Tuesday, 10 September 2013

.. Syawal 2013 ..

assalammualaikum

korang, malu rasanyer nak update entry raya nih. sebab syawal sebulan sudah pun berlalu. tapi tie baru mampu nak update entry raya. kesian kan! nasib la kan. tapi tak kesah lah. janji ader jugak entry raya :)

selalunyer setiap tahun tie akan excited sangat bila nak balik kampung cuti raya. rasa macam diri nih d tunggu tunggu kat kampung. haha. tapi kan tie dah menetap d Perlis, so perasaan excited balik kampung tu dah tak der. jeles tengok orang lain update status sana sini pasal balik kampung. tapi tie dah tak der kampung :)

alhamdulillah, bersyukur sangat ke hadrat illahi sebab kiter d beri kesempatan untuk menyempurnakan ramadhan and dapat menyambut syawal yang mulia nih. bagi tie tahun nih raya yang paling bermakna sebab dapat berkumpul dengan semua adik bradik. kedua dua kakak tie balik tahun nih.

bab persiapan raya, kami tak seberapa pun. ala ala kadar jerk. kuih pun tak banyak yang buat. tapi yang beli ader la. haha. ketupat buat macam biase. itu wajib kata mak. menu hari raya pertama, kitaorang buat nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam and laksa terbaik dari Perlis. cukup lah sekadar nak makan adik beradik :)

gambar makanan memang tak sempat nak ambil. tak menang tangan katanyer. haha. dengan mak ayah pun tak sempat bergambar. memang ramai sungguh yang datang rumah tie. semuanyer saudara mara. nak makan laksa katanyer. " tu yang depa pakat mai umah tie "! hahaha

ni gambar petang raya pertama.

yang kat atas belah kiri tu kakak tie yang stay kat peneng. dulu die kurus lagi dari tie tau. tapi sekarang badan die dah mok mok. hahah. jangan marah yer kak linda. and yang kat atas belah kanan pulak dengan zaharah, anak sulung kakak linda. bukan main tinggi melangit budak nih, padahal umur baru 13 tahun tau.

kat bawah belah kiri, gambar tie dengan farah, anak sulung abg yang ketiga. die dah 20 tahun. memasing dah besar dorang nih. sekarang tie kawan dengan die lah kat kampung nih. die lah jadi mangsa tie kalau tie nak kemana mana :) and gambar terakhir belah kanan nih gambar tie bersama kakak mala yang paling giler giler orangnyer. die suka buat dunia nih macam die yang punya :)!

petang tu jugak tie dan farah ke tanah perkuburan untuk tengok arwah kakak ipar tie and tok wan. kakak ipar tie nih ibu kepada farah. first time raya tahun ni farah tanpa ibu. memang sentap lah kan. sebab tu raya tahun nih tak semeriah mana. cukup sekadar dapat berkumpul dengan adik bradik yang ader. apepun moga arwah kakak ipar dan tok wan d tempat kan d kalangan orang orang yang beriman. aminn

bila dah selesai semua kerja d rumah, bila tetamu pun dah tak der, tie gerak ke rumah Encik Tunang. asyik tengok pasangan yang lain post gambar raya kat facebook, jelez tau. kami nak jugak! tu yang gedik pergi beraya jugak rumah suhaizal. tujuan utama adalah untuk bergambar! hahaha!


inshaallah kalau dengan izin Allah, tahun nih tahun terakhir tie dan suhaizal beraya dengan status bujang. inshaallah tahun depan dah tukar status. moga Allah mempermudahkan sgalanyer. aminn.

purple pilihan kami

jelez tengok orang lain post gambar raya, kami nak jugak :)

with future cousin and sis in law :)

tie sempat makan bihun sup and nasi arab buatan abah suhaizal. terbaik lah kann. then suhaizal hantar tie balik rumah.

esok nyer, hari raya kedua, kitaorang ke City Plaza untuk tengok movie Adnan Sempit 3. memang mengekek d pawagam la wehh! then macam biaser lah, makan mcD sebelum balik. time datang tengok movie lah baru dapat makan mcD. kesian orang Perlis kann.


thanks hubby (*_*)

malam tu tie lepaking dengan adik and cousin suhaizal kat seagate kuala perlis.
memang special sebab memasing pakai baju tido jerk :)

raya ketiga pulak tie ke wedding cousin tie. buat kat dewan simpang empat. tie pergi dengan suhaizal, mak, kakak mala and abang sulung.

anis and pasangan
semoga bahagia hingga akhir hayat

tak sangka tema kami sama dengan pengantin
sangat biru weh!!
owh yer, ni lah baju yang kak jijah hadiahkan pada tie. baju kurung dari vietnam. ngam ngam dengan tie.

dewan nih memang dekat sangat dengan rumah suhaizal. alang alang, memang family tie singgah beraya lah kann.

dan lagik minta suhaizal ambilkan gambar

satu lagik

then, tie ikut suhaizal, anis and eity pergi beraya. tinggalkan family tie d rumah suhaizal. mak kata jangan sibuk orang tua tua nak sembang! hahaha. first kami pergi rumah wani. makan keow teow sup siam.

sengih jerk memanjang :)

gerak dari situ, kitaorang kerumah mak long suhaizal. pegi kacau dodol weh! pastu memang terbaikk sebab dapat makan dodol yang baru siap d masak. sedap!

bersungguh suhaizal kacau dodol! hahahha

nih satu lagik gambar dorang kacau dodol

tak banyak sangat gambar dan aktiviti raya tahun nih. apepun alhamdulillah dengan segala yang Allah kurniakan pada tie. sememangnyer kiter perlu bersyukur dengan apa sahaja yang kiter miliki.

tie menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ader salah dan silap yang pernah tie lakukan pada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. moga Allah sentiasa merahmati kiter semua. aminn

No comments: