Wednesday, 12 December 2012

.. bff - zaza ..

assalammualaikum

entry ni khas untuk kau zaza. ( dasyat ko dear, ader entry khas dari tie gadies )

semalam zaza gerak dari kampung baru untuk pulang ke Perlis. bermakna semalam jugak lah malam terakhir die dengan tie. awal tu, bukan main lagik siap gelak gelak kan. kitaorang siap begambar lagik. even tie pakai seluar tido jerk time tu, zaza nak jugak ajak tie begambar.

lepas die dah kemas barang semua, tetiber die kuar kan satu kotak cake secret recipe dan kasi pada tie. awal tu tie dah nampak kotak cake tu. tapi tie ingat die nak makan atas bas. tapi tak sangka die beli untuk tie. dan bila buka jerk, ader tulis BFF kat cake tu. time tu tie dah mula rasa sebak, sedih, terharu dan pelbagai. tapi tie still boleh cover dan zaza tak perasan semua tu.


then bila sampai masa untuk die gerak. nik pun dah datang time tu. barang pun semua dah angkat masuk kereta. dan saat yang paling menyedihkan, bila tie bersalaman dan berpelukan dengan zaza. Ya Allah, tie tak pernah rasa macam ni. sangat touching. dua dua orang menangis teresak esak. tetibe tie rasa macam zaza akan jauh sangat dengan tie. tie rasa macam kitaorang dah nak berpisah. time tu rasa sangat kasih sayang kami sebagai sahabat.

dear zaza,
dua tahun kita tinggal serumah. tido pun sebilik. banyak susah senang kita bersama. kiter pernah gadoh, pernah bergurau senda, kongsi masalah dan macam macam lagik yang kita lalui selama dua tahun nih. dan semalam aku rasa berat sangat nak berpisah dengan kau. sumpah aku sedih dear. memang lepas nih, kita boleh jumpa lagik d office, tapi status kau dah bertukar. dah tak boleh macam dulu. tempat kau dah d sisi suami.


aku mintak maaf andai ada salah silap aku selama ni zaza. kita gadoh macam mana pun, marah macam mana pun, terasa hati ke, merajok ke, aku tetap sayang kau dan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau zaza. terima kasih d atas segala segalanya. halalkan makan minum aku.

lepas nih, saper nak teman aku makan kat kedai tepi rumah, saper nak teman aku pergi klcc bila weekend, sapa nak ajar aku pakai shawl, saper nak pakaikan aku foundation...waa sedihhh. semua tuh dah tak der lepas nih. aku kena buat sendiri.

sedih tetap sedih. tapi aku sentiasa doakan yang terbaik buat kau zaza. kau kawan yang baik. aku tahu kau sayang aku even kau tak pernah tunjuk. aku harap kau tak kan lupakan aku, tak kan lupakan segala kenangan kita. will miss u dear.

dan kat bawah ni, msg yang tie hantar kat zaza semalam. dan msg dari zaza :(

 

dan kat bawah ni pulak, tie upload gambar kitaorang d facebook. sebak dan sedih.

 
 
 
 
 

malam esok tie balik kampung. sebab lusanya majlis pernikahan dan persandingan zaza. semoga segalanyer bejalan dengan lancar.

aku tak tahu lah kau baca tak entry aku yang nih. sebab kau dah kat kampung. aku harap kau baca sebelom kau kawin zaza. takecare dear, love u. miss,kiss and hugs.

No comments: