Monday, 7 January 2013

.. minyak dagu @ tgv KLCC ..

assalammualaikum

weekend baru baru ni, tie pergi tengok movie Minyak Dagu. Filem keluaran Metrowealth Movie Production Sdn Bhd nih baru jerk berada d pawagam bermula 3 January 2013 lepas. movie arahan Azhari Zain ni menjadi movie pembuka tirai 2013.

filem lakonan hebat dari Yana Samsudin, Fezrul Khan dan Fizo Omar ni memang memberi impak pada tie. hahaha. tahu tak kenapa, malam balik tengok movie nih, tie pasang lampu satu rumah tau!! takotttt!! duk terbayang bayang hantu dalam cerita nih. ini lah padahnyer, dah tahu diri tu penakot, tapi gediks nak tengok cerita seram. tambah pulak tie memang stay sorang jerk sekarang. padan lah kann.


awal cerita memang agak seram. banyak la adegan yang buat kiter tekejut. nama pun cerita seram kan. sesuai sangat lah. biler dah hujung hujung cerita, dah tak der seram nyer. kitaorang siap gelak gelak lagik. seram bertukar komedi kejap. haha.

so kalo ader yang nak tahu, cepat cepat lah terjah pawagam terdekat sekarang. tak salah kan kiter sebagai rakyat Malaysia bantu Filem Filem Malaysia nih. saper lagik, kalo bukan kiter:)

tie dan pieka
memang betol betol blocking colour! tie pakai merah, biru dan hijau :)

sinopsis filem minyak dagu

Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya, Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. emelda memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua dua orang tuanya bahawa Johan adalah calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. setelah bertemu Wak Minarjo, Azman betul betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah mengikut pantang larang yang diberitahu Wak Minarjo. Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang.

Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan, Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johan lah menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala galanya berubah..

No comments: