Monday 13 April 2015

.. arriana nurqaleesya ..

assalammualaikum

rasa macam dah lama pulak tak update pasal arriana nurqaleesya. sekejap jerk anak mummy dah masuk tujuh bulan. pantasnya masa berlalu. masih teringat lagik saat saat tie d labour room. allahuakhbar. bersyukur pada Allah atas anugerah tak ternilai ini.

tie tak der entry khas untuk qaleesya bagi setiap bulan. tak teringat pulak nak update setiap bulan pasal qaleesya. so entry nih tie nak update serba sedikit pasal qaleesya dari lahir hingga lah sekarang.

3/9/2014
tepat pukul 12.52 tengah hari qaleesya di lahirkan ke bumi Allah ini dengan berat 3kg dan panjang 50cm. hanya kata kata syukur pada Allah yang mampu mummy ucapkan atas kelahiran kamu sayang. hilang segala kesakitan bila dapat tengok wajah anak

13/11/2014
qaleesya dapat injection kali pertama. berat naik kepada 4.4kg dan panjang 56cm. die dah pandai senyum and mula hisap ibu jari die sendiri. memang seronok dapat tengok perkembangan anak d depan mata kiter.

11/12/2014
injection kedua dan berat naik kepada 5.6kg, panjang pula 60cm. berat die memang sentiasa naik dengan stabil. qaleesya dapat meniarap dengan sendirinya pada umur 2bulan 14hari. makin hari makin aktif pergerakan die.

13/1/2015
injection seterusnya and berat naik kepada 6.3kg, panjang naik kepada 61cm. tie dah mula masukkan qaleesya dalam walker. tapi die masih tak pandai bergerak ke sana ke sini. qaleesya dah mula main buih buih mulut, kerja menyembur jerk air liur die.

10/2/2015
berat qaleesya naik sehingga 7.4kg dan panjang menjadi 66cm. die dah sangat aktif di dalam walker. habis barang barang rumah d tarik. tangan dah macam ketam. pantang jumpa apa sahaja, semua die nak kutip. qaleesya jugak dah aktif meniarap kedepan, kebelakang, pusing 360darjah. pantang letak bawah, kejap jerk die dah berubah tempat. 

17/3/2015
injection terakhir masa umur 6bulan. berat naik kepada 7.9kg dan panjang 69cm. dia dah mula angkat badan nak merangkak. mulut pulak tak henti ajak sembang. dah keluarkan bunyi macam macam. memang tak sunyi lah bila dengar suara die

tie memang ikut apa yang d sarankan doktor. cukup 6 bulan barulah tie kasi die makan. bermula dengan puri. tie akan buat puri carrot, apple, dan brokoli. tie akan blend and tapis kemudian tambahkan sedikit susu badan or susu formula ke dalam puri tersebut. awal tu die macam tak lalu, tapi lelama bukan main suka. alhamdulillah bahagia rasa bila dapat suap anak makan.
  
firts time qaleesya makan pada umur 6 bulan. tie kasi puri carrot

yang nih tie kasi puri apple. die suka makan

tie ader lenyekkan pisang, kentang, dan betik. sekarang tie buatkan moi (bubur). masak kan bersama carrot/bayam/kentang, and masukkan ayam. ikan tie belum start bagi lagik. inshaallah dalam masa terdekat nak campur ikan pulak dalam bubur die. ikan bilis ader jugak tie masukkan dalam bubur (kena goreng, blend and tapis)

selain tu, tie akan selang selang bagi die makan biskut. tie rendam dalam air suam and suap die makan. memang die suka. nestum pun ader jugak tie kasi. selang seli lah. isau jugak kalau die naik jemu. sebab tu tie tukar tukar.

rambut anak mummy dah mula panjang. dah boleh buat tocang. boleh bergaya sakan lah lepas nih wahai anak :)

time nih gambar balik dari kenduri dengan maktok simpang. qaleesya memang suka bergambar!

ikat tocang satu!

gambar hari kenduri bulan march yang lalu. suka sungguh kalau ajak bergambar. hahaha

masuk umur 6bulan 28hari, qaleesya tumbuh dua batang gigi bawah.

yang nih tie dan qaleesya ikut tokwan and maktok simpang pergi minum kat kuala perlis. mummy belikan rantai leher untuk qaleesya. alhamdulillah ader rezeki lebih, boleh la belikan untuk anak.

maktok simpang dan qaleesya. nampak tak die pandai senyum bila bergambar? :)

selit gambar mummy vidoe call dengan anak mummy time kerja. hilang rindu sekejap!

macam macam ragam anak mummy nih! kamu lah harta yang mummy and papa ader! kamu lah segalanya bagi mummy and papa! love u sayang!

hari tu ader hati nak buat kerja kat rumah and nak update blog, tapi kerja semua tergendala bila ini budak asyik ganggu mummy. lastly mummy tutup terus laptop tu.

setiap hari sebelum pergi kerja, mummy akan dukung sekejap and letak dalam kereta. lepas tu baru boleh tinggalkan die kat mak tok. sayu jerk rasa bila nak tinggal anak. punya lah die suka ingat kiter nak bawak die jenjalan

petang jumaat d rumah mak tong simpang. ranggi tak saya??! :)

kadang kadang mummy tanggalkan baju time bagi makan. sebab dah comot sangat. happy jerk tengok anak membesar depan mata.

qaleesya ikut maktok simpang pergi kenduri.( cantik pulak mak pakai jam yang tie hadiahkan hari tu. hehe )

keluar minum dengan papa

setiap weekend, kalau tak kemana mana, tie akan bagi qaleesya main d depan rumah. tapi kena sentiasa awasi kerana banyak motor lalu lalang. bukan main suka lagik qaleesya bila mummy ader bersama die

yang nih masa sebelum pergi kerja. dan lagikk ambil gambar. qaleesya buat muka masam, muka orang baru bangun tido!

hari tu, maksu buli qaleesya. die pakaikan tudung bawal aidijuma pada qaleesya. memang nampak comelll sangat. geramm tau!

alahai anak mummy sayang. tengok gambar pun dah boleh rindu tau


gambar hari ahad lepas. lepaking dengan mummy kat depan tv

yang nih maklang die whatsup kat mummy semalam. dorang letak kan sepit rambut and buat tocang. tapi gambar nih muka die nampak agak garang. mulut tu muncung jerk

gambar sebelom tido

tie still lagi bf pada qaleesya. susu formula pun tie kasi. qaleesya memang senang. bagi lah apa pun, semua die minum. hehe tapi memang syukur alhamdulillah sebab susu tie still ader. tie memang akan pump setiap kali waktu rehat d office. boleh lah buat stock untuk qaleesya

sekejap jerk die dah tujuh bulan. tak lama lagik boleh jalan, lepas tu bercakap. wahh tak sabar rasanyer! kehadiran kamu buat kami lebih bahagia sayang! semoga kamu menjadi anak yang berjaya/solehah dunia akhirat. aminn. mummy and papa akan sentiasa buat yang terbaik untuk qaleesya! inshaallah.

selit gambar kepala papa cedera akibat main bola. sampai berjahit lah kepala. kadang kadang geram dengan papa. tak pernah jemu atau penat main bola. kadang kadang sampai cederakan diri sendiri. tapi apakan daya, ini adalah minat papa. mummy tak pernah nak menghalang sayang, tapi tolonglah sentiasa berhati hati. ingat yang papa masih ader mummy, qaleesya and family. lepas nih mummy tak nak lagik papa cedera akibat main bola ok!

mummy and qaleesya pergi tengok papa ader game bola peringkat separuh akhir. tahniah sebab team papa menang and akan masuk final pada 14/4/2015 nanti. gud luck sayang!

hubby main untuk mada simpang empat. final nanti hubby akan bertembung dengan team mada kayang. and kalau team hubby jadik juara, team hubby akan mewakili mada perlis untuk bertanding d stadium darul aman kedah untuk piala mada kedah perlis. mummy sentiasa doakan kejayaan papa. memang atau kalah, papa tetap sentiasa menang d hati mummy. love u sayang!


No comments: