assalammualaikum
saper yang tak tahu movie lagenda budak setan?! tie memang fanatik habes. super duper giler kan cerita nih. salah satu sebab nyer of course la sebab farid kamil yang belakon kan! tie memang minat die okeyh!
lagenda budak setan yang kedua
movie lagenda budak setan yang kedua ni tengah hangat d mana mana pawagam sekarang. dan tie, adalah salah sorang rakyat malaysia yang wajib menonton movie nih :)
lagenda budak setan yang pertama
weekend lepas, tie dan zaza ke klcc. memang niat nak tengok movie ini sahaja! tanpa fikir panjang, after solat zohor kitaorang gerak.
sampai jerk, beli ticket, begambar dan layannnn movie kesukaan ini.
time ni buat muka tebal sesangat mintak orang ambilkan gambar kitaorang. hahaha. ader aku kesah?!
omg. memang best korang. menitik nitik air mata tie dan zaza tau! haha. memang feeling habes. dan dan dan ader kisah terbaik bila tengok movie kali nih. first time okeyh. meh nak habaq kat hampa semua na.
selalunye lepas abes jerk tengok cerita, cepat cepat nak bangun kuar dari pawagam tu kann. tapi tidak untuk hari tu. lepas habes movie, tetiber datang seorang lelaki dan perempuan, seolah olah macam mc la beb. die tanya best tak movie tu, then semua jerit besttt. kami tak ketinggalan la kann. dasar gediks memang cenggini. haha. after that, die cakap lagi best kann kalo pelakon die ader kat sini. then tetiba jerk farid kamil dan maya karin turun dari tangga atas. omg! tie terus jerit, farid kamil, i love u! yang ni sumpah tie tipu :)
saper tak syiok weh! betambah la gediks kami dua orang ni kann. tersengih sengih tengok farid kamil. padahal farid kamil tak pandang kau pun tie. haha!! siap ader sesi soal jawab. dan saper yang dapat jawab soalan yang tersangat simple tu, akan d berikan sehelai baju dan beg lagenda budak setan. selain tu dapat begambar dengan dorang:)
tie gadies dan zaza confirm tak lepaskan peluang ni korang!! sapa tak nak weh ambil gambar dengan pelakon handsome ni. senyum sampai malam la jawabnyer
jangan ader yang jeles okeyh :p
tie dan farid kamil jerk :)
lepas tengok movie, kitaorang pergi makan dan balik rumah. memang sepanjang perjalanan balik asyik sebut farid kamil jerk! terus angau wehh. apepun, memang ini kenangan terbaik lah tengok movie kat klcc.
inilah beg dan tshirt yang kitaorang dapat
zaza terus pakai malam tu jugak. haha. rindu farid kamil katanyer. hahaha.
ini idea zaza!
nak jugak begambar biler pakai tshirt nih
dan zaza, mungkin ini adalah kali terakhir aku tengok wayang dengan kau. maybe lepas nih bila kau dah kawin, kita dah susah nak macam ni, sebab tempat isteri kan d sisi suami. sangat sedih dear. rasa macam tak percaya yang kau akan kahwin dalam masa terdekat ni. tinggal lagik beberapa hari jerk lagi kau akan bertukar status. dan semalam adalah malam terakhir kan kita tido sebilik. dan malam ni jugak kau akan balik kampung seterusnya hari jumaat nih adalah hari bahagia yang kau nanti nanti kan.
apepun, aku sentiasa doakan yang terbaik buat kau zaza. semoga kau akan d limpahi dengan kebahagiaan yang berganda. dan pls, jangan lupa aku tau. for sure aku akan rindukan kau, rindukan segala segalanya tentang kita. wahhh serius aku tengah sedih weh:(
aku minta maaf andai ada salah silap aku selama kau kenal aku. halalkan makan minum aku. and thanks for everything dear. kiter pernah susah, pernah senang dan pernah gadoh :) moga semua itu akan menjadikan kita manusia yang bermotivasi untuk meneruskan hidup yang sementara ini.
pening sekejap, ni entry tengok movie lagenda budak setan atau entry perpisahan zaza?:)
No comments:
Post a Comment