Friday 19 May 2017

.. Zoo Taiping & Night Safari ..

assalammualaikum

awal bulan april 2017 yang lepas, tie dan hubby bawak arriana nurqaleesya ke zoo taiping yang terletak d taiping perak, tapi kali nih kami tak pergi bertiga, tie bawak jugak dua orang adik ipar tie sebagai peneman qaleesya nanti. kalau ramai2 baru lah seronok kan :)

hujung bulan 12 tahun lepas, tie ader join trip to krabi. kat sana, kitaorang ader pergi tengok elephant. tie ada bergambar dan rakamkan video d sana. balik jerk ke perlis and tunjuk gambar2 tu, qaleesya menangis2 nak tengok elephant. dia marah2 sebab tak bawak dia. dan bermula dari masa tu lah, setiap hari dia akan tanya bila nak bawak dia tengok elephant?

kami berhenti makan d rnr gurun

alhamdulillah, ada jugak kesempatan nak tunaikan impian qaleesya tengok elephant awal april yang lepas. bukan senang nak ajak si pemain bola tu keluar. ader jerk game bola dia. budget2 hebat jerk kan! hahaha. jgn marah yer papa!

kitaorang gerak dalam pukul 8 pagi cenggitu dan sampai sana dalam tengah hari. sepanjang perjalanan dari kedah ke taiping hujan lebat, nasib baik lah bila sampai ke zoo, hujan dah berhenti. kalau idok, tak kesampaian qaleesya nak tengok elephant

dah siap beli ticket, apa lagi memang terjah lah kannn. anak dara dah tak sabar nak masuk :)

acu fieza melayan qaleesya bergambar

muka agak cuak kannn. dia boleh buat takut2 pulak

qaleesya dan acu fieza

pihak zoo sediakan perkhidmatan train untuk kami lihat sekeliling kawasan zoo. lepas dah pusing seluruh kawasan, baru lah train berhenti dan kami boleh mula berjalan jalan dalam kawasan zoo.

nampaknya mommy pulak yang over kalah anak nih? hahah. nampak tak giraffe kat belakang mommy nih? comel jerk semuanya :)

dan dan dan bila kami jalan jalan dalam kawasan tu, kami lebihkan masa di kawasan elephant. memang ini yang qaleesya nak. so memang bagi dia tengok elephant puas2 kann

mommy mesti lah wajib bergambar kannn

kami sekeluarga. awal tu qaleesya macam excited, lama lama dia macam takut pulak kat elephant.

mommy siap bawakkan kamus bergambar lagi tau untuk dia berjalan sambil berlajar

acu dan acik memang rajin melayan kerenah qaleesya. thanks korang!

time nih dia dah mula rasa takut bila mommy nak tinggalkan dia untuk ambil gambar dia sorang

comel kan giraffe nih

tiger aka pak belang

bukan main seronok anak mommy dapat berlajar dan tengok perlbagai jenis haiwan

keluarga kecil mommy

selesai sesi lawatan kat sini. yang penting ank mommy happy dan mommy dapat tunaikan janji yang dah lama tu :)

gerak dari zoo, kitaorang ke aeon mall taiping. dan lagik weh shopping baju kat sini!

kononnyer kat peneng art street lah kann

thanks acik eity and acu fieza sempurnakan hari qaleesya

sempat jugak kitaorang makan yong tau foo famous kat area balai bomba taiping nih

alhamdulillah kami selamat sampai rumah. ade banyak lagik entry yang mommy nak update. tapi bila tu tak tahu lah :(

No comments: