Monday, 2 March 2015

.. training @ tmtc taiping ..

assalammualaikum

nak update entry tie pergi kursus d taiping hari tu. hari ahad, 8/2/2015 hubby hantar tie ke tmpoint alor star. qaleesya memang bawak lah kan. saat saat akhir nak kena pergi taiping, nak lah jugak anak d sisi tie.

dalam pukul dua macam tu, kitaorang sampai kat tmpoint alor star. then lepas parking kereta, kitaorang pergi UTC Alor Star sekejap. dalam pukul 3 petang cenggitu baru lah tie gerak ke taiping. tie naik kereta dengan staff tmpoint alor star, Ainur.

sempat lagik fadilah bergambar dengan qaleesya time kat tmpoint alor star

next, kitaorang behenti d sungai petani untuk ambil sorang lagik staff tmpoint sungai petani, hidayah. sementara dayah sampai, sempat lagik kitaorang singgah kat giant untuk beli makanan ringan.

dalam pukul 6 petang cenggitu kot kitaorang sampai sana. kalau nak ikut kan tie kena stay sorang lah, sebab nyer sebilik cuma d sediakan dua katil. tapi memang tak sanggup lah kan! sebab tie memang penakut. tie angkut semua barang and stay dengan ainur dan dayah. so kami tdo sebilik tiga orang. tie ambil tilam dari bilik tie dan letak dalam bilik dorang. biarlah tido kat bawah pun, dari tido sengsorang :)

salah satu class and dewan yang ada d tmtc, taiping

program : icareprime for tmpoint

gambar pagi isnin dari tmtc taiping. snap sebelum masuk class

dan inilah tenaga pengajar/cikgu mohd firdaus che ros dari tmpoint alor star.

seminggu duduk dalam class nih. masuk class macam biasa pukul 8.30. then ader rehat jap pukul 10 pagi. kemudian sambung balik after 15 minit. pukul 1 pulak lunch and solat. 2.30 petang masuk class balik and selesai pada pukul 5.30 petang. dari hari isnin hingga jumaat, rutin harian kami

malam tu, kitaorang follow cikgu and kengkawan lelaki pergi makan. ape ntah nama kedai western nih. tie tak ingat. sambil follow sambil kitaorang ingat jalan. so esoknyer boleh lah keluar sendiri. tak payah follow dorang lagik :)

sebelum pergi makan, kitaorang pergi aeon big taiping. then baru pergi makan

biasalah, pergi lah mana mana pun, mesti nak ambil gambar

gambar d pagi selasa, hari kedua berkursus

petang tu, lepas class, kitaorang keluar jenjalan. yerla kalau stay kat bilik asyik ingat anak jerk, so baik keluar jenjalan. hehehee. alasan kau tie! kali nih tak perlu lagik kitaorang follow geng lelaki, sebab kitaorang dah hafal jalan :)

selfie lah jawabnyer!

apa lagik kalau bukan bergambar jerk kitaorang. first time tie jejak kaki ke tasik taiping nih. boleh tahan besar jugak tempat nih. tapi sayang, bukan musim bunga or luruh. kalau tak, mesti cantik. sebab banyak pengantin yang selalu datang bergambar d sini time musim bunga or luruh.

konon kononnyer bujang lah nih kannn. hehehe

tak der orang nak layan ambilkan gambar kami, so memang selfie welfie jerk lah kann

wif ainur and dayah

balik dari tasik, kitaorang singgah tesco taiping and taiping mall. then singgah makan

pagi rabu, hari ketiga d taiping

lepas class, kitaorang cepat cepat balik solat and siap bagai sebab nak pergi ke taiping central. tujuan utama nyer adalah nak tengok movie suamiku encik perfect ten lakonan hebat aaron aziz dan lisa surihani.

tiket pukul 5.30. kitaorang sampai sana dalam pukul 5.50 cenggitu. then bila masuk panggung, nasib baik cerita baru nak start. kalau tak, memang rugi lah kan

siap bergambar dengan abang handsome nih lagik tau! hahaha

boleh tahan lah cerita nih. romantik tapi tak cukup power. haha. boleh cenggitu. tak boleh lawan dengan drama nora elena, ombak rindu and adam hawa. tapi asalkan aaron aziz, tie sukaaaa!

lepas tengok movie, kitaorang terus ke taiping mall pulak. haissshh nampak tak, mentang mentang dah tahu selok belok jalan d taiping, kerja berjalan jerk kitaorang nihhh!

tie dan ainur. just cuci mata jerk. apapun tak beli

kitaorang makan kat medan selera padang sarkas. kat sini tekenal dengan yong tau foo yang meletop! memang kami cuba lah kan! and memang sedappp!

selain tu, d taiping nih jugak terkenal dengan char kuey teow doli. tapi kami tak sempat pun nak cuba. lagipun tie tak start makan lagik kuey teow. so tak der lah terasa sangat :)

dinner kami malam tui sebelum balik

tie pump susu sehari tiga kali. time bangun subuh, balik class petang and sebelum tido. memang sedih setiap kali pump and terpaksa buang. teringat sangat kat anak time nih

hari keempat. selfie sebelum masuk class

petang tu, lepas class, kitaorang ke restoran mee udang mak jah d kuala sepetang. tapi kali nih bukan kami pergi bertiga tapi berempat. kawan lama tie, zaini yang stay d taiping yang datang ambil kitaorang. yerla, kitaorang bukan tahu jalan nak kesana. lega bila zaini offer nak bawak kitaorang kesana

tak best pulak kalau datang ke taiping, tak singgah d restoran mee udang mak jah nih

tie dan zaini. lama kitaorang tak jumpa. last jumpa dia kat majlis kawen. time tu die stay kat perlis lagik. lepas bapak die pencen baru dorang sekeluarga pindah ke taiping

dayah dan ainur

nih lah mee udang mak jah kuala sepetang! nampak menarik kann! memang boleh tahan lah! tie makan nasi goreng udang, sebab tie belum start makan mee lagik :) nasi die pun boleh tahan sedap

balik dari kuala sepetang, kitaorang singgah solat d rumah zaini. then die bawak kitaorang ke kedai rm2 kat situ. boleh tahan besar kedai tu. ainur and dayah bukan main borong sakan lagik. tie pulak tak tahu nak beli apa. just beli cekak rambut kat qaleesya jerk. murah tapi cantik

dan dan dan sampai lah hari yang d tunggu tunggu, hari jumaat. alhamdulillah sampai jugak hari terakhir d taiping. hahahha. pagi tu masuk class macam biasa. then bila da selesai semua, kitaorang bergambar reramai sebelum bersurai

yang sebelah kanan tu, lina dan raihan dari tmpoint butterworth. and yang sebelah kiri tu, ader azam dari jitra, acik dari kulim and dayah dari sungai petani

kami :)

gambar dalam class

terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama sepanjang kursus! korang semua memang sporting lah

balik dari class, kitaorang mandi solat bagai, kemas semua barang and gerak balik. alhamdulillah tiada sebarang masalah sepanjang d sana. kitaorang singgah d sungai petani untuk turunkan dayah. then teruskan perjalanan ke alor star

singgah makan time kat sungai petani

ainur turunkan tie d teso mergong alor star and hubby datang ambil d situ. Arriana nurqaleesya pun ikut sekali jemput mummy. haish rindu nyer kat hubby and anak time tu. alhamdulillah da selamat sampai ke rumah

untuk ainur and dayah, thanks jadi kawan tie sepanjang d taiping. teman tie mandi, tumpangkan tie tido dalam bilik korang, teman sembang, teman gosip and yang paling penting korang paham yang tie nih seorang yang penakut. hahaha. thanks again korang! :)

Friday, 27 February 2015

.. double electric breast pump, autumnz ..

assalammualaikum

kann tie ada bagi tahu yang tie kena pergi kursus d taiping selama seminggu. dan tie dah selamat pergi and balik dah pun. susah jugak nak kena bertahan selama seminggu tanpa anak dan suami. rindu tu satu hal lah kan.. sebab nih kali pertama berjauhan dengan anak. tapi bab menyusu badan tu yang paling rumit.

sebab tie memang still bagi susu badan cuma tak sepenuhnyer. tie campur dengan susu formula. so nak tak nak, bila kat taiping, tie kena pump susu and buang jerk. sebab kat sana bukan ada peti ais bagai. memang sayang kan. tapi tu jerk cara yang ada bagi mengelakkan kesan kesan yang tak d ingini.

sebelum nih tie memang tak guna pump. sebab pump yang tie pernah beli adalah pump manual and pump menggunakan bateri. dua dua tak sesuai dengan tie. so memang tak pernah guna. time kerja, memang bagi susu formula and lepas balik kerja baru bagi susu badan.

then bila dah nak pergi kursus nih, kena lah pergi membeli pump elektrik. nak tak nak, nih jerk pilihan yang ader. and terima kasih lah kepada orang yang sponser pump susu nih :) tie beli set. so dapat lah sekali cooler bag and storage bottle

tie beli double electric breastpump jenama autumnz

10 breastmilk storage bottle

nih cooler bag

alang alang dah beli, tie belikan sekali nursing pads jenama auntumz and botol susu tommee tippee. kebetulan ader promosi. memang rembat lah kann. and alhamdulillah tie selesa gunakan pump jenama autumnz nih selama tie d taiping. nnti tie upadate gambar gambar d taiping yer :)

selit gambar aktiviti d tmpoint kangar miggu lepas. kitaorang ader buat event sempena sambutan chinese new year. sesapa yang datang ke tmpoint untuk daftar baru, upgrade dan autopay akan menerima pelbagai hadiah dari pihak kami. boss siap suruh kitaorang promote bagai lagik pasal event nih

macam biasa, mummy mesti nak gambar satu :)

siap update status kat facebook nak promote :)

nih satu lagikkkk


ang pau dan limau jugak d berikan kepada pelanggan pelanggan chinese

haaa nah nagaaaa sekor!

pastu nak selit lagik. nampak nyer entry kali nih main selit selit yer! hahahaha. sebelum gerak ke taiping, tie singgah d UTC Alor Star Kedah untuk jumpa kawan lama tie, along. die memang kerja kat situ. sempat lah jumpa sekejap.

kawan tido, kawan makan, kawan gosip time belajar d kelantan dulu

then, singgah kat celcom kejap. tie daftar and beli number baru. number lama tie kan dah tak boleh pakai. so boleh lah whatsup, video call, wechat time kat taiping. niat utama nak vidoe call dengan anak jerk :)

time pergi beli pump susu hari tu, mummy belikan stokin and headband nih. berkenan sungguh warna purple

i love u arriana nurqaleesya

nih gambar acu die datang rumah tengok qaleesya hari tu. sampai ternganga mulut ank mummy!

gambar nih tie ambil lepas balik dari taiping. lega nya hati bila anak dah d depan mata. syukur alhamdulillah.

and nak say thanks kat cousin hubby, hazira yang stay d KL sebab hadiahkan qaleesya baju nih. cantik :)

lagik tiga hari anak mummy dah masuk enam bulan. kejap jerk kan masa berlalu. terasa macam baru jerk bersalinkan kamu syg! semoga kamu membesar dengan sempurna. mummy and papa sayang qaleesya