Wednesday 15 June 2016

.. majis perkahwinan azreen + akmal ..

assalammualaikum

lamanyer rasa tie tak update blog. bukan tak der cerita tapi tak der masa. ayat sibuk mengalahkan boss jerk kan, padahal kerani cabuk jerk. hahaha

hari nih dah masuk ramadhan ke 10. syukur pada Allah kerana kita masih di beri peluang untuk menikmati bulan ramadhan yang mulia ini.

untuk kali nih, tie nak update pasal azreen, bekas staff tmpoint kangar yang telah berpindah ke tmpoint langkawi. bulan may yang lepas, azreen dah selamat jadik isteri pada akmal. alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.

dua hari sebelum bertukar status, kitaorang ajak azreen lepaking kat kedai izzah d bintong. lepas kawen nanti, ntah bila pulak nak lepak cenggini. tambahan pulak azreen stay d langkawi.

sempat lah bergurau senda, borak borak pasal persiapan dan macam macam lagi. kebetulan hari tu mommy cuti. tapi petangnya mommy tetap join dorang.

hari jumaat, 13 may 2016, azreen selamat di ijabkabulkan bersama pasangan pilihan. berseri seri muka pengantin baru nih kannn

then, esoknya pada hari sabtu, berlansungnya majlis perkahwinan azreen dan akmal di dewan kuala perlis. mommy and the geng memang pergi lah kann. kami bergambo kalah pengantin. haha

tykah pun datang jugak. sempat lah welfie reramai

mommy dan mama ida

keluarga kecil mommy

cinta hati mommy

mommy panggil tengok camera depan tapi die sibuk tunjuk belon kat sebelah tu. alahai anak

tie dan azreen

arissa (anak mama ida) + raziq (anak ibu husna) + qaleesya

kami di majlis perkahwinan azreen dan akmal

lepas makan and bergambo sampai nak pengsan, tie gerak balik ke simpang empat. tahniah buat azreen dan akmal. semoga korang akan kekal bahagia hingga akhir hayat. moga korang akan cepat cepat dapat baby comel :)

nih nak selit gambo tie hari jumaat, uniform yang sama tapi pakai tudung warna merah

yang nih pakai warna hijau. mama ida yang ajarkan mommy buat gaya tudung cenggini

selfie lagik

macam biasa, asal customer tak der jerk, cepat cepat lah kitaorang bergambo

selit lagi salah satu aktiviti tmpoint kangar.
kami jemput pengarah dari perkeso kangar untuk beri pencerahan dan ilmu baru tentang perkeso

bersungguh semua duk dengar. banyak pengetahuan baru yang kami dapat

then, bergambo reramai sebagai tanda kenangan

dua hari sebelum puasa, kitaorang buat potluck. makan sampai pengsan weh!

No comments: