Thursday 18 June 2015

.. telatah arriana nurqaleesya ..

assalammualaikum

hari nih hari pertama kita berpuasa d bulan ramadhan. alhamdulillah. bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih d beri peluang untuk menikmati bulan ramadhan yang mulia ini. semoga ramadhan kali ini akan lebih baik dari sebelum ini. semoga kita dapat mengumpul sebanyak mungkin pahala dengan melakukan sebanyak mungkin ibadat. insyaallah.

entry nak tayang gambar anak lagik. macam macam kerenah dan telatah anak mommy sekarang. hari ini qaleesya dah 9 bulan 17 hari. alhamdulillah dapat tengok anak membesar d depan mata. bukan main aktif lagik sekarang

qaleesya dah mula memanjat, berdiri dan meniti d tepi tepi katil or kerusi. kat badan kita pun die nak panjat. memang seorang budak yang sangat aktif. penat maktok duk kejar sana sini. habis die tolong 'kemaskan' rumah. yang paling die suka baju yang dah d lipat. memang kena cepat simpan, kalau tak kena lipat semula lah jawabnya

berat yang paling latest adalah 8.6 kg. last timbang 2 june yang lepas. qaleesya still bf and susu formula enfalac A+. alhamdulillah die selesa dengan susu tu. makan pulak die dah mula makan makanan yang agak keras. dah tak nak makanan yang lembut lembut lagik. kalo tie suap roti yang dah d celup dengan air, memang die akan buang.

setakat sekarang qaleesya dah ader dua batang gigi atas dan empat batang gigi bawah. sekarang nih die dah mula makan nasi. tak perlu blend or lenyek. tie cuma perlu buatkan sup or sayur yang berkuah. sebab qaleesya suka makan nasi yang berkuah.

ikut mak tok simpang jenjalan sampai tetido dalam baby car seat ni ha

alang nih lah yang selalu bawak qaleesya jalan jalan. sebab tu nampak jerk alang, dengan mommy papa pun die tak nak. hahah

qaleesya dan abang azim

yang nih qaleesya dah ready nak ikut tok abah pergi jenjalan

mommy bawak ayah and mak pergi pasar borong. hari tu ayah yang belanja semua. lepas beli barang, ayah ajak pulak singgah makan nasi kandar famous kat area situ. thanks ayah

tengah elok elok main, pastu nampak jerk mommy ambil gambar, terus buat muka serius. hahhaha. qaleesya sekarang dah mula sebut 'paaaapaaaapaa' and bila nak susu die akan sebut 'maaamaamaaam '. pastu mulut tu bising jerk. ntah apa yang die sebut pun mommy tak paham :)

tok abah bawak pergi naik kuda kat kuala perlis. selamber jerk muka bangun tido die. tapi die lansung tak takut bila tengok kuda tu gerak gerak

then, qaleesya and acu main water play land. time nih pun die diam jerk. lansung tak der respon. hahaha. cenggini lah kalau bawak die jalan bila die tak cukup tido. tapi alhamdulillah die bukan jenis merengek or menangis bila tak selesa tak cukup tido

acu, alang, papa, mommy and qaleesya

pagi semalam tie bawak qaleesya jumpa doctor gigi untuk kali pertama. alhamdulillah gigi die semua okeyh. die tak der bagi date appoinment, ust bagi tahu bila ader masalah gigi baru datang pulak.

acik dan acu yang teman mommy ke klinik gigi. lepas settle, dorang hantar mommy pergi kerja and bawak balik qaleesya ke simpang empat. petangnyer pulak dorang datang ambil mommy balik kerja

welfieeeeeeeee

bergambar bersama tiga orang adik ipar dan si comel arriana nurqaleesya

balik dari kerja semalam, kitaorang ke sungai baru. tekak teringin nak makan lokchin sebelum puasa.

keluarga kecil mommy

alhamdulillah, sebelum magrib kitaorang sampai rumah

semoga anak mommy menjadi anak yang bijaksana dunia akhirat. aminnn

No comments: