Monday 13 March 2017

.. gerak gempur TM @ kuala perlis ..

assalammualaikum

sebelum tayang gambar gambar mommy pergi buat sales pada hari ahad lepas, mommy nak tayang dulu gambar kitaorang beruniform baru di hari jumaat

shawl pink dan biru nih dari adik ipar tie

untuk lelaki belum lagik, dorang masih lagik menunggu baju siap. so yang perempuan pakai dulu :)

kain pucci yang cantik nih dari isteri hafiz sendiri

empat gadies tmpoint kangar

time nih first day pakai baju nih, tapi tak ramai yang hadir. so memang kami empat jerk lah yang bergambar

tujuh gegursl tmpoint kangar. kali nih semua ada. memang bergambo sakan lah jawabnya. siap buat gaya cenggini lagik. trend kononnya. hahhaha

welfie bersama boss baru, puan suzana

kami memang giler gambo

balik ke tajuk asal, ahad lepas tie dan suria wakil dari tmpoint kangar joint gerak gempur tm. kali nih kawasan yang di terjah adalah sekitar kuala perlis

biasalah mommy, ootd dulu lah kannnnn

mommy dan suria

gerak gempur kali nih terdiri dari staff staff TM dari negeri perlis dan kedah. majlis dimulakan dengan ucapan  boss cs perlis, puan siti khadijah

bergambo dulu sebelum mula terjah :)

bersungguh mommy buat sales tau. cuaca bukan main panas lagik kat perlis nih.

alhamdulilah dapat jugak akhirnya

dapat lagikkk :)

kami buat sales sampai pukul dua petang jerk. boleh tahan jugak lah hasil yang kami dapat. ader upgrade streamyx, ader new install streamyx dan jugak new install unifi. padanlah dengan cuaca panas nih kan.

selit gambar mommy gemok dan ibu buyung husna

No comments: