Friday, 10 April 2015

.. Hippopo Baby Spa & Wellness ..

assalammualaikum

hari sabtu baru baru nih, tie dan husband ke peneng. niat utama kami adalah untuk bawak puteri kesayangan pergi ke hippopo baby spa kat queensbay mall, peneng. tie dapat tahu pasal baby spa nih dari instagram kawan tie. seronok tengok video anak die duk swimming kuak lentang. so memang dari awal lagik duk plan nak bawak anak ke sana. alhamdulillah dapat jugak terlaksana.

tengok muka orang suka pergi jenjalan :)
time otw pergi, kitaorang singgah d rnr gurun sekejap. isi perut yang kelaparan

azreen, officemate tie pun join sekali. selain nak bawak qaleesya pergi swimming, kitaorang jugak nak pergi shopping seluar dan kasut kerja

kitaorang gerak dalam pukul 12 tengah hari cenggitu and sampai sana lepas hampir tiga jam perjalanan 

nasib baik qaleesya nak stay dalam stroller. kalau tak, letih lah papa nyer nak dukung memanjang. mummy and azreen sibuk duk shopping. papa lah yang tolong mengasuh. thanks yer papa sebab memahami :)

glasses dari padini untuk qaleesya
bukan main bergaya lagik anak mummy! hahahha

kitaorang shopping bagi habis dulu. lepas tu baru kitaorang ke hippopo baby spa & wellness nih. tie beli dua helai seluar, sepasang kasut kerja and sehelai baju. papa pun dapat sehelai baju. azreen pun beli lebih kurang macam tie, seluar, baju and kasut kerja.

biasalah poket tak berapa nak masyuk sangat, so beli apa yang patut jerk la kann. tapi memang geram tengok sales yang ader. semua murah murah weh!!! stress mummy tau! tak per, next time kiter pergi lagik yer! hahahha. ayat sejukkan hati.


hippopo baby spa & wellness nih terletak d tingkat satu queensbay mall, pulau pinang.

hippopo nih adalah baby spa pertama d malaysia. banyak jugak lah cawangan yang ader. tapi yang pasti untuk bahagian utara cuma d queensbay mall jerk la. kann best kalau ader d perlis or kedah. dekat sikit. boleh lah qaleesya datang swimming selalu. hehe

datang datang jerk tak der orang masa nih. hahahah bestnyer!! sebab orang cakap, selalunya ramai orang. maybe sebab dah agak lewat petang kot, sebab tu orang tak ramai. kalau tak, mesti kena tunggu turn. tapi lepas kitaorang daftar bagai, ader lah dua tiga orang parent yang bawak baby sampai. tak per, yang penting tak ramai. tak der lah rushing rushing and rasa macam buat rumah sendiri pon ade! haha

Kalau korang nak tau,  Hippopo Baby Spa & Wellness ni ialah Baby Spa ada swim + baby massage! sebenarnya bawak qaleesya pegi baby spa ni nak bagi qaleesya exercise dalam air, nak bagi dia main swimming swimming dalam air :)

Cantik tau dalam dia, pastu bila masuk and sepanjang dalam spa ni ada lagu baby diorang pasangkan. Lagu suara budak-budak. memang enjoy lahh

Toys dia pon best best. Siap ada lagu keluar masa nak mandi. comel giler tub mandi yang ader kat sini. rasa nak beli letak kat rumah. haha

pastikan baby anda cukup tido and cukup makan. and tiada demam, batuk or selsema. kalau tak, dorang tak benarkan baby tu untuk swimming. nanti dorang akan cepat letih and meragam

firstly, staff akan main main dengan baby dulu. kasi die khayal and warm up dulu. tapi qaleesya menangis bila staff nih ambil and baringkan die. then tie bagi tahu qaleesya tak suka baring bila nak main. and maybe sebab qaleesya belum suai kenal dengan staff nih. lepas a few minit, die dah rapat and bergelak sakan dengan staff nih. nampak very freindly sangat!

awal tu mummy pun join masuk sekali and main main dengan qaleesya. nak bagi die happy. nampak tak bukan main nak landing atas mummy

bukan mainnn suka lagik bila dapat mainan

Lepas dah setel main-main dengan qaleesya, sebelum mandi staff baby spa ni die streching kan kaki baby dulu supaya tak terkezuttt masuk kolam nanti. hihi ! Nampak muka qaleesya tu bukan main tak sabar nak terjun kolamm! haha. untung kamu qaleesya. mummy dulu kecik-kecik maktok tak bawak pegi spa pun. huhu

And tadaaaaa!!! hehe! 
dah kenapa rupa qaleesya dah macam Shin Chan masa ni.hahah! Mula-mula reaksi qaleesya macam relax wat cool je kan. 

mummy and auntie azreen bersungguh ajak qaleesya main

papa pun nak jugak!

mula mula kaki die tak bergerak and buat muka tak bersalah. tapi lepas 10 minit, die dah pandai kayuh kan kaki die. siap bergelak lagik. and dah boleh swimming. respon yang baik qaleesya! hehe gud gurl anak mummy

video
masa nih mula mula masuk kolam. muka cool tak bersalah masa nih!


video
masa nih pulak die dah boleh gerakkan kaki and mula kayuhkan kaki die! bagus anak mummy!

kecoh jerk suara mummy, azreen, papa and staff kat situ duk panggil panggil nama qaleesya and ajak die bermain. hilang penat bila tengok anak happy. syukur alhamdulillah.

lepas 25 minit dalam kolam, staff kat spa nih keluarkan qaleesya and siap kan die. ingatkan die akan keletihan tapi bukan main aktif lagik. alahai anak mummy. nak pakaikan pampers bukan main susah

and lastly bila dah keletihan, baru lah nak minum susu

sebelom balik, dan lagik ambil gambar

mummy sayang papa dan qaleesya

alhamdulillah. rasa bahagia sangat bila tengok anak kita happy. thanks kepada hippopo baby spa & wellness atas layanan yang d berikan. memang puas hati sangat. and kepada mommies d luar sana, boleh la bawak baby korang ke hippopo baby spa nih.memang terbaik!

nanti ader rezeki and masa, kiter pergil lagik yer sayang.


No comments: