Thursday 15 December 2011

.. filem ombak rindu ..

assalammualaikum korang =)


ingat tak ary tu tie kata nak hapdate sinopsis ombak rindu n gambar pelakon2 movie ni! ha!! ni tie nak tayang kat korang! filem lakonan aaron aziz, maya karin n lisa surihani ni memang makin menjadi biler kutipan nyer mencecah jutaan ringgit! untungkan! jop kiter tengok gambar2 babak filem ombak rindu ni!










Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.


Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


okeyh korang! tie tak sempat nak story banyak! just tayang gambar n sinopsis! so kalo ader yang tak tengok lagik, pergi layann okeyh!! nak sambung buat keje dah!! tadaa!

No comments: