Thursday 17 July 2014

.. drama Kerana Terpaksa Aku Relakan ..

assalammualaikum


Novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan telah diadaptasikan ke drama. Drama ini diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof dan ditayangkan di slot Akasia di saluran TV3. Pelakon utama drama ini akan diterajui oleh Amar baharin dan Izreen Azminda. Drama ini mula ditayangkan pada 21 Mei 2014 selepas berakhirnya drama Aku Isterinya di slot Akasia. Drama bersiri #KTAR ini mendapat sambutan hangat oleh penonton. cuma bagi tie, ending die tak berapa best. nak tak nak saper yang nak tahu ending sebenar, memang kena baca novel.

JUDUL : Kerana Terpaksa Aku Relakan
TARIKH : Mulai 21 Mei 2014 (Setiap Isnin hingga Khamis - 7 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Amar Baharin, Izreen Azminda, Syafiq Kyle, Aleza Shadan, Iqram Dinzly, Ika Nabella, Nadia Aqilah Bajuri

OST / Lagu Tema #KTAR 
Judul : Patah
Artis : Pompa Bensin



PELAKON & NAMA WATAK
Amar Baharin - Tajul Razin
Syafiq Kyle - Tajul Fahin
Izreen Azminda -  Indah Halina
Iqram Dinzly - Inspector Aryan
Ika Nabella - Hasma

 pelakon utama drama kerana terpaksa aku relakan

 SINOPSIS DRAMA KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya. 

Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. 

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

 p/s : drama nih dah habis hari isnin yang lepas. tapi tie yang tak berkesempatan nak update. apepun thanks to kak deela HQ TSSSB KL sebab tolong beli and poskan novel nih pada tie. love u lah!!

No comments: