Friday 23 January 2015

.. cinta hati mummy and papa ..

assalammualaikum

sajerk nak update entry pasal anak kesayangan tie and hubby nih. rasa rindu jerk kat anak mummy nih. hari nih tie tak keluar lunch. so boleh lah tie update blog sekejap.

perkembangan terbaru sekarang, qaleesya dah angkat bontot and undur ke belakang sambil meniarap. hari nih umur die 4 bulan 23 hari. tak sabar nak tengok anak mummy merangkak, then boleh jalan and melihat perkembangan seterusnya. semoga anak mummy membesar dengan sempurna. mummy and papa akan buat yang terbaik untuk membesarkan kamu sayang.

nih gambar sebelum tie pergi kerja hari tu. dan lagik snap sebelum qaleesya mandi. bukan main sengih die sekarang. sejuk hati bila tengok senyuman anak. baru tie paham perasaan menjadi seorang ibu sekarang.

yang nih pun gambar time pepagik sebelum pergi kerja. gambar qaleesya belum mandi

and, 13 januari yang lepas, tie bawak qaleesya untuk timbang 4 bulan. alhamdulillah segalanyer normal pembesaran die. berat die dari 6.3kg naik kepada 6.9kg. kenaikan sebanyak 600gram. tinggi pulak dari 61cm naik kepada 65cm. boleh tahan tinggi jugak anak mummy nih. mesti ikut mak tok belah papa. sebab mummy and papa rendah jerk :)

abaikan bilik tie yang bersepah tu yer. tak sempat nak kemas pagi tu. kalut nak pergi klinik :)

balik dari klinik, terus tido cenggini ha. pastu qaleesya stay dengan mak tok kangar and mummy pergi kerja

ini pulak gambar hari ahad baru baru nih. sementara tunggu papa balik, kitaorang selalu lepaking depan rumah. bawak qaleesya ambil angin petang kat depan rumah

baju nih anak mak ngah hubby yang kasi. makaseh yer. qaleesya dah boleh pakai

hari tu tok abah hadiahkan qaleesya walker nih. makaseh tok abah. lepas nih boleh lah qaleesya naik selalu. sayang tok abah! nanti beli hadiah lagik tau. hehehe :)

yang nih gambar hari sabtu minggu lepas. tie kan cuti. bahagianyer bila dapat berkepit jerk dengan anak.

qaleesya dengan kawan baru, encik ziraff
punya la die buat geram, abes encik ziraff d gigit. ntah apa yang die sembang. tak henti mulut die bunyi. hehe

hari tu tie letak qaleesya kat bawah sekejap sementara nak pindahkan die naik atas katil. tapi sekali pandang jerk die dah meniarap sambil tido cenggini. alahai anak mummy nih

hubby hantar and ambil tie balik kerja hari tu. then time balik singgah makan kfc kat kangar. thanks hubby

qaleesya macam biasa. layannn tido dalam stroller sementara mummy makan

ader sekali tu, mummy solat and ngaji sebelah qaleesya. papa tengah mandi. qaleesya pulak tengah tido. pastu elok siap ngaji die dah merengek, tie angkat die letak atas riba tie. bukan main lagik die nak pegang alquran tafsir tie tu. macam lah die pandai baca kan.

sayang anak mummy. nanti dah besar, qaleesya kena rajin solat and ngaji tau. then jadi anak yang cemerlang dunia akhirat.

sajerk siapkan hidangan ringan nih sambil layan ajl29 d tv3 baru baru nih.
tahniah kepada semua pemenang. tie and suami minat sangat dengan lagu Dayang Nurfaizah. nasib baik menang jugak kann. kalau ader yang tahu, itu lah lagu cerita Arriana Rose d tv3 dulu

gambar qaleesya d hari isnin. baju nih pakwe kepada adik ipar tie yang belikan. memang ngam ngam padan dengan qaleesya

lebat tak rambut saya? heehe

hari selasa baru baru nih, tie and hubby tak pergi kerja. hubby demam and tie pulak sakit kepala. so alang alang dah cuti, kitaorang bawak qaleesya pergi sunat d klinik noriah jitra. and tie and hubby pun ambil ubat d klinik yang sama. siap ambil mc lah. kebetulan pulak klinik tu panel telekom. elok sangat lah kan :)

kami d klinik noriah jitra

qaleesya lansung tak nangis. tak sakit kot agaknyer, sebab tengok die tersengih jerk.

balik dari klink, kitaorang singgah jap d tesco jitra. papa candid gambar nih :)


qaleesya memang anak yang baik. senang jerk kalau nak bawak die kemana mana. tak banyak songeh. gud gurl anak mummy

balik tu singgah kedai HariHari d jitra sekejap. pastu terjumpa pulak si comel nih, memang bergambar lah kan. dan semestinyer mummy yang over. hahaha. siap dapat balloon lagik weh. thanks yer!

tie cuma beli stokin nih untuk qaleesya. untuk die pakai kat rumah

hari rabu yang lepas, tie balik menyusu qaleesya time lunch hour. hilang rindu dendam bila balik tengok muka anak walaupun rehat hanya sejam.

dan ini gambar pagi semalam. pukul 5 pagi qaleesya bangun nak susu then tersenyum senyum ajak main. alahai memang tak tidoo lah mummy. memang kepala tingtong bangun pagi tu

arriana nurqaleesya, kamu lah bukti cinta mummy and papa. tiada harta yang bernilai dari kamu sayang! semoga kamu menjadi anak yang berbakti kepada ibubapa, keluarga, negara, bangsa dan agama.

No comments: