Thursday, 17 January 2013

.. setia hujung nyawa ..

assalammualaikum

sekarang ni sana sini orang cakap pasal slot akasia TV3 nih, drama setia hujung nyawa memang menjadi tarikan ramai orang. drama yang penuh dengan adegan romantik ni merupaka drama yang telah di adaptasikan oleh novel Setia Hujung Nyawa keluaran Alaf21


Drama bersiri 24 episod yang d terbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini d lakonkan oleh pelakon pelakon popular seperti Amar Ashraf ( Zain Hakimi ), Nelydia Senrose ( Ersalina ), Zila Bakarin ( Datin Adibah ), Raja Ema ( Puan Haliza ), Talha Harith ( Hadi ) dan Hairul Azreen ( Iqram ).


watak utama drama Setia Hujung Nyawa
Amar Ashraf and Nelydia Senrose

novel karya Fatin Nabila, Setia Hujung Nyawa

dulu gilakan Adam Hawa, sekarang Setia Hujung Nyawa (*_*)

sinopsis Setia Hujung Nyawa
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

jangan lupa layannn drama ni okeyh
isnin hingga khamis, jam 7 malam dTV3