Wednesday 18 June 2014

.. masa bersama family ..

assalammualaikum

sajerk entry kali nih tie nak tayang aktiviti aktiviti bersama family and fil tie. banyak gambar lama. kan lima bulan jugak tie diam kan diri kan. so bila kumpul kumpul, banyak lah jadiknyer.

time nih baru dua minggu tie kawen.
kat depan rumah fil tie tu ader pokok mangga. memang senang sangat kalau nak makan. kebetulan time tu memang buah banyak. memang kerja makan lah jawabnyer.

pastu tie selalu jugak temankan mak mertua pergi kenduri. and kalau kenduri yang dekat dekat tu kitaorang naik moto jerk lah. tapi bukan tie bawak, mak yang bawak. sebab tie memang tak brani lagik bawak moto sejak accident dulu.

yang nih pulak kitaorang pergi tesco

yang nih abah and mak bawak kitaorang pergi fun fair kat alor star kedah


hari tu tie ader bagi tau abah teringin nak makan abc
pastu abah suruh siap and bawak tie and hubby makan kat ladang nipah kipli nih
unik tempat die sebab dikelilingi dengan pokok nipah
abc die pun sedap!

 28 february yang lepas birthday mak mertua tie. last minit tie belikan mak purse sophie nih sebagai hadiah. sengaja tie ambil hijau sebab mak memang suka hijau

tie bagi purse dan handbag hijau. satu set tau. hehehe. harap mak suka :)

kalau tie stay kat rumah fil, kadang kadang kalau abah nak kemana, die akan ajak tie pergi sekali. suhaizal tak der sebab kerja. bila keluar mesti lah singgah makan kan. ader jerk kedai yang abah bawak. yang nih kitaorang lunch kat area changlun. banyak sungguh menu yang ader. sedap sedap semuanyer weh!

setiap kali kak mala balik, kitaorang akan buat kenduri sikit. buat baca yasiin sesama kami and buat makan makan. yang nih abang zamiri buat pulut kuning and gulai ayam. tanda syukur tie pregnant. alhamdulillah. panggil jiran tetangga datang makan. selain tu ader laksa and kuih muih yang sempat kami hidangkan. biasalah, apepun majlis, kami selalu plan last minit. sebab tu selalu kelam kabut :)

 27 march yang lepas birthday bonda tersayang. kebetulan kak mala memang balik time tu. kami bawak mak makan d kuala perlis and tie suruh suhaizal belikan cake and diam diam kami suprisekan mak kat kedai. tie doakan mak sentiasa dirahmati Allah, di murahkan rezeki and panjang umo. tie sayang mak lebih dari segalanyer!

abg sulung ang wife pun ikut jugak malam tu. alhamdulillah, yang penting tie dapat gembirakan mak.

esoknyer, kitaorang buat bbq! kononnyer nih lanjutan untuk sambut birthday ahli keluarga yang bulan january sehingga march. termasuk lah mak and kak mala yang birthday bulan march. kak ipar sulung, hafiz and mak lang pulak bulan february.

beli cake lagik sebijik malam tu. pastu bakar ayam, sotong and sosej. alhamdulillah seronok sangat bila dapat berkumpul cenggini. moga hubungan kekeluargaan ini akan kekal sampai bila bila.

yang nih tie bawak mak and mak lang makan bihun sup kat ladang nipah kipli. mak lang beria beria nak belanja tie makan abc. tu yang tie bawak dorang datang sini.

17 may yang lepas, wedding cousin tie d denai larian, pengkalan asam perlis. memang pergilah sebab dekat sangat dengan rumah. tapi sayang tie tak sempat ambil gambar dengan pengantin.

dengan bonda tercinta

nih kakak ipar sulung tie

ini pulak aini. kawan time sekolah rendah dulu. nak dijadikan cerita die nih kakak ipar kepada pengantin. means die jadi isteri cousin tie. so jadik saudara lah kami. kecik kan dunia nih.

dan nih mesti lah mummy buyung. rileks jerk pakai selipar adidas pergi kenduri. kasut tinggi dah tak boleh pakai weh! suhaizal marah. bahaya katanyer!

ini cerita paling latest jugak lah,7 june yang lepas, kitaorang buat kenduri doa selamat sikit. sempena sambut ramadhan, and sambut birthday bulan april dan may.

awal tu, ader bacaan yasiin dalam rumah tie.

then, baru lah jamuan makan. menu ala ala kampung lunch hari tu. ader gulai ikan, ikan kering goreng, sayur, sambal belacan and ulam ulaman.

kitaorang tak der lah sampai pasang khemah. sebab buat sikit jerk. panggil jiran terdekat and saudara mara jerk. so just pasang meja kerusi kat tempat parking kereta depan rumah. alhamdulillah semuanyer bejalan dengan lancar. seronok dapat makan beramai ramai cenggini. selera jadi bertambah weh! hahaha

malam tu kitaorang potong cake untuk yang birthday bulan april dan may. ayah tie, zana dan zulhairi bulan april, and tie pulak bulan may. owh yer, entry birthday tie belum update lagik. nanti ada masa tie update okeyh!

mak dan ayah
dua insan yang sangat bermakna dalam hidup ini. semoga Allah sentiasa melindungi mereka and semoga Allah ampunkan segala dosa mak ayah. aminn

esoknyer,8 june, berlansungnyer majlis pertunangan anak saudara tie, farah. die nih anak sulung kepada abang ketiga. alhamdulillah segalanyer bejalan dengan lancar.

tahniah farah dan ajis. moga korang berkekalan hingga ke jinjang pelamin

then, seminggu lepas tu, anak sulong kepada abang tie yang kedua pulak bertunang. haish macam berlumba lumba pulak korang nih. pakat nak kawen habis dah weh. semua dah besar besar kan. time bergambar nih rombongan lelaki tak sampai lagik. sebab tu tie boleh rileks jerk pakai tshirt and seluar macam tu. pastu muka pulak pucat jerk. dasar malas makeup dah. hahaha. apepun tahniah fatin. semoga kekal sampai bila bila okeyh.

ni nak selit gambar anak saudara tie yang ke 17. kakak linda tie yang stay peneng tu dah bersalin. nih lah hero nyer. lepas nih keluar jerk baby dalam perut nih, mak dapat cucu ke 18 lah kan. hahaha. banyak sungguh cucu mak yer :)

tie sentiasa berdoa agar hubungan kekeluargaan ini akan kekal sampai bila bila. semoga kami sentiasa dijauhi pergaduhan, fitnah, hasad dengki dan salah sangka. semoga Allah memelihara hubungan kekeluargaan ini. aminn

No comments: