Monday 13 February 2017

.. perlancaran casa deco + ulangtahun kopi arabica ..

assalammualaikum

28 januari 2017 yang lepas, berlansungnya majlis perbukaan kedai casa deco yang terletak di taman mutiara kangar perlis. casa deco nih hasil usaha keras dari boss Ekram Ibrahim, pemilik bersama produk kecantikan Lalova Exclusive 

memang mommy dan officemate tak ketinggalan untuk ke casa deco nih! lagipun sesiapa yang datang akan mendapat satu coupon untuk cabutan bertuah bagi setiap pembelian. tak kira lah barang yang di beli hanya berjumlah rm 0.50

mommy, husna dan ema bersama pemilik casa deco

mommy di hari perlancaran casa deco

gemok itu memang dah tak dapat nak di nafikan :(

majlis bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 11 malam. mommy pergi bersama tiga orang adik ipar. kebetulan papa memang tak der pergi langkawi ader game bola. qaleesya pulak tido kat rumah bersama mak tok kangar.

pukul 9 malam macam tu, baru lah kitaorang pergi. sekadar nak support kengkawan berbisness dan nak tunggu cabutan bertuah. haha

tapi malam tu hanya fiza yang bertuah, adik ipar bongsu tie. fiza dapat lampu dinding dan boleh tahan mahal harganya. kami lagi tiga orang, balik tangan kosong jerk :)

kami berempat bersama boss Ekram Ibrahim. tahniah kepada beliau kerana menjadi salah seorang usahawan muda yang di kenali ramai. kami doakan semoga perniagaan boss berjaya dan sentiasa d murahkan rezeki. aminn

keesokkannya, pada 29 januari 2017, tie dan mak ke kulim golf resort bagi majlis ulangtahun kopi ROHA yang ke lima. tie jugak ajak fiza, adik ipar tie yang bongsu sebagai teman. qaleesya stay dengan mak tok simpang. papa pulak masih d langkawi.

carpet merah la sangaat kann

ROHA adalah nama sebenar dari Rohaya. adik kepada kak na KL. dorang nih kan sepupu tie. kak rohaya nih menceburi bidang perniagaan kopi arabica dan berjaya mengeluarkan kopi jenama beliau sendiri. kopi beliau jugak berjaya memasuki pasaran hampir setiap negeri d seluruh malaysia.

kak na datang bersama angah dari KL. yang lain tak dapat balik katanyer sebab kerja. dapat lah jumpa sekejap hilangkan rindu

fiza, kak na dan mommy

bersama bonda tersayang

mak dannn tetamu jepunnnn

pasangan suami isteri dari jepun merupakan jemputan khas untuk majlis ulangtahun ini. setahu tie, suami kepada kak rohaya nih pernah bekerja d jepun bersama pasangan tersebut dan beliau penah memberi ucapan ketika majlis perkahwinan mereka. dan sebagai tanda penghargaan, pasangan suami isteri ini datang ke majlis ulangtahun rohaya dan suami bagi meraikan kejayaan mereka bersama serta sebagai tanda berterima kasih beliau kepada suami kak rohaya

mommy pun nak jugak. mana tahu dapat pergi jepun lepas nih! hahahha

dan lagik singgah posing kat sini :)

majlis bermula pada pukul 10.30 pagi dua berakhir pada pukul 2 petang. pelbagai hadiah menarik yang di berikan sebagai hadiah penghargaa kepada agent agent kopi ROHA serta pelbagai hadiah cabutan bertuah yang ada. tapi kami bertiga tak bertuah yer :(

bersama mak tersayang

baju mak tak sempat potong :(

selit gambar qaleesya dapat ang pau pada tahun baru cina yang lepas. thanks yer uncle auntie semua!

tahniah kepada kak rohaya dan keluarga kerana berjaya menjadi usahawan melayu yang berani mencuba bidang perniagaan ini. semoga korang terus berjaya dan sentiasa d murahkan rezeki berganda.

No comments: