Friday 6 February 2015

.. fatimah nasi kandar @ kangar perlis ..

assalammualaikum

sapa yang suka makan nasi kandar kat sini? meh tie nak habaq kat hampa satu kedai nasi kandar yang sedap kat kangar nih. tapi Fatimah nasi kandar nih bukan lah restoran atau pun kedai makan. tapi kedai nih hanya sebuah lori jalanan. makanan semua diletak atas lori nih. pastu dia ade lah jugak letak beberapa buah meja di kaki lima bersebelahan pasaraya aneka.

tapi memang orang tak pernah tak der weh! memang kalau nak, mesti kena beratur panjang. memang kena banyak sabar kalau korang betul betul nak makan nasi kandar nih

pelbagai aneka lauk yang di sediakan. memang semuanyer sedap

tengok lah betapa sanggup nyer orang untuk beratur demi untuk dapatkan nasi kandar nih. tak kira makan atau bungkus, kita tetap kena beratur.

fatimah nasi kandar nih terletak bersebelahan dengan klinik menon dan pasaraya aneka, dan berhadapan dengan maybank finance. so kalau korang yang menetap di perlis yang masih belum mencuba, boleh pergi yer! memang sedap

selit menu hari selasa baru baru nih
tie try masak ayam masak lemak cili api. boleh tahan lah menjadi. okeyhlah setakat nak bagi hubby makan. selain tu goreng ikan dan buat sayur sawi. macam biasa makanan wajib tie untuk menyusu qaleesya. tak dilupakan sambal belacan dan ulam.

hari ahad malam baru baru nih, bapa saudara hubby dari KL balik kampung. dorang balik satu family. and dorang ader buat makan makan sempena birthday anak die, zira. kitaorang memang pergi lah kan. lagipun tie dah lama tak jumpa zira.

and untuk zira, selamat tambah satu lagik umor. moga dimurahkan rezeki, dikuatkan iman dan ditunaikan segala permintaan. aminn

tie dan kekasih hati

kesian anak mummy tak sihat. die berjangkit batuk dengan papa. pastu badan die mulalah nak panas sejuk. tie dah bawak qaleesya pergi klinik. harap anak mummy cepat sembuh. ini kali pertama die jatuh sakit. sedangkan sebelum nih kalau cucuk pun die tak demam. tapi disebabkan berjangkit dengan papa, die jatuh sakit. sayu hati mummy bila tengok time die tido nih

lusa nih, hari ahad petang, tie akan bertolak ke taiping perak untuk menghadiri kursus. Ya Allah, betapa berat hati ini bila nak berjauhan dengan anak dan suami. dan ini adalah kali pertama tie akan berjauhan dengan mereka. walaupun hanya seminggu tapi hanya Allah yang tahu perasaan sedih ini. hanya ibu yang melahirkan anak yang akan memahami perasaan sayu ini.

moga qaleesya and hubby cepat sembuh. hari jumaat petang, 13 february 2015 nih baru mummy balik. haish harap harap segalanyer di permudahkan Allah. aminn

2 comments:

Unknown said...

Nasik ni mmg best lh! Kdai tk bukak lg, dh ramai org beratoq...

tie gadies said...

kannnn ader hari jugak g dia tutup. kalau buka cnfirm beratur panjang