Tuesday 22 July 2014

.. iftar @ Linda Ikan Bakar, Kuala Perlis ..

 assalammualaikum

entry semalam. kitaorang reramai staff tmpoint kangar pergi berbuka di kedai Linda Ikan Bakar yang terletak di Kuala Perlis. boss lah yang beria ria nak jalankan misi nih. katanyer dah nak habis puasa dah, tapi sekali pun tak der pergi berbuka sesama. kitaorang plan, order and alhamdulillah segalanyer bejalan lancar.

time sebelum makan, memasing tak ingat nak bergambar. time tu ingat nak makan jerk. haha. lepas semua dah kenyang baru ingat nak bergambar. lastly ambil jugak gambar lepas makan :)

satu lagik gambar yang ader

lepas makan, bergambar, then memasing bersurai. tie dan suhaizal balik ke rumah simpang empat untuk singgah solat magrib. then kitaorang pergi rumah kawan suhaizal kejap. lewat malam jugak la baru sampai rumah.

best jugak sekali sekala keluar dengan officemate tmpoint. lepas nih boleh lah buat makan makan lagik. teringat time stay kat KL, ader jerk aktiviti kami. rindunyer kenangan di sana :(

sajerk nak kongsi gambar makanan berbuka. ayam percik nih tie beli kat pasar ramadhan taman kemajuan. boleh tahan sedapnyer.

ni pulak passembor yang tie beli kat depan lorong rumah. ayah lah yang teringin nak makan sangat. sedap jugak rasanyer! tapi tak boleh lawan passembor peneng lah kan!

cucur udang pasar ramadhan taman kemajuan
mak buat lagik sedap tau tapi dah teringin punya pasal, tak dan nak tunggu mak buat. kena beli dulu nak makan!

nih pulak ikan bawal masak sos. sorry lah tengok mulut ikan ternganga cenggitu tapi rasa nyer sampai menjilat jari tau! yang nih masak yer, bukan beli :)

hari nih dah masuk hari ke 24 kita berpuasa. alhamdulillah tie tak tinggal puasa lagik. syukur sangat kerana di beri kekuatan walaupun tengah memboyot cenggini. moga tie berjaya puasa penuh tahun ini.

No comments: