Thanks untuk susah senang selama ni. May Allah bless our relationship.

thanks darling! thanks 4 everything!

Tie tetap pergi kerja even birthday tie. Petang tu tie dapat dua bungkusan. And tak sangka officemate tie kat kl poskan hadiah.

Dapat purse charles n keith. Cantek sgt. Warna tema nikah tie. Thanks sangat tau.


Pastu dapat novel suami aku ustaz. Kebetulan tie memang tedetik nak beli novel nih. Thanks kak deela syg! Miss u a lots! Siap ada surat cinta yang sangat cute tau. And my answer is, my future husband pun ustaz jugak. Hahha



then, suprise from family tie. even sangat simple but sangat menyentuh perasaan okeyh. hingga menyusuk kalbu. haha.


malam tu, dorang ader buat makan makan sempena birthday tie. just panggil jiran jiran terdekat jerk la. alhamdulillah. thanks korang. sayang korang sampai bila2.

even dah sebulan lebih berlalu, tie tetap nak update. masa n keadaan memang tak mengizinkan tie nak update blog. tu yang tak sempat tu :) apepun, thank u each and everyone of u for all beautiful wishes and doas. you all made my day a blast.

Tuesday, 28 May 2013

.. hadiah perpisahan ..

assalammualaikum

entry masih dalam mood KL. padahal dah tiga minggu balik Perlis, tapi entry pasal KL tak habes habes. erm! ni pun bukan entry terakhir, ader lagik yang tak update. tak tahu la bile nak habes :)

entry nih tie nak tayang hadiah hadiah yang tie dapat dari kengkawan HQ KL sebelom tie balik Perlis.

sebelom tu nak selit gambar menu fish manhattan yang tie makan dengan officemate sebelom berangkat pulang ke kampung. rindu nak makan nih, kat Perlis tak der :(

and yang ni pulak gulai ketam terbaik dari kak na! memang sedappp! teringat pulak kat masakkan abg aziz and kak na :(

sehari sebelom balik, AGM tie, Cik Intan belanja tie lunch kat SR. tie ajak pieka untuk temankan tie :)

time makan tu, die banyak bagi semangat kat tie tentang tempat kerja baru. apepun, thanks Cik Intan, thanks untuk apa saja ilmu yang pernah Cik Intan bagi pada tie.

apa ntah nama menu tie makan hari tu, tie tak ingat :)

thanks kat kak dira sebab kasi chocolate kat tie. tie sempat pergi jumpa die sebelom tie balik kampung. rindu akak sangat!!! then kak jijah bagi baju kurung vietnam. warna biru ada bling bling lagik. tie dah try, memang ngam ngam dengan badan tie. thanks kak jijah. love u!!

thanks pada kak liza sebab kasi telekung vietnam. alhamdulillah tie pakai telekung nih kat TMpoint. and thanks pada kak nita sebab kasi kain lace dari Bandung nih. warna pink weh! memang santek. thanks korang (*_*)

dan ini pulak gift dari FCD team. sangat sangat touching lorh. tie memang suka sangat dengan purse merah dari Mango nih. thanks kat kak deela yang pandai pilih, memang kena dengan citarasa lah. tie jugak dapat kad perpisahan dari dorang. penuh dengan ucapan dan tandatangan kat kad nih. pasti menitik air mata setiap kali tie buka kad ni. time tu, rasa teringat sangat kat semua. harap korang tak lupakan tie :(

yang nih gift dari kak deela. katanyer gift sementara. ader gift lain dari vietnam kot?! haha. nanti tie nak tuntut yer kak deela! haha. die kasi tie casing iphone and si chumell kat atas ni. tie dah pakaikan kat iphone. thanks darling. thanks untuk kad perpisahan yang kamu buat sendri tu. kuning diraja sangat. tema babyboo:)

kak deela last kat office hari Khamis. sebab esoknyer die cuti. so hari tu lah last tie jumpa die. memang menangis lah jawabnyer. kak ros sempat pulak ambil gambar nih. muka tie buruk! haha. yg sebelah tu sengih jerk kan. apepun., thanks 4 everything dear! miss u! rindu nak begambar sesama :(

and music box yang sangat romantik nih d hadiahkan oleh kak ros. yang tak sangka nyer tie ader time kak ros beli hadiah nih. time tu kitaorang keluar pergi Mid Valley. tie lansung tak tahu yang die belikan untuk tie. siap ader music and si patung seksi tu akan menari nari bila buka kotak tu. sweet kan? haha. thanks kak ros. love u laju laju!

ini pulak hadiah dari azeera and zihah.
dorang kasi teddy bear and ferrarorocher. thanks korang.
tambah lagik koleksi Cik Tedd tie :)

zaza pun ader kasi hadiah. dia belanja tie makan kat burger king KL Sentral sehari sebelom tie balik kampung. time tu memang rushing sangat. sempat borak sekejap jerk. apepun, syukur alhamdulillah Allah masih selamatkan hubungan persahabatan nih. thanks zaza bagi bantal chumell and toys colourful. appreciate sangat. takecare okeyh, jaga baby dalam perut tu bebaik (*_*)

ni gambar tie dengan bff, pieka. die kasi buku Tentang Cinta pada tie. kamu tak bagi apa2 pun tak per dear. kamu kan dah belanja makan kat Restoran Cerana hari tu. apepun, thanks dear! keep in touch. miss u, miss everything :(

3 May lepas last day tie kat HQ KL. sebelom balik tie salam dengan kengkawan. memang berat betul rasa hati nak menanggung perpisahan nih. thanks kat korang yang banyak bantu tie, ajar tie and thanks 4 everything. tie sayang korang sampai bila bila.

owh yer, kak hajar ader bagi kain telekung dari bandung. tapi tie tak ambil gambar. telekung warna pink. cantek. thanks yer kak hajar :)

last day d HQ :(

sebelom balik, tie kemas meja and barang barang tie. bila bawak balik semua barang, cenggini lah rupa meja tie. kosong :) ntah ntah sekarang nih dah jadi tempat letak barang kak Ros kot?haha!

thanks kat korang semua. love u all! haisshhh macam tak percaya jerk tie kerja d TMpoint sekarang. rasa masih lagikk staff HQ TSSSB :)

Thursday, 27 December 2012

.. glasses @ Nose, Mid Valley ..

assalamualaikum

jumaat lepas, tie and office mate ke Mid Valley.
sajerk pergi cuci mata and berjumba jumbi

tengok gambar tie and pieka pakai peplum dress besama :)

and kasi thanks sesangat kat kak ros sebab kasi belikan glasses untuk tie. ini adalah janji kak ros. akhirnya janji kamu d tepati darling. berbaloi baloi tunggu birthday gift nih :)

glasses from nose
very appreciate it! i like :)

try dulu sebelom beli


dan untuk kak ros, thanks, thanks and thanks (*_*)

Tuesday, 4 December 2012

.. birthday gift from girl friend ..

assalammualaikum

birthday tie bukan hari ni yer! dah lepas dah. 30 May yang lepas. tapi si cantek manis pieka ni baru kasi hadiah tau! ish ish. tapi tak marah pun. syiokk lagik ader lah :)

thanks sesangat darling.
nice sangat peplum dress yang kamu kasi nih tau.
bagi pulak warna purple. memang tie kata sangat santek lahhh. my favourite colour kan.


thanks pieka
very appreciate it!! love u darling :) 

Friday, 30 November 2012

.. hadiah pertunangan ..

assalammualaikum

nak say thanks kat orang orang ni sebab kasi tie hadiah. yeay!!! saper tak syiok weh dapat hadiah.

jam nih cousin tie yang kasi.
mulanyer die salah tulis date, die buat 11/11/12. then tie dah pergi kedai untuk betolkan date nyer. thanks kak cik!!! kiss hugs. tie dah guna pun. gantung kat dalam bilik. macam tau tau jerk dalam bilik tie belom ader jam:)

ni pulak dari kawan tie. 
rantai putih yang berbuahkan bintang. santek sangat. thanks beb!!!

dan gambar kat bawah ni pulak, kasut hitam ala ala boot. jugak hadiah pertunangan dari kawan tie. syiokk weh dapat kasut nih. sebab tie memang tak der lagi kasut pattern cenggini. boleh pakai dalam dua keadaan tau.

keadaan pertama

keadaan kedua

thanks tau kawan (*_*)

dan hadiah pertunangan yang paling bermakna adalah dari encik tunang sendiri. suhaizal kasi tie sebentuk cincin!!! arghh. happy sungguh rasa. teruja la konon nyer ni. bukan cincin tunang tau. cincin ni die kasi sehari selepas tunang. time nak pergi majlis pertunangan fara, sebelom turun dari kereta, die kuarkan cincin nih and sarung kan kat jari tie. omg! sweet kan?! haha.

romantik macam nih la yang tie nak. hahaha.
thanks hubby! nanti bagi lagik yer :)

ni lah cincin nyer

dah pakai kat jari manis tangan kiri

alhamdulillah. thanks korang. sayang korang laju laju (*_^)

Monday, 11 June 2012

.. thanks kamu ..


kasi thanks sesangat kat orang tu sebab kasi teddy bear wif earring. omg! sangat sangat tekejut n tersenyum sampai telinga! haha. thanks kamu

ini pulak dari bonda. beg merah dari avon. bedak n perfume jugak dari avon. thanks :)

sangat sangat appreciate tau! thanks darling!