Wednesday 27 February 2013

.. Hantu Kak Limah 2 @ Jitra Mall ..

assalammualaikum

hari Isnin, hari ketiga d kampung. tie dan Suhaizal ke Jitra Mall. memang niat nak tengok wayang. kitaorang gerak kesana lepas magrib. tapi memang nasib, hanya cerita Hantu Kak Limah 2 sahaja yang ader. yang paling awal lah. yang lain semua pukul 12 tengah malam. so memang tengok yang tu jerk la :)


kami tak pergi berdua. tapi pergi dengan Brie and isteri. tapi gambar tak ambil pun. susah kan keluar dengan orang yang tak suka begambar.

filem arahan Mamat Khalid nih dah mula ditayangkan di pawagam bermula 7 February yang lepas. Filem komedi keluaran Tayangan Unggul Sdn Bhd nih berjaya mengutip RM3 juta selama tiga hari tayangan. erm. banyak kan.

pada tie, cerita nih biasa biasa jerk. cerita komedi melayu. tapi banyak yang tak logik la. kalau sekadar nak release tensyen atau nak bawak anak anak tengok wayang, memang sesuai lah tengok movie nih.


saya dan Encik Tunang
dua dua pakai baju baru, from ROMP :)

nih Brie dan isteri
dorang nih memang tak suka begambar, memang susah nak ader gambar kalau keluar dengan dorang.

balik dari tengok movie, kitaorang singgah makan kat Kuala Perlis. then baru balik rumah

Sinopsis Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura..

Di dalam kekecohan itu Dr.Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku ? Siapakah yang menculik Husin? Saksikan Hantu Kak Limah 2 di pawagam berhampiran anda.

No comments: