Wednesday 26 September 2012

.. adam dan hawa ..

assalammualaikum

yer!! tie memang gilerr kan drama adam dan hawa. jugak gilerrkan pelakon lelaki nyer, aoron aziz!! haha!
sekarang, sana sini asyik menyebut pasal drama adam dan hawa ni! drama adaptasi novel hasil karya Aisya Sofea ini memang mendapat sambutan hangat! lakonan hebat oleh jejaka macho malaya, aoron aziz dan nadia nissa ni bersiaran pada hari isnin hingga khamis d chanel mustika hd.

omg. naper la die nih hensem sangat kann

tie memang suka sangat lah kann tengok si aoron aziz ni belakon. saper tak suka beb?? dah la hensem, macho, romantik!! oh my god. memang berangan la jawabnyer! ini antara cerita lakonan aoran aziz yang tie suka selain kl gangster, nora elena dan ombak rindu. wahh boleh giler kalo betol betol hingat kat aoron aziz ni kann :)

kalo tak silap tie, drama ni ader 80 episod semuanyer. banyak tu wehh. jadikk biler tak sabar nak tahu kesudahannyer, tie rembat satu novel adam dan hawa ni. sambil baca, sambil berangan lah jawabnyer :)

kak deela pun tengah gilerr kan citer nih. tapi die tak boleh gilerr kan aoron aziz tau, sebab die dah berkahwin. tie tak per, sebab tie masih bujang :) ahaks!

ni lah hero dan heroin adam dan hawa

semakin hari, semakin giler tengok citer nih. ade adegan romantik, adegan menyentuh perasaan dan adegan memyakitkan hati pun ader tau. apepun, saya memang suka aoron aziz! kann best dapat lelaki romantik cenggini (*_*)

sinopsis adam dan hawa

Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap 'playboy'nya

Semuanya bermula apabila Aian bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan

Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di KOta Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya

Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?

sama sama kiter nantikan kesudahannyer :)

2 comments:

Cheeze Nanz said...

best gak cite adam dan hawa nie yer..hehehe..tibe2 terlayan plak..

tie gadies said...

best la abg.. kalo dah tgk, tak leh patah balik dah..huhu