Friday 18 July 2014

.. duit raya 2014 + pc baru @ tmpoint kangar ..

assalammualaikum

alhamdulillah, hari nih dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. sekejap jerk kan masa berlalu. dan dalam masa yang pantas nih, tie telah kehilangan seorang lagik kakak ipar. die telah pergi meninggalkan tie dan keluarga pada ramadhan yang ke 11, iaitu pada 9 july 2014. kehilangan arwah sangat memberi kesan pada tie dan family. sebab kami sangat rapat dan die sangat baik orangnyer. tak per, nanti tie update lain entry pasal nih. rasa tak kuat lah nak cerita untuk entry kali nih. sebab sehingga hari nih tie masih terbayang bayang wajah arwah. apepun semoga arwah ditempatkan d kalangan orang yang beriman. aminn

macam biasa, setiap kali hari raya menjelang, kiter sibuk menukar duit raya. dah menjadi perkara wajib kan. sediakan duit raya untuk saudara. bebaru nih tie collect duit staff tmpoint kangar bagi sesaper yang nak tukar duit raya. masuk tahun kedua tie uruskan bab duit nih.

ceria tak muka mummy buyung dengan duit duit raya nih!

dan baru baru nih jugak tie dapat pc baru. setelah sekian lama tie menunggu. hahaha. biasalakan, tmpoint kangar nih kan penghujung dunia. so nak dapat apa pun, hujung hujung lah jugak jawabnyer. contoh terdekat, tie apply uniform pregnant dari kandungan dua bulan lagik. tapi kandungan tie dah nak masuk lapan bulan, jangan kata uniform, benang pun tak nampak lagik. haha. nasib lah staff tmpoint kangar!

boss cakap, kalau tak buat kerja bagus lagik tak tahu lah. pc sampai dua, laptop satu. apepun, rasa bersemangatlah sikit nak buat kerja dengan pc baru ni. dan dan dan sambil menyelam kiter kena minum air kan. tie dengan selesa nya menggunakan pc nih untuk update blog. haha. tapi time rehat and balik jerk la. time kerja jangan harap sebab kerja memang padat.

 
owh yer, sekarang tie dah pakai tudung bawal pergi kerja. tie yang request pada boss sebab tudung kerja tie singkat, lepas tu tie bukan boleh pakai uniform biasa lagik. tie pakai baju pregnant. so nampak tak sesuai and agak seksi sebab tudung tu singkat. dan sekarang rasa lebih selesa bila boss izinkan tie pakai tudung bawal nih. boleh tutup apa yang patut :)

No comments: