Friday, 29 March 2013

.. aquaria KLCC ..

assalammualaikum

entry yang dah berzaman, tapi hari nih baru tie berkesempatan nak update.

entry pasal tie ke aquaria Klcc. sebelum tie warded lagik. yus and lan datang KL. kawan tie yang stay kat Kelantan tu. dari awal lagik kitaorang nak plan keluar sekali. mulanyer nak g iCity. alih alih tukar plan ke aquaria Klcc.


kitaorang pergi dalam tengah hari cenggitu lah. dorang parking kereta kat stesen kampung baru and kitaorang naik tren. kan senang. dekat jerk kan :)

bayaran masuk aquaria klcc berbeza beza mengikut kategori :

  1. Non Malaysian Citizen Adult (without MyKad) : RM45
  2. Malaysian Citizen Adult (with MyKad) : RM 35
  3. Non Malaysian citizen Kid (without MyKid) : RM 35
  4. Malaysian Citizen Kid (with MyKid) : RM25
  5. Staff Price and family member Adult : RM28
  6. Family Members of Staff Kid : RM22
time otw ke sana pun kitaorang dah mula bergambar. memang dasar lah kan. lagipun bukan selalu tie dapat jumpa dorang nih. and ini adalah kali pertama tie jejak ke aquaria Klcc. tiga tahun stay kat KL, memang tie tak pernah datang:)

time otw jalan menghala ke aquaria klcc

pakai tema warna negeri Kedah, hijau kuning :)

dan ader satu lagi family yang join kitaorang. kawan dari yus.

biler sampai kat pintu masuk tu, setiap pengunjung akan d beri peluang untuk bergambar d depan pintu masuk. jurukamera dari pihak aquaria sendiri yang akan ambil kan gambar. then kemudiannyer kita akan d beri pilihan untuk cuci gambar tersebut atau tidak dengan bayaran yang sangat berpatutan.


Underwater tunnel sepanjang 90m yang jugak merupakan aquarium terpanjang d Asia Tenggara memuatkan 250 species haiwan laut dan barat dengan total haiwan d sini lebih kurang 20,000 ekor dari Malaysia dan serata dunia. jangan ader yang tertanya tanya mana tie tahu semua nih, ke tie da start buat kerja part time kat situ.? hahha. tak der maknanyer! tie baca tau sejarah aquaria nih time pusing pusing kat situ :)

jom tengok gambar kami

masuk masuk jerk nampak ikan piranha. korang tahu kan ikan piranha nih Carnivor, makan daging termasuklah manusia!

jerung! seram tengok gg die weh

penyu

ini ikan pari yang sangat menggerunkan. kalau korang usha bentuk muka die lelama, confirm seram weh. ala ala ikan pari sumpahan pulak kann.

kebetulan time kitaorang pergi hari tu, kena dengan time ikan ikan tu makan. sempat lah tengok dorang dorang nih bagi makan ikan pari, penyu dan ikan ikan ikan yang lain


bagi penyu makan

ader yang pakai baju nih sempena dengan perayaan Gong Xi Fa Chai

sekali lagik tie bergambar dengan ikan piranha. haha

yang ni tie tak ingat ikan aper.

Aquarium terbesar berkonsep terowong sepanjang 90m merangkap underwater park terpanjang d Asia! Tunnel nih d perbuat dari Acrylic setebal 5cm and menyebabkan ikan ikan yang lihat adalah lebih besar 30% dari saiz asalnyer.

Jop layann gambar dalam terowong nih :)


kat luar terowong

kat sini ada pameran pelbagai species haiwan

overall aquaria nih memang best lah untuk kanak kanak. dan cukup lah sekali tie datang sini. sekurang kurang nyer tak der jakun sangat sampai tak pernah kesini kan :)

lama jugak kitaorang kat dalam tu. mana tak nyer, yus berulang kali masuk dalam terowong ikan tu. tak puas bergambar katanyer. so layankan jerk lah. then gerak dari Klcc, kitaorang balik kampung baru and dinner kat kedai ayam penyet kesukaan tie

dorang singgah solat kat rumah tie then terus gerak balik. apepun, thanks korang. nanti kiter jumpa lagik :)

dan lagi snap gambar terakhir sebelom balik

No comments: