Thursday, 10 January 2013

..Bosan vs Malas ..

assalammualaikum

sajerk nak tayang gambar dan aktiviti weekend tie gadies. ini memang dah tahap ketandusan idea la kan. haha.

hari ahad dua minggu lepas, tie lepaking dengan pieka. pergi makan laksa utara terbaik kat area danau kota. pastu sempat lepak kat rumah pieka jap.

blue and pink
saya dah makin gemok. sekian!

then, hari ahad tie follow kak na and abg aziz pergi jogging. dah sebulan tie tak jogging tau! memang penuh la lemak lemak yang ada ni.

tie ader beli lotion felinna inchloss. rm65. katanyer boleh kurang kan lemak. tapi dah dua minggu pakai macam tu jugak. hahha. cuma best lah bila pakai lotion nih. rasa panas and bau nyer wangi sangat. lotion nih kena pakai dua kali sehari selepas mandi. kena pakai pagi and malam. tak per kiter tengok lagik sebulan, ader tak hasil nya. huhu

ini lah lotion nyer
pagi tu tie pakai lotion ni dulu sebelom pergi jogging. pergh. memang terbaik lah jogging kali ni. panas kauwww kauuww perut tie. berpeluh peluh ha! agak nya banyak kot lemak yang kurang. hahaha

candid
kak na and abg aziz

tie dan kak na
muka penat lepas jogging

macam biasa, lepas jogging for sure lah breakfast kan
tie makan roti telur and teh o suam

balik dari jogging, bagi anak anak kat bawah ni makan dulu.
dah meraung raung dah bila nampak tie sampai rumah


dan ahad lepas adalah ahad paling bosan d abad ini. balik dari jogging, tie memang tak der kuar rumah lansung. pastu sengsorang kat rumah. waaaa bosannnn.

malam nyer, tie kuar beli burger.
kedai ni depan rumah jerkk. jalan kaki jerk kesana.

dan inilah milo panas dan burger ayam special
inilah lunch dan inilah dinner and inilah jugak orang pemalas. haha

No comments: