Friday 26 December 2014

.. weekend bersama family ..

assalammualaikum

sajer nak update aktiviti tie time weekend baru baru nih. hari jumaat yang lepas, 19/12/2014 tie ambil cuti tahunan. sengaja tie pilih jumaat sebab hubby cuti. nasiblahh. laki cuti hari jumaat jerk, hari lain kerja!

puas hati dapat lunch ikan keli bakar dengan hubby! our favourite! yummy!

dulu dulu kann, tie lansung tak makan ikan keli. tapi sejak tie duduk sebumbung dengan zaza d KL, die yang ajar tie makan ikan keli. dan sejak dari tu, tie suka benorr makan ikan keli bakar. then lepas kawen, suhaizal pulak belajar makan dari tie. sedangkan dulu tie lansung tak pernah makan ikan keli. haahaha! sekarang nih, pantang ader ikan keli, mesti itu akan jadik pilihan kami.

seharian dapat bersama anak dan suami. bahagianyer rasa bila tak pergi kerja. hahahaha. kannn best kalau boleh goyang kaki tapi duit masyuk tiap tiap bulan. memang mustahil lah kann! tie berangan!

acu fieza hadiahkan baju nih. makasehhh yer acu!

petangnyer kitaorang balik simpang empat. lepas hantar Leesya kat rumah mak tok, kitaorang keluar untuk service kereta. cengginilah bila dah ader kereta, kena bayar roadtax lah, service lah, macam macam lah. duit keluar macam air wehhh

putri kesayangan mummy and papa
pakai baju yang autie yus kasi. thanks yer auntie yus

malam tu sebelom tengok maharajalawakmega 2014, kitaorang keluar makan kat area Sanglang. siap makan, balik layan MLM 2014. kitaorang memang tak pernak skip. setiap minggu kitaorang layann.

menu kami malam tu. ikan siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin dan sayur campur. Leesya tinggal dengan mak tok kejap ;)

kitaorang balik rumah kangar lepas habis MLM 2014. bukan sengaja tak nak tido simpang empat, tapi dsebabkan kakak tie dari Perak balik, sebab tu kitaorang balik tido kangar. nak jumpa dorang.

pagi sabtu, homemade nasi lemak.

tengah hari nyer tie pergi majlis pertunangan Ilah. Leesya stay dengan mak tie. lagipun banyak betul pengasuh yang ader kat rumah tie. hehehe. malamnyer, kitaorang buat makan makan sikit. kitaorang bakar ayam, udang, sosej and mentarang. katanyer sempena celebrated anniversary kakak and abang ipar yang ke dua tahun. tapi cake tak der sebab tie tak beli :)

kakak yang banyak keluarkan modal. i luv u lahh sis! sporting habis :)

one more pic

kitaorang makan, sembang sembang sampai pukul dua pagi. memang terbaik. walaupun frust malam tu Malaysia kalah dengan Thailand, tapi selera untuk makan lansung tak berkurang weh! hahhahaa. apepun, Malaysia dah buat yang terbaik kann! tahniah untuk pasukan Harimau Malaya walaupun dapat tempat kedua.

hari ahad pulak kitaorang pergi kenduri kawan hubby kat simpang empat. tapi macam biasa, ambil gambar dulu sebelom gerak. gambar depan sawah memang terbaikk weh!

Leesya pakai baju yang zaza hadiahkan. makaseh yer umie zaza! Leesya suka baju nih. kembang bukan mainn lagikkk. hehehehe

bergambar bersama pasangan pengantin yang diraikan. semoga kalian berbahagia hingga ke hujung nyawa

petang ahad, hubby ader training bola. tie dan leesya ikut abah and mak pergi jejalan. tok wan nak bawak jalan jalan, memang tak tolak lah kann

baju nih tie baru jerk beli. ingat kan besar, tapi rupanya Leesya dah boleh pakai :)

cucu kesayangan tok wan!

bukan main seronok kalau dapat duduk dengan abah

 
mak tok Leesya

malam ahad, kitaorang balik rumah kangar balik. kakak tie pun akan gerak ke Perak malam tu. esok nyer, hari isnin, tie tak pergi kerja. tetiba jerk kepala tie rasa pening memusing. so tie ambil mc. seharian duduk jerk kat rumah hari tu. hubby pergi kerja.

malam nyer, hubby bawak tie pergi klinik. ambil ubat and mc. Leesya pun ikut tau. die baik jerk kalau bawak pergi memana, tak banyak ragam pun. good gurl anak mummy.

kami bertiga :)

lepas pergi klinik, kitaorang terus balik rumah simpang empat. kitaorang tido sana. tok wan dan mak tok dah kerinduan sama Leesya. lagipun tie dah lama tak tido sana.

 
selit gambo acu Fieza and Leesya
samakan muka dorang? Leesya ikut muka acu nih!

No comments: