Tuesday 17 June 2014

.. setahun @ tmpoint kangar ..

assalammualaikum

bulan may 2014 yang lepas, genap setahun tie bekerja di tmpoint kangar. macam tak percaya kan! rasa macam baru lagik tie pindah masuk ke tmpoint kangar nih. kekadang terasa macam diri nih staff HQ lagik. hahah! dasar tak nak terima kenyataan, cenggini lah jadinyer!

alhamdulillah, tie bersyukur kerana Allah sentiasa membantu tie setiap kali tie menghadapi kesulitan. banyak jugak ilmu yang tie dah belajar di sini. tapi tie lebih kepada unit hasil lah. kawan kawan pulak semua banyak yang sekepala. memang seronok rasa hati. kalau tak der kawan, tak best jugak kan kerja. 

dua minggu sebelom tie kawen, anirah dari tmpoint taipan ader datang melawat tie kejap. kebetulan die balik kampung.

kekadang, kalau encik hubby tak der kerja and mood baik jerk, die akan hantar tie pergi kerja. tapi kekadang jerk lah. bukan setiap minggu pun. tapi kan best kalau ader driver yang boleh bawak kemana saja kiter nak pergi kan? :)

bulan april yang lepas pulak, kitaorang suprisekan boss. sajerk belikan boss cake sebab birthday die. tekejut die ha! die pun ader belanja kiraorang semua nasi. thanks yer boss! semoga panjang umo and dimurahkan rezeki yer. semoga jadik boss yang baik untuk kami :)

yang nih pulak, tie keluar lunch dengan azreen and tikah kat kedai bihun sup tepi the store. famous tau bihun sup nih. sebab memang terbaik weh! tikah ni ex officemate kitaorang. die dah tak kerja dengan tmpoint kangar lagik. sekali skala kitaorang keluar jugak lunch bersama

and ader jugak tie keluar lunch dengan husna d anjung keli
yerla, kalau asyik makan kat tempat yang sama jerk, naik jemu lah kan. sekali sekala perlu lah tukar selera.

tie and azreen lunch kat ARR Corner area seriab

azreen belanja tie makan cake SR
thanks darling!

 
waktu yang paling bz adelah setiap hujung bulan. time nih lah tie kalut nak settlekan recon bulanan. kalau tally, memang alhamdulillah. tapi kalau ader jerk masalah walaupun sebesar kuman, memang rosak habis semuanyer. memang pening nak cari jalan keluar.

gambar kat bawah ni pulak, tie keluar lunch dengan ida and ilah. pergi makan kfc. nih memang geng geng sekepala tau! hahaha. boleh lah makan sambil gosip!

ida
wif ilah

memang meriah sambutan raya cina hari tu
puas deco tmpoint weh! kalau ader pertandingan, mesti dapat juara kan. hahahah

angpau yang tmpoint edarkan pada pelanggan yang datang

hari tu, ader lawatan dari Dato Khalis ke ibu sawat telekom kangar. pihak telekom adakan sesi perbincangan dengan Dato Khalis. time nih korang boleh bincangka apa sahaja yang terbuku di hati. tie, kak shima and boss wakilkan tmpoint kangar untuk sesi perbincangan ini.

segalanyer bejalan dengan lancar. masing masing luahkan perasaan, bertanya apa yang ingin tahu and macam macam lah. tie memang suka tengok Dato Khalis nih. die nampak cool jerk. dah la putih giler weh! hahaha. pastu die jawab setiap soalan dengan tenang.

lepas selesai sesi perbincangan, kitaorang diberi diari TM setiap seorang. and kat diari tu ader tandatangan Dato Khalis.

dan lagik bergambar dengan kak shima
kak shima nih walaupun boleh dikatakan, dah ala ala mak mak, tapi die memang sporting habis tau! siap boleh bergurau senda lah. boleh jadik satu kepala tau :)

sebelom balik kitaorang ader sedikit jamua ringan. then baru boleh balik.
memang ianya satu pengalaman baru buat tie. sebab tie memang tak pernah hadiri sesi perbincangan sebegini.

esoknyer pulak, Encik Imri Mokhtar  pulak datang melawat tmpoint kangar. time nih die masih lagik CEO TSSSB. tapi sekarang dah orang lain lah.

tie bergambar dengan Encik Imri. yang belah kanan tu Encik Izham, boss pejabat kat atas. haisshh rindunyer tengok badan tie cenggini. sekarang dah besarrr sangat weh! harap harap lepas bersalin nanti, tie boleh kurus cenggini balik! mengharap kononyer :)

hafiz dan Encik Imri

kasi Encik Imri tandatangan buku lawatan tmpoint kangar
memang muka tie jerk yang nak bergambar

pihak kitaorang selalu jugak buat hari bersama pelanggan. kami akan hidangkan sedikit jamuan ringan. menu yang selalu ader, bihun goreng, sandwich and kuih muih. time nih, kitaorang akan menjemput pelanggan yang datang untuk menjamu selera and time nih jugak kami akan mempromote produk produk TM.

ida dan abang nasir

abang nasir dan pelanggan

husna kusyuk melayan pelanggan

kat kawasan tmpoint kangar skarang nih, ader satu kedai burger bergerak baru buka. bergerak la sangat kan. padahal sebab die buka di lori ajaib die tu. sebab tu tie sebut bergerak. memang sedap menu menu burger yang ader. memang setiap petang kami beli. nama pun barang baru kan. tapi lelama jemu la :)

menu menu yang ada

kalau nak cepat, memang kena pergi awal. kalau lambat, kena tunggu lama lah jawabnyer.

time nih perut mummy buyung tak brapa nak besar lagik. boleh pakai uniform lagik ha :)

uolls, sekarang chatime dah ader tau kat kangar. kesian tie kan. kalau rasa teringin kena pergi kedah. sekarang tak perlu lagik tau. pastu kalau korang nak tahu, subway and mcd pun dah ada d kangar. alhamdulillah. nih nak rasa seronok stay perlis nih. dah ader apa yang tie nak. memang ulang alik pergi mcd lah jawabnyer.

baru baru nih kitaorang order kuih semprit. belum puasa dah order tau. tapi bukan untuk simpan raya, tapi untuk makan sambil tengok tv sebelum puasa. haha. sedapp weh. sebalang cuma rm14, ader 50biji. sapa nak boleh PM. hahahaha

ida dapat bunga hari tu, so kitaorang reramai gedik bergambar
teringat pulak time dapat bunga d KL dulu. mesti ambil gambar and update blog

minggu lepas ilah bawak bahan bahan untuk kerabu mangga. resepi siam ni ha! memang office made lah jawabnyer. sedapp tau!

yang nih pulak kak bibah kasi belanja tie makan chicken chop. alhamdulillah, sejak pregnant nih, murah betul rezeki. syukur :) makaseh yer kak bibah.

dan dan dan ini lah gambar mummy buyung paling latest. baru jerk ambil dua hari lepas. tengok la perut mummy yang membesar tu ha. sekali dengan badan badan membesar. berat tie naik 10 kg dalam masa enam bulan. normal ke korang? ke dah over weight? hahaha. apepun, alhamdulillah keadaan baby baik baik jerk. aktif sungguh sekarang. kuat betul tendangan yang diberikan. semoga anak dalam kandungan ini sentiasa di pelihara oleh Allah. dan semoga Allah permudahkan tie bersalin nanti. aminn

nak selit diari hamil nih. kak deela HQ Tsssb yang kasi. memang berguna sangat. ader petua, doa, panduan and macam macam lah. thanks a lots sayang! suka sangat! thanks sebab ingat lagik pada tie. miss u!!!

itu jerk kot setakat sekarang latest update pasal tmpoint kangar. semoga tie dan rakan rakan disini akan sentiasa dirahmati Allah and semoga segala kerja kami d permudahkan Allah. aminn

No comments: