Tuesday 16 December 2014

.. akaun simpanan tabung haji untuk Leesya ..

assalammualaikum

jumaat minggu lepas, tie dan suhaizal ke tabung haji untuk buka akaun simpanan. asalnyer nak buka akaun untuk leesya sahaja tapi alang alang kami dah pergi bertiga, tie buka untuk tie dan suhaizal sekali. buat malu jerk kan, umur dah tua tapi still tak der akaun tabung haji :)

so sekarang kitaorang bertiga dah ader akaun simpanan tabung haji

hari tu kitaorang ke rumah simpang empat. then sempat lagik ambil gambar depan laman rumah

tie dah start keja minggu lepas. balik jerk kerja, tie terus pegang anak. alahai ini rupanya perasaan bila seorang ibu berjauhan dengan anak. mak tok simpang empat and mak tok kangar gilir gilir jagakan leesya time tie kerja. isnin dan rabu di rumah mak tok simpang, selasa and khamis di rumah mak tok kangar. hari jumaat pulak hubby yang jaga sebab die cuti. then untuk sabtu ahad, leesya stay dengan mummy

leesya follow mummy pergi kenduri dengan mak tok kangar

hari tu tie belikan leesya singlet biru nih. then boleh lah padankan dengan seluar jeans pendek nih

ramai yang tegur kata leesya macam baby boy. maybe sebab rambut die kot. tak per, lepas nih, mummy pakaikan subang kat leesya, orang dah tak kata baby boy lah kannn :)

leesya nih pantang sungguh kalau nampak tie bersiap depan mata die. punya lah menggedik kaki tangan die. pastu mulut bising jerk sembang apa pun mummy tak paham. kononnyer suka sangat lah ingat nak bawak die keluar. lastly die kena tinggal dengan mak tok :)

baju nih auntie yus kasi.
nih lepas dah siap pakai lawa lawa, kena la angkat dukung leesya, kalo tak mesti menangis. hahahaha

boolaaatttt nye anak mummy sekarang bila dah masuk tiga bulan

selit gambo mummy and ibu dilla keluar dating hari tu.
kitaorang pergi mcd. then pergi Cmart and TheStore

hubby cakap, pantang kalau nak keluar jenjalan, mesti nak kena ambil gambar dulu. apeppun, makaseh la hubby sebab selalu layankann mummy bergambar. love u lahhh!


No comments: