Friday 28 September 2012

.. untuk tiga hari ..

 sinopsis untuk tiga hari

Biasanya, kita selalu disajikan dengan kisah cinta 'popcorn' yang orang kata, mesti ada 'happy ending'. Jarang untuk pengarah pengarah filem memberikan kita sesuatu yang unik, dimana tie sendiri pasti, yang korang belum pernah menonton filem cenggini.

Kerana pilihan keluarga, dua pasanagn ini terpaksa berkorban demi cinta mereka. Namun  apa yang menarik, kedua pasangan ini iaitu Ujie lakonan Vanidah Imran dan Afin lakonan Rashidi Ishak telah merancang sesuatu diluar jangkaan.

Mereka berdua ikut permintaan ibubapa masing masing, namun menetapkan bahawa mereka hanya akan berkahwin selama tiga hari dengan pilihan keluarga. Ujie dan Afin telah berjanji bahawa mereka akan menceraikan pasangan masing masing pada hari ketiga.

Itu semua tak menjadi masalah bagi Afin sebagai seorang suami. Namun sebagai isteri, Ujie haruslah meminta kebenaran suaminya untuk bercerai. Adakah suami Ujie akan menceraikan Ujie? Atau Ujie terpaksa hidup terpaksa dan menjalani tanggungjawab sebagai isteri tanpa kerelaan?


Filem Untuk Tiga Hari merupakan sebuah kisah yang diadaptasi daripada salah sebuah novel terlaris tulisan Ahadiat Akashah yang juga penulis bagi novel Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu.

Pelakon filem Untuk Tiga Hari : Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran dan Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.

novel untuk tiga hari


so sesaper yang belum tengok, cepat cepat terjah untuk tengok movie ini :)



2 comments:

Cheeze Nanz said...

x tahan tgk gmbr yg bwh skali tu..dah mcm t plak yg berlakon..

tie gadies said...

tak lama lagikk jadi la pelakon.. hahahha. gurau jerk :)